UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Bulan April dan jom belajar macam mana nak buat SEO dengan video

April 6, 2017 by sabree hussin 11 Comments

Hari ni merupakan hari keenam bagi bulan April. Walaupun dah masuk hari yang keenam, tapi ini baru hari yang pertama saya mula menulis dalam blog ini.

 

Apa yang saya buat sejak beberapa hari yang lepas? Macam-macam. Pertamanya, saya sedang menyemak semula strategi pemasaran yang saya sedang lakukan selama ni.

 

Ada beberapa perkara yang saya perlu ubah, sama ada perkara-perkara yang merangkumi aspek technical dan juga tactical. Sejak akhir-akhir ni, saya rasakan bidang penulisan blog ni makin mencabar.

 

Setiap hari muncul pelbagai blog baru yang hebat-hebat dan cepat betul viral. Saya tak pasti, apa agaknya strategi yang digunakan.

 

Tapi hati kecil ni kuat mengatakan, blog baru yang cepat betul naik tu, pemiliknya banyak gunakan kaedah paid advertising dalam kerja-kerja pemasaran.

 

Apa maksud paid advertising? Secara mudahnya, beli trafik.

 

Tak salahpun kalau nak beli trafik. In fact, kalau anda ada banyak duit, silakanlah beli trafik. Ia memang salah satu strategi pemasaran yang diakui berjaya memberikan kelainanan dan kesan positif kepada sesetengah individu.

 

Cuma saya kurang gemar beli trafik. Mungkin sebab saya dah selesa mendapatkan trafik secara percuma menerusi teknik search engine optimization.

review-panduan-video-seo

Cakap pasal SEO, nah ini panduan tentang SEO yang anda boleh rujuk. Boleh klik sini kalau minat nak muat turun. Dalam panduan tersebut, anda akan pelajari bagaimana menggunakan video dalam kempen pemasaran SEO anda.

 

Saya guna artikel.

 

Jadi, kenalah menulis. Kalau boleh setiap hari kena menulis barulah akan nampak kesan positifnya. Bagi mereka yang memang tak minat menulis, atau mereka yang setiap kali nak mula menulis akan rasa stuck, maka boleh cuba alternatif lain iaitu menggunakan video.

 

Sebenarnya, bila kita guna video ni, ada banyak benda yang kita boleh lakukan. Kena jadi kreatif sikit. Download je mana-mana video yang ada kat Youtube tu, dan edit gunakan software percuma sama ada guna windows movie maker atau lain-lain software video editing yang anda tahu.

 

Daripada pembacaan yang saya buat, bila kita edit video asal dan kemudian ditambahkan sedikit dengan video kita, ia akan jadi “video response” dan tidak lagi ada masalah copyright.

 

Trik edit video asal untuk dijadikan video sendiri saya pelajari dari panduan buat duit video. Anda boleh klik sini kalau nak tau apa panduan yang saya rujuk tu.

 

Dalam panduan tu jugak, saya belajar serba sedikit tentang SEO yang fokusnya adalah pada penggunaan video.

 

Mungkin lepas ni, instead of hanya fokus pada penggunaan artikel untuk buat kerja pemasaran, lepas ni saya akan gunakan video juga.

 

Kat mana ada jual trafik?

Alang-alang tadi ada mention tentang aktiviti beli trafik, jadi saya nak sentuh sikit lagi mengenai beli trafik. Kalau ada orang beli trafik, mestilah ada tempat dimana seseorang tu jual trafik.

 

Kalau tak ada penjual, macam mana kita nak beli, betul tak?

 

Lazimnya, kita akan beli trafik sama ada menerusi Google ataupun Facebook. Kalau beli dari Google, yang popular adalah menerusi Google Adwords, manakala kalau beli dari Facebook, program yang popular adalah FBAds.ย 

 

Menerusi kedua-dua platform ini, anda boleh beli trafik.

 

Mahukah anda beli trafik dari sumber yang konsisten memberikan trafik kepada anda?

 

Boleh beli dari saya. Saya akan halakan trafik yang masuk ke blog ini, menuju terus ke blog anda. Sebagai contoh, salah satu trafik yang biasa masuk ke blog ini adalah terdiri daripada kalangan mereka yang minat nak beli kamera terpakai.

