Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, konsep bekerja dari rumah mula mendapat tempat dan kian menjadi popular dalam kalangan penduduk dinegara kita.
Pada hari ini, boleh dikatakan hampir sesiapa sahaja boleh mula bekerja dari rumah. Peluang untuk bekerja dari rumah kini tidak hanya terbuka kepada individu yang mempunyai latar belakang dalam bidang Information Technology (IT) semata-mata.
Kalau anda mahu, anda juga boleh melakukannya.
Dengan syarat, anda perlu ada ilmu, pengetahuan dan skil yang diperlukan.
Macam mana nak buat duit sebagai online travel agent?
Mari kita terokai bidang online travel agent, suatu bidang yang mana ianya cukup sesuai untuk individu yang gemar pergi bercuti dan melancong ketempat orang.
Minat suka pergi bercuti ini ternyata boleh dijadikan sebagai satu karier yang boleh memberikan pulangan yang lumayan.
Tahukah anda, bahawa kerja sebagai online travel agent ini boleh dilakukan hanya melalui keselesaan kediaman anda dan ianya boleh juga dilakukan secara part time.
Dalam perbincangan kali ini, kita akan cuba terokai dan fahami apa yang perlu dilakukan bagi menjadi seorang ejen percutian online yang berjaya, kelebihan apabila menjadikan bidang ini sebagai satu profesion, dan bagaimana cara untuk membina sebuah perniagaan yang berdaya saing.
Apa bidang kerja sebagai Online Travel Agent?
Seseorang yang berperanan sebagai online travel agent memainkan peranan penting dalam membantu memudahkan urusan individu mahupun pihak syarikat merancang perjalanan, serta membuat tempahan sebarang keperluan yang berkaitan semasa perjalanan.
Ejen percutian akan membantu merancang sebarang bentuk percutian, sama ada dalam bentuk
1. Percutian bersama keluarga
2. Percutian romantik pasangan suami isteri
3. Lawatan korporat
Individu yang menjadi online travel agent boleh berperanan untuk membantu urusan berkaitan seperti
1. Membuat tempahan tiket penerbangan
2. Mencari tempat penginapan
3. Menyusun aktiviti yang bakal dijalankan
4. Tempahan kereta sewa
Ejen juga bertindak sebagai orang tengah yang menghubungkan antara klien dengan penyedia perkhidmatan berkaitan aktiviti pelancongan, misalnya seperti
1. Syarikat penerbangan
2. Tempat penginapan
3. Perkhidmatan kereta sewa
4. Pemandu pelancong
5. Perkhidmatan internet wifi
6. Pas perjalanan untuk menggunakan pengangkutan awam seperti bas, tren, dan sebagainