Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Panduan menjalankan Bisnes Bakeri yang boleh beroperasi hanya dari rumah

December 30, 2016 by sabree hussin 20 Comments

Apakah sebenarnya RAHSIA KEJAYAAN yang disimpan rapi oleh para pengusaha atau usahawan yang menjalankan bisnes bakeri hanya dari rumah?

 

Mereka beroperasi dari rumah sahaja. Ini bermakna mereka tidak mempunyai kedai, tidak perlu bersusah payah untuk bayar sewa yang mahal, tidak perlu mempunyai peralatan-peralatan yang besar dan mahal seperti rak simpanan kek, mesin juruwang, peti ais besar dan sebagainya. Namun, jangan sangka mereka tidak mampu untuk jana pendapatan sehingga ribuan ringgit setiap bulan!

resipi-kejayaan-bisnes-cupcake

Jika dilihat sekali imbas dari luar rumah, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Ianya seperti kediaman biasa yang tak jauh beza dengan rumah-rumah lain dikawasan kejiranan yang sama. Rupa-rupanya, disebalik pintu yang tertutup rapi, ada dalam kalangan suri rumah yang sedang giat buat duit sebagai usahawan bakeri… dan ya, semua ini dilakukan hanya dari rumah!

 

Timbul persoalan, bagaimana mereka melakukannya? Apa persediaan yang diperlukan bagi seorang suri rumah memulakan perniagaan bakeri sendiri dari rumah? Adakah perniagaan bakeri ini sesuai untuk anda dan bagaimana pula dengan potensi pendapatan dari perniagaan ini? Adakah bisnes bakeri ini benar-benar menguntungkan?

 

Perkongsian pada kali ini, saya ingin kupaskan serba sedikit perjalanan dalam perniagaan bakeri. Bagi yang masih belum tahu, apa dia hasil-hasil produk dalam bisnes bakeri ni, biar saya berikan contoh terlebih dahulu. Ianya adalah seperti Cupcake, Muffin, Cheese Tart, Coklat Homemade, Kek Coklat, Kek Lapis, Kek Cheese, Fruit Tart, Roti Jala, dan pelbagai jenis Kuih-muih.

bisnes-muffin-dari-rumah

Kenapa seorang suri rumah patut pilih untuk ceburi perniagaan dalam bidang bakeri berbanding lain-lain perniagaan?

Kalau anda biasa ikuti perkongsian-perkongsian yang saya catatkan dalam blog ini, anda pasti dapat lihat yang saya memang sangat-sangat menyokong segala jenis perniagaan yang boleh dilakukan hanya dari rumah. Sebab tu saya banyak bercerita tentang bisnes dropship, bisnes affiliate, bisnes servis dan sebagainya.

 

Walaupun begitu, bukan semua jenis bisnes sesuai dilakukan oleh semua orang. Terutama sekali bagi golongan suri rumah. Jadi, bila saya terbaca peluang untuk buat bisnes bakeri, saya terfikir satu perkara, iaitu golongan yang paling sesuai untuk buat bisnes ni adalah golongan suri rumah!

 

Kenapa golongan suri rumah sesuai untuk buat bisnes bakeri?

Ada beberapa perkara yang buatkan saya terfikir, golongan suri rumah memang sesuai buat bisnes bakeri, antaranya

 

(1) Modal permulaan yang tak begitu besar

Saya nak cerita dari segi peralatan untuk buat kek misalnya. Kebiasaannya anda perlu ada peralatan seperti

i. Mesin pengadun atau mixer 

Untuk peringkat permulaan, boleh guna sahaja mesin pengadun jenis tangan atau hand-mixer. Mesin pengadun jenis ini memang sesuai digunakan kalau nak buat satu atau dua adunan kek sahaja dalam satu-satu masa. Biasanya diperingkat permulaan, kita memang belum ada banyak pelanggan jadi boleh guna apa yang memang sedia ada.

Kalau nak beli baru, boleh semak harga mesin pengadun di sini. Apabila bisnes anda sudah mula dikenali dan jumlah tempahan yang diterima juga makin bertambah, mungkin pada waktu tu anda boleh pertimbangkan untuk upgrade mesin pengadun yang anda gunakan kepada saiz yang lebih besar untuk buat kek.