 

Individu seperti ini lazimnya akan menaip kata kunci “kamera terpakai” di laman carian google. Apabila dia taip kata kunci tersebut di Google, maka besar kemungkinan dia akan temui laman web saya.

kedai-kamera-terpakai

Kelebihan beli trafik dengan cara ini ialah, anda akan dapat trafik terus menerus tanpa perlu menambahkan bajet iklan setiap masa. Hanya perlu bayar sekali sahaja dah memadai.

 

Ha macam mana? Minat ke? Kalau minat dan nak dapatkan maklumat lanjut, bolehlah rujuk ke halaman ini.

 

Perkhidmatan iklan yang saya tawarkan ini, bukan sekadar perkhidmatan menulis artikel dalam blog ini. Iklan anda (dalam bentuk artikel) akan saya promosikan di lain-lain medium yang berada dibawah kawalan dan seliaan saya juga.

 

Semoga bulan April ni… kita sama-sama mendapat rezeki yang melimpah ruah.

 

Kita sama-sama ada banyak duit, sama ada untuk makan, minum, bayar sewa rumah, bayar hutang dan beli apa-apa barang yang kita minat selama ini.

 

Wallahua’lam.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Macam mana cara terbaik untuk saya buat duit online?
  2. Macam Mana Nak Buat Promosi?
  3. Macam-macam Teknik Pemasaran Affiliate, Mana Satu Yang Bagus?
  4. Macam Mana Cara Nak Dapatkan Like FB Fanpage

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: buat seo untuk video, panduan SEO, panduan seo untuk video, seo untuk video

Comments

  1. Anuar says

    April 6, 2017 at 9:50 pm

    Nice info… Setakat ini belum pernah cuba lagi teknik ni…

    Reply
    • sabree hussin says

      April 7, 2017 at 3:27 pm

      Cubalah ๐Ÿ˜€

      Reply
  2. Amir says

    April 7, 2017 at 1:50 am

    guna teknik video ni, kalau betul cara seo, memang lagi senang nak rank kat first page google berbanding artikel.

    bayangkan, dalam banyak-banyak artikel yang keluar, kat celah-celahnya tersenarai video kita..dah unik dah kat situ ๐Ÿ™‚

    Reply
    • sabree hussin says

      April 7, 2017 at 3:23 pm

      Yup betul tu. Dari segi keunikkan, memang video nampak lebih menonjol bila mampu mencelah ditengah-tengah result yang penuh dengan artikel. Namun, kualiti video pun kena jaga jugak. Kalau dalam video tu penuh dengan promo dan asyik nak suruh beli itu ini, ianya tak bagus dan tak convert kepada sales juga. Apa pun, topik tentang sales conversion adalah topik lain ๐Ÿ˜€

      Reply
  3. Abdul Nashar Bin Aminuddin says

    April 7, 2017 at 9:44 am

    Belum cuba pemasaran melalui video

    Reply
    • sabree hussin says

      April 7, 2017 at 11:59 am

      Cubalah tuan. Guna video dan platform Youtube. Tak perlu nak pening-pening nak selalu renew domain dan hosting. Lagipun Youtube kan percuma je.

      Reply
  4. Dedaun Comel says

    April 7, 2017 at 7:08 pm

    Rupanya teknik SEO ni wujud dalam pelbagai bentuk.. Ingatkan guna blog/website je dengan SEO ni.. video pun boleh..

    Kena belajar lagi ni

    Reply
  5. Dexx says

    April 7, 2017 at 11:00 pm

    Bagus guna platform video marketing ni. Buat tutorial, produk review, sharing testimoni dan macam-macam lagi. Gabung dengan artikel jadi lagi power. Cuma setakat ni guna video orang je. Hehe. Kena belajar buat sendiri sekali dengan SEO Video ni.

    Reply
  6. mrhanafi says

    April 8, 2017 at 10:09 pm

    aamiin dan saya berharap bulan April memberi rezeki yang baik dan kencang buat kita semua..

    Reply
  7. Firdaus says

    April 10, 2017 at 7:28 pm

    Teringin juga nak cuba video tapi x cukup kreatif. Saya lebih suka dengan menulis.

    Reply
    • sabree hussin says

      April 10, 2017 at 8:29 pm

      Cuba je. Kalau peringkat permulaan tak berapa menarik tu biasalah. Ibarat macam menulis dalam blog juga. Waktu mula-mula menulis mesti tak berapa baik jika nak bandingkan dengan sekarang.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?
  • Senarai Laman Web yang boleh digunakan untuk iklankan Bisnes Homestay anda

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 ยท News Pro Theme on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in