Saya sempat membaca buku tulisan Azizi Ali berjudul Pesara Jutawan. Tapi buat masa ni, saya masih belum ada kesempatan untuk menulis review tentang buku ini. In Shaa Allah, saya akan cuba usahakan dalam masa terdekat.
Sebenarnya, idea tentang persaraan adalah suatu perkara yang dipopularkan di era perindustrian sahaja! Sedangkan, sebelum ini tiada istilah persaraan dan setiap orang bekerja selagi terdaya.
Jadi memang langsung tak pelik kalau kita dapat lihat ada antara kita yang masih bekerja walaupun telah mencecah usia wajib bersara. Cuma apa yang biasa berlaku ialah, kita tak boleh sambung perkhidmatan di tempat yang sama, sebaliknya perlu cari kerja lain.
Antara kerja-kerja yang memang agak popular adalah seperti bekerja sebagai pemandu teksi, pengawal keselamatan, peniaga di tapak pasar malam dan sebagainya. Oh maafkan saya… saya akui, bahawa jaringan kenalan saya memang kebanyakkannya adalah individu yang biasa-biasa sahaja.
Saya tak nafikan, di luar sana juga wujud para pesara yang setelah mencecah usia persaraan masih lagi menyandang jawatan-jawatan penting seperti sebagai pengarah syarikat, konsultan, malah ada juga yang menjadi Perdana Menteri.
Bekerja dari rumah – Pilihan Alternatif seorang pesara
Sekiranya anda tak tau, bagaimana cara-cara nak bekerja dari rumah, mungkin pendedahan di laman web Jobdirumah ini dapat membantu membuka minda anda.
Pada hari ini, sebenarnya terdapat terlalu banyak pilihan pekerjaan yang boleh kita lakukan hanya dari rumah. Pada masa yang sama, anda juga boleh pilih sama ada ingin bekerja untuk majikan dari negara luar ataupun majikan dari syarikat tempatan, ataupun mungkin orang perseorangan.
Dari segi bayaran pula, ia sama ada dibayar mengikut
(1) Bilangan projek yang berjaya disiapkan
(2) Bilangan jam yang diperuntukkan untuk melakukan sesuatu pekerjaan
(3) Bilangan jualan (sales) yang berjaya dihasilkan
Namun demikian, sekiranya anda membayangkan untuk bekerja dari rumah secara online sahaja, realitinya, ia bukannya untuk semua orang. Ya, bukan semua orang boleh dan berupaya untuk melakukan kerja-kerja seperti ini. Sekurang-kurangnya anda memerlukan kemahiran, skil dan sedikit penguasaan terhadap pengendalian komputer dan juga sistem komputer yang berkaitan.
Sekiranya anda serius nak pelajari, mungkin ia akan mengambil sedikit masa anda untuk pelajari kaedah-kaedahnya. Walaubagaimanapun, jika anda adalah seseorang yang biasa menggunakan komputer semasa masih berkhidmat, anda mungkin akan dapati kerja-kerja dari rumah sebenarnya tidaklah sesukar seperti mana anda masih bekerja satu ketika dahulu.
Jika sebelum ini, anda bekerja hanya untuk seorang majikan, kali ini anda mungkin akan bekerja untuk beberapa orang majikan dalam satu-satu masa sebagai seorang freelance. Dari pemerhatian saya, jika di negara luar seperti di US, Canada, UK dan sebagainya, konsep bekerja dari rumah memang agak popular. Apa yang saya perhatikan, trend seperti ini juga mula berkembang dan mula mendapat tempat di negara kita.
Golongan pesara juga perlukan wang untuk perbelanjaan
Walaupun sudah bersara, namun itu tak bermakna kita akan perlukan sedikit wang sahaja untuk perbelanjaan harian kita. BELUM TENTU. Malahan tidak mustahil, jika apabila telah bersara, kita akan membelanjakan lebih banyak wang dalam sehari, jika dibandingkan ketika masih bekerja.
Jika masih bekerja, kebanyakkan masa kita (lebih kurang 8 -10 jam) adalah dihabiskan di pejabat untuk bekerja. Pada waktu itu, kita mungkin sedang fokus untuk menyiapkan kerja-kerja yang ditugaskan kepada kita. Kita langsung tak ada terfikir untuk buat sebarang pembelian atau berbelanja.
Namun, situasi selepas bersara adalah berbeza sama sekali. Anda akan ada extra free time selama 8 – 10 jam, yang mungkin masa tersebut akan anda gunakan dengan sebaik-baiknya untuk keluar makan angin, melancong dan berbelanja.
Atau anda mungkin akan seronok berbelanja secara online di laman web ini. Almaklumlah, kat laman web tersebut, ada banyak produk yang best dan ada diskaun pulak tu. Lagipun, anda tak perlu keluar rumah untuk shopping, hanya tunggu barangan yang ditempah di hantar oleh syarikat kurier terus ke rumah anda. Wah… ini akan menjadikan anda lebih seronok untuk terus shopping!
Sebenarnya tak salah pun kalau anda suka shopping. Cuma ia akan jadi satu masalah, jika anda terputus sumber pendapatan, namun pada masa yang sama, anda tidak kawal perbelanjaan mengikut kemampuan anda. Sekiranya anda masih lagi ingin mengekalkan cara hidup yang serba mewah, sama seperti ketika masih mempunyai pendapatan tetap, saya syorkan anda lakukan kerja-kerja seperti freelancing ketika ada masa terluang.
Setidak-tidaknya, anda tak akan rasa terlalu bosan, bila tak tau nak buat apa. Mungkin, dengan bekerja dari rumah semasa zaman persaraan anda, anda akan temui cabaran yang lebih menyeronokkan!
berita malaysia says
saya sendiri memeilih bekerja dari rumah sebagai pilihan lepas dah graduate ni.
sabree hussin says
Wah terbaik. Bukan calang-calang yang nak pilih bekerja dari rumah ni. Biasanya fresh graduate akan mengidamkan untuk kerja dengan syarikat besar
Raihanah Ahmad says
bekerja sendiri dengan pendapatan lumayan memang bestlah, doakan saya
sabree hussin says
In Shaa Allah, sama-samalah kita berusaha kearahnya ya
Noriza Rahman says
Ramai pesara memang sukar nak duduk dirumah tanpa berbuat apa-apa sebab dah terbiasa bekerja…mungkin mencari kerja sampingan untuk menghilangkan bosan selain melayan cucu dirumah
sabree hussin says
Kalau ada cucu duduk serumah ok la, mungkin tak bosan sangat. Tapi kalau cucu duduk jauh, memang akan terasa bosannya.
Khair says
kerja sampingan itu sangat menjanjikan buat kehidupan keluarga. bagus angat artikelnya
rahimah says
Saya bekerja dari rumah sejak 2009. Tak stress tapi kena usaha lebih. Disiplin kena tinggi kalau nak berjaya.
Hamacaan says
bisa bangetnih, bookmark ah, siapa tau bisa jadi refrensi 🙂
Eiffel says
nice idea, kebetulan lagi nyari kerjaan sampingan buat tambahan beli susu 😀