 

ii. Ketuhar Elektrik atau Oven

Untuk menghasilkan kualiti kek yang cantik dan gebu, ia juga berkait rapat dengan faktor kualiti ketuhar elektrik yang digunakan. Adalah disarankan untuk anda guna ketuhar elektrik jenis besar kerana ia mempunyai fungsi api atas dan bawah. Anda boleh klik sini untuk lihat model oven yang paling murah.

Perlu diingatkan, ketuhar gelombang micro (Microwave) adalah tidak sesuai digunakan untuk tujuan buat kek.

 

iii. Alat penimbang

Boleh guna jenis yang digital atau penimbang jarum. Kalau nak keputusan yang lebih jitu, disarankan guna jenis yang digital.

penimbang-buat-kek

Ada banyak alat penimbang jenis digital macam yang anda dilihat pada gambar diatas ni dijual dengan harga sekitar RM25 – RM40. Boleh lihat disini kalau anda masih belum ada alat penimbang seperti ini.

 

iv. Tin pembakar dan acuan kek

Setengah orang panggil benda ni sebagai loyang. Agak jarang untuk suri rumah sepenuh masa tak ada benda ni, sebab benda ni salah satu barangan dapur yang banyak kegunaan.

 

v. Pelbagai mangkuk dan senduk

Benda ni saya pasti semua orang memang ada.

 

vi. Sudu dan cawan penyukat

alat-untuk-bisnes-kek

Benda ni kalau tak ada, boleh beli sama ada di pasaraya atau kedai-kedai yang menjual peralatan buat kek. Kalau nak beli online pun boleh. Boleh pilih nak jenis yang macam mana kat sini. Harganya dalam sekitar RM10 – RM20 sahaja.

 

Apakah WUJUD permintaan bagi produk-produk bakeri di luar sana?

Ya, memang ada permintaan. Sama ada anda perasan atau tidak. Kalau anda tak perasan atau tak tau, ini bukan salah anda. Mungkin sebab anda tak pernah terfikir untuk mencari, jadi bukan salah anda kalau anda tak tau jawapan kepada persoalan ini.

 

Biar saya ceritakan secara ringkas, siapa dan dimana biasanya permintaan untuk produk bakeri ini akan muncul.

1. Semasa majlis tunang, perkahwinan, sambut menantu, cukur jambul dan sebagainya

Biasanya cupcake atau muffin memang sesuai dijadikan salah satu item dalam goody bag. Untuk majlis kahwin misalnya, anda mungkin akan menerima tempahan untuk 1,000 – 5,000 biji cupcake. Bergantung kepada jumlah jemputan oleh pihak tuan rumah.

 

2. Majlis hari jadi

Kadang-kadang waktu majlis hari jadi, ada juga yang akan tempah cupcake. Setiap cupcake akan ada huruf yang bila kita susun ia akan membentuk ejaan “SELAMAT HARI JADI”. Kalau lagi banyak huruf yang diperlukan, maka lagi banyak tempahan yang akan anda terima.

 

3. Program atau acara rasmi dari jabatan atau syarikat tertentu

Contohnya macam program keusahawanan, ceramah, mesyuarat tahunan dan sebagainya. Biasanya program-program macam ni, pihak penganjur akan order something yang tak terlalu mengenyangkan.

 

4. Majlis buka puasa, open house dan sebagainya

 

5. Majlis minum petang, hi-tea

 

Contoh 1 – 5 seperti yang saya sebutkan kat atas ini adalah contoh jika pelanggan buat tempahan dalam kuantiti yang besar. Biasanya ia akan melibatkan acara atau program tertentu. Namun begitu, ada juga keadaan yang mana pelanggan hanya buat tempahan untuk satu unit kek sahaja. Tak kisahlah banyak atau sikit, kalau dah namanya rezeki, kita terima je la kan.

 

Apa yang saya perlu ada untuk memulakan bisnes bakeri saya dari rumah hari ini juga?

perniagaan-bakeri-dari-rumah

Saya tahu anda dah tak sabar untuk mula berniaga hari ini juga. Ya, lagi cepat anda bermula lagi bagus. Lagipun, dengan konsep bisnes dari rumah, ianya bukanlah begitu susah untuk dilakukan. Anda mungkin dah sedia maklum, bahawa dengan menjalankan bisnes bakeri ini dari rumah, anda menikmati pelbagai kelebihan seperti berikut

(1) Kos dan modal permulaan yang begitu rendah

Kebanyakkan bahan-bahan dan peralatan untuk buat kek sudah ada di rumah. Anda hanya perlu gunakan sahaja.

