Boleh kata hampir setiap hari, pasti ada je geng-geng student universiti yang mencari-cari info dan cara macam mana nak tambahkan pendapatan, sama ada melalui kerja part time dari rumah ataupun menerusi jalan perniagaan.
Ya… bisnes. Bisnes ni memerlukan proses pembelajaran yang berterusan kerana dari situ, barulah kita akan perolehi pengalaman yang luas. Tak ada orang yang tiba-tiba buat bisnes terus jadi HEBAT. Amat jarang kita dengar. Kebanyakkan sesi temubual yang melibatkan golongan usahawan, pasti ada antara mereka yang akan lalui zaman-zaman gelap dan zaman kejatuhan masing-masing.
Sama ada kena tipu, bisnes GAGAL, syarikat supplier gulung tikar tanpa sebab yang jelas dan sebagainya. Akhirnya, tinggallah dirinya sebagai usahawan dibiarkan terkongtang kanting untuk mencari haluan hidup. Anehnya, walau sesukar mana sekalipun, tetap kejayaan diraih dipenghujung cerita.
Ok… kita nak cerita pasal golongan pelajar universiti. Apa bisnes nak buat bila ada masa lapang supaya boleh tambahkan serba sedikit duit poket?
Saya cadangkan anda belajar buat bisnes yang menggunakan konsep affiliate marketing. Sebelum ni, saya pernah syorkan untuk kalian menjadi ejen promosi untuk laman web Bookcafe.
Baca: Peluang buat duit online untuk golongan pelajar bersama Bookcafe
Dari pengalaman saya sendiri, promosi buku-buku dan bahan ilmiah agak kurang rancak. Saya tak tau kenapa. Mungkin sebab masyarakat kita kurang membaca. Atau mungkin masyarakat kita kurang gemar membeli buku.
Tetapi, bila saya promosi barangan seperti mesin senaman, barangan untuk haiwan peliharaan dan macam-macam lagi produk yang terdapat di laman web Lazada, saya dapati potensi untuk buat lebih banyak duit lebih cerah.
Sebelum ni, saya promosikan produk-produk lazada menggunakan platform affiliate yang disediakan oleh pihak hasoffers.com namun kali ini, saya dapati kita juga boleh promosikan produk-produk di Lazada dengan menjadi ejen berdaftar ataupun publisher dengan syarikat Involve Asia.
Boleh klik sini untuk mendaftar.
Atas ni pula adalah statistik dan pencapaian saya dalam program ni. Dalam masa 7 hari saya mula buat promosi, dah ada RM1.25
Maksudnya, menerusi program dan platform ni, memang kita ada peluang untuk buat duit. Baiklah, saya nak sentuh sedikit tentang kaedah ataupun cara bagaimana nak hasilkan pendapatan daripada program ini?
Kat luar sana, terdapat macam-macam cara yang pernah dibincangkan untuk membantu para usahawan untuk dapatkan pendapatan secara online. Sama ada pemasaran menggunakan media sosial, pemasaran menggunakan emel, laman web mahupun blog. Anda boleh pilih mana-mana satu kaedah pemasaran yang bersesuaian dengan jiwa anda.
Dalam situasi saya, saya memilih untuk fokuskan pada platform blog sahaja. Untuk pengetahuan anda, jumlah yang berjaya dicapai itu adalah daripada pemasaran menggunakan medium blog.
Kerjanya pun sangat mudah. Saya hanya perlu menulis artikel promosi tentang produk tertentu yang saya ingin promosikan dan kemudian saya tukan butang PUBLISH. Bila ada masa, barulah saya akan promosikan blog saya tu, dan kalau saya rasa agak sibuk, saya biarkan sahaja.
Bila semak balik baki komisyen, ia jarang mengecewakan. Pasti ada pertambahan. Sama ada sekadar sen-sen, atau mungkin lebih banyak dari itu.
…dan saya percaya, kerja-kerja menulis artikel promosi seperti ini, kita boleh lakukan secara part time sahaja. Ia tak sepatutnya mengganggu masa dan komitmen anda selaku seorang pelajar.
Disebabkan kerja-kerja penulisan memang TERBUKTI boleh memberikan pulangan kepada penulisnya, maka terhasillah panduan khas untuk mengajar cara-cara bagaimana nak buat duit hanya dengan menulis.
Panduan ini diberi nama Rahsia Mudah RM1,000 Sebulan dengan Menulis.
Saya rasa, kalau para pelajar buat dengan betul, buat dengan penuh komitmen dan istiqomah, anda juga boleh berjaya buat duit. Cubalah dulu, kemudian baru kata boleh berjaya atau tidak.
Lagipun, apa yang saya sarankan ni, bukannya memerlukan anda keluar duit langsung pun.
abg jay says
dimana ada usaha pasti akan ada kejayaan.
titan says
budak universiti mesti pandai menulis.
hari-hari dok tulis kat facebook, mesti leh wat duit punya kalau ambil peluang.