Boleh kata hampir setiap hari, pasti ada je geng-geng student universiti yang mencari-cari info dan cara macam mana nak tambahkan pendapatan, sama ada melalui kerja part time dari rumah ataupun menerusi jalan perniagaan.
Ya… bisnes. Bisnes ni memerlukan proses pembelajaran yang berterusan kerana dari situ, barulah kita akan perolehi pengalaman yang luas. Tak ada orang yang tiba-tiba buat bisnes terus jadi HEBAT. Amat jarang kita dengar. Kebanyakkan sesi temubual yang melibatkan golongan usahawan, pasti ada antara mereka yang akan lalui zaman-zaman gelap dan zaman kejatuhan masing-masing.
Sama ada kena tipu, bisnes GAGAL, syarikat supplier gulung tikar tanpa sebab yang jelas dan sebagainya. Akhirnya, tinggallah dirinya sebagai usahawan dibiarkan terkongtang kanting untuk mencari haluan hidup. Anehnya, walau sesukar mana sekalipun, tetap kejayaan diraih dipenghujung cerita.
Ok… kita nak cerita pasal golongan pelajar universiti. Apa bisnes nak buat bila ada masa lapang supaya boleh tambahkan serba sedikit duit poket?
Saya cadangkan anda belajar buat bisnes yang menggunakan konsep affiliate marketing. Sebelum ni, saya pernah syorkan untuk kalian menjadi ejen promosi untuk laman web Bookcafe.
Baca: Peluang buat duit online untuk golongan pelajar bersama Bookcafe
Dari pengalaman saya sendiri, promosi buku-buku dan bahan ilmiah agak kurang rancak. Saya tak tau kenapa. Mungkin sebab masyarakat kita kurang membaca. Atau mungkin masyarakat kita kurang gemar membeli buku.