 

(2) Anda tak perlu mempunyai skil menjual yang terlalu tinggi

Anda tak pandai tulis surat jualan? Tak mahir tentang copywriting? Tak ada masalah. Bila cakap pasal kek, cupcake, muffin dan sebagainya, orang dah tau. Tak perlu susah payah nak terangkan dengan panjang lebar.

 

(3) Mula buat kek hanya apabila ada tempahan

Kalau tak ada tempahan? Tak payah buat. Kalau nak buat juga pun boleh. Mungkin anda nak gunakan kek tersebut sebagai kek contoh yang akan diterima oleh bakal pembeli. Buat hiasan secantik yang mungkin dan ambil gambar kek tersebut.

 

(4) Bahan untuk buat kek atau lain-lain produk bakeri tidak begitu mahal

Memandangkan anda hanya akan mula buat jika ada tempahan, maka risiko kerugian dapat dikurangkan. Anda tak perlu susah payah nak simpan bahan mentah. Boleh mula beli hanya apabila ada tempahan.

 

Anda kini dah tahu apa dia antara kelebihan buat bisnes bakeri, jadi apa kata kita teruskan pula dengan persoalan yang lebih penting, iaitu apa yang anda perlu ada sekarang untuk memulakan perniagaan ini.

 

Persiapan untuk mula bisnes bakeri

(1) Anda WAJIB tahu buat kek yang sedap, gebu dan cantik.

Bukan sekadar tahu buat kek sahaja, malahan kena tahu cara nak buat semua produk-produk bakeri. Lagi banyak yang anda tahu buat, lagi banyak yang anda boleh jual. Justeru, lagi tinggi potensi pendapatan yang anda boleh hasilkan.

 

Bukan itu sahaja, anda juga perlu tahu serba-sedikit aspek mengenai food presentation. Bila kek atau apa-apa produk yang anda hasilkan nampak cantik di mata, secara automatik ia buatkan pelanggan fikir ianya juga sedap apabila dimakan.

resipi-muffin-sedap

Tapi kalau anda masih belum betul-betul mahir, tak perlu bimbang. Masih ada masa untuk dapatkan kemahiran tersebut. Banyakkan berlatih! Kalau perlu, boleh dapatkan pelbagai buku resipi untuk buat kek, kek batik, muffin dan sebagainya di pautan ini.

 

2. Peralatan untuk buat kek dan lain-lain produk

Kita dah bincangkan benda ni sebelum ini. Kebiasaannya barang-barang seperti ketuhar elektrik, mesin pengadun, alat penimbang, loyang dan sebagainya memang dah sedia ada di rumah anda, dan boleh digunakan terus. Kalau ada yang masih kurang bolehlah beli, dan kalau memang sedia ada di rumah anda, boleh terus guna. Mudah, kan?

 

3. Kamera untuk tangkap gambar kek yang dah siap

Gunakan KAMERA. Pastikan ia adalah KAMERA bukannya hanphone anda. Melainkan kalau handphone anda mampu untuk memberikan hasil gambar yang cantik, maka silalah gunakan.

 

Untuk memastikan kejayaan anda dalam melakukan perniagaan bakeri hanya dari rumah, anda akan banyak menggunakan medium-medium pemasaran online untuk mempromosikan perniagaan yang sedang dijalankan. Bakal pelanggan hanya dapat lihat GAMBAR sahaja. Jadi, perkara penting yang perlu anda titik beratkan ialah untuk mendapatkan gambar yang terbaik.

 

Jika perlu upah photographer profesional, maka upahlah. Jika perlu sewa kamera, sewalah. Apa yang penting ialah anda berupaya untuk mempersembahkan gambar yang cantik pada pandangan mata bakal pelanggan.

 

4. Muat turun ebok Panduan Bisnes Bakeri Dari Rumah

panduan-perniagaan-bakeri-dari-rumah

Ini salah satu panduan yang anda boleh jadikan rujukan khusus jika anda ingin jadikan bisnes bakeri sebagai satu kerjaya untuk jangka masa panjang. [klik sini untuk muat turun]

 

Menerusi panduan ini, anda akan pelajari topik-topik penting seperti

1. Gambaran jelas tentang industri bisnes bakeri

2. Mengapa menjalankan bisnes bakeri dari rumah adalah langkah yang terbaik

3. 6 sebab mengapa pembeli lebih gemar membeli bakeri dari pembuat-pembuat bakeri dari rumah (home made product) berbanding dari kilang atau kedai

4. Perbandingan antara buat bisnes bakeri dari rumah dengan dari kedai

5. Strategi untuk memilih produk bakeri yang tepat lagi menguntungkan

6. Dimana lokasi boleh belajar tentang ilmu pembuatan produk bakeri?

7. Langkah-langkah mendaftarkan perniagaan bakeri anda dan panduan buka akaun bank

8. Senarai peralatan dan juga kos

9. Cara mengira dan menetapkan harga jualan produk anda. (Salah kira, anda rugi nanti!)

10. Bagaimana menjana RM2,000 sebulan dengan menjual produk bakeri (Paling BEST)

 

Buat bisnes biarlah dengan ilmu. Setuju? Anda bukan sahaja akan menyelamatkan perniagaan anda daripada risiko kerugian, malahan anda juga ada peluang untuk jana pendapatan yang lebih lumayan. Selain 10 perkara kat atas ni, anda juga akan dapat resipi bagi 4 produk bakeri terlaris. Muat turun panduan ini disini.

 

5. FAHAM & KENAL siapa bakal pelanggan anda

Bukan semua orang akan jadi pelanggan anda. Di peringkat permulaan, anda boleh target, anda mahukan pelanggan dalam kategori yang bagaimana? Orang perseorangan? Syarikat? Badan kerajaan dan sebagainya?

 

6. Joint Venture (JV), lantik ejen dan sebagainya 

Ini salah satu cara jika anda nak tambahkan lagi pendapatan yang boleh dihasilkan. Lantik ejen atau JV dengan mana-mana pembuat kek.

Kalau anda lantik ejen jualan, ejen ini akan bantu anda buat promosi ketika anda sedang sibuk uruskan tempahan pelanggan.

Kalau anda JV dengan pembuat kek, anda boleh main peranan sebagai ejen apabila tak sempat nak buat kek bagi pihak pelanggan. Anda boleh minta rakan JV anda yang buat kek bagi pihak anda untuk diberikan kepada pelanggan yang membuat tempahan.

 

Di masa akan datang, perniagaan yang anda mulakan dari rumah mungkin akan berkembang dengan lebih besar. Ini yang biasanya berlaku kepada kebanyakkan bisnes yang ada diluar sana. Adakah pernigaan anda juga akan berkembang?

 

Tiada siapa yang tahu. Apa yang saya boleh katakan, jika kek yang anda hasilkan memang sedap, cantik, rasanya sentiasa konsisten, tak mustahil untuk anda dapat ramai pelanggan. Tapi itu lah. Tak ada siapa yang dapat ramal masa depan dan tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang.

 

Jika anda tak mulakan bisnes bakeri anda sekarang juga, tiada siapa yang tahu, sampai ke peringkat mana anda boleh berkembang. Jadi, for those yang berazam untuk mulakan bisnes sendiri menjelang tahun 2017 ini, selamat berjaya saya ucapkan.

 

Semoga perkongsian ini ada manfaat untuk anda.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. 22 Idea bisnes yang boleh dijalankan hanya dari rumah dengan modal rendah
  2. Pengalaman menjalankan bisnes bakeri dari rumah selama 3 tahun
  3. Bisnes yang boleh dimulakan dari dapur rumah anda
  4. Panduan Bisnes Bakeri – Bukan sekadar buku resipi buat kek dan pastri biasa

Filed Under: Idea Bisnes Tagged With: berniaga dari rumah, bisnes bakeri part time, bisnes kek dari rumah, bisnes muffin dari rumah, bisnes part time, bisnes roti, perniagaan bakeri

Comments

  1. ema says

    December 30, 2016 at 11:54 am

    lumayan juga hasil yang diperolehi dngan bisnes bakeri ni.

    Reply
    • sabree hussin says

      December 31, 2016 at 1:15 pm

      Betul tu ema. Dengan teknik pemasaran yang betul, memang boleh hasilkan pendapatan yang lumayan dengan bisnes bakeri ni. Yang Bestnya boleh buat secara sambilan dari rumah sahaja.

      Reply
  2. muja says

    December 30, 2016 at 12:20 pm

    untunglah orang yang suka bakery and ada bakat. muja suka makan je. masak or baking ni kurang la pulak.. huhuuu

    Reply
    • sabree hussin says

      December 31, 2016 at 1:17 pm

      Saya pun lebih prefer makan dari buat sendiri 😀

      Reply
  3. mrhanafi says

    December 31, 2016 at 6:59 am

    kalau ada minat dan kesungguhan memang akan berjaya dalam bisnes bakeri ini..

    Reply
    • sabree hussin says

      December 31, 2016 at 1:26 pm

      Betul tu. In Shaa Allah boleh berjaya dalam bisnes bakeri ni.

      Reply
  4. rika says

    January 3, 2017 at 11:00 pm

    suka makan je, memang tak nafikan jika betul cara ,bisnes bakeri akan hasilkan pulangan yang lumayan.

    Reply
    • sabree hussin says

      January 4, 2017 at 1:53 pm

      Kalau suka makan je, boleh support kawan-kawan yang buat bisnes ni 😀

      Reply
  5. titan says

    January 5, 2017 at 4:40 am

    dulu rajin wat kek.

    sekarang ni, rajin tengok kat google images ajelah jawabnya.

    Reply
    • sabree hussin says

      January 7, 2017 at 11:24 am

      Tengok kat Google Images mane kenyang ha ha

      Reply
  6. MeqZa Abdul Rahman says

    January 6, 2017 at 9:27 am

    Kalau tahu cara dan rahsia nak buat bisnes bakeri ni memang menguntungkan..mudah sebab pasti ramai yang nak makan…

    Reply
    • sabree hussin says

      January 7, 2017 at 11:28 am

      Ya betul tu. Kek, bahulu, cupcake, muffin ni memang ada peminatnya. Lagipun menu-menu ni memang sesuai dihidangkan untuk majlis

      Reply
  7. sherasan says

    April 18, 2017 at 12:20 pm

    terima kasih kerana memberi saya inspirasi. saya memang sedang bercadang nak buat bisness bakeri dari rumah. cari2 jumpa pula web ni :).

    moga Allah balas kebaikan kamu kerana berkongsi ilmu

    Reply
    • sabree hussin says

      April 20, 2017 at 3:38 pm

      Sama-sama. Semoga berjaya dalam bisnes tu nanti ya.

      Reply
  8. safiah adibah says

    November 20, 2017 at 1:58 pm

    Saya pernah buat bisnes dari rumah jual bakeri ni. Best tapi penat sikit huhuhu..

    Reply
    • sabree hussin says

      November 21, 2017 at 10:21 am

      Sekarang dah tak buat ke puan safiah?

      Reply
  9. Hasrul Hassan says

    April 3, 2018 at 8:57 am

    Jika ada minat dalam bidang buat kek dan kuih, elok sangat berniaga atau buat bisnes bakeri ni … in Sha Allah, bila buat sesuatu dengan minat dan ada kasih sayang ni … akan menjadi.

    Reply

Trackbacks

  1. Membongkar RAHSIA KEJAYAAN Usahawan Online Mudah.MY - Sabree Hussin Dot Biz says:
    December 30, 2016 at 12:15 pm

    […] anda buat bisnes bakeri hanya dari rumah. Salah satu platform yang anda boleh gunakan untuk tujuan pemasaran ialah laman […]

    Reply
  2. Bagaimana Puan N bina pendapatan pasif seumur hidup dengan Bisnes Bakeri? | Formula Income Seumur Hidup FI$H says:
    July 15, 2017 at 12:55 am

    […] Bisnes bakeri ini boleh dijalankan hanya dari rumah anda sahaja. Tak perlu tunggu ada kedai atau cafe sendiri. Tak perlu tunggu ada peralatan yang canggih. […]

    Reply
  3. Pinjam duit AIM tapi tak buat bisnes - Sabree Hussin Dot Biz says:
    November 26, 2018 at 6:00 pm

    […] Baca juga: Panduan menjalankan Bisnes Bakeri yang boleh beroperasi hanya dari rumah […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kenapa pilih untuk buat bisnes homestay?
  • Tiket masuk ke Zoo Negara
  • Apa sebenarnya Punca & Faktor kemiskinan?
  • Apa perlu buat selepas join PG Mall Consumerchant
  • Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay

Recent Comments

  • zue on Lepas SPM tak nak sambung belajar?
  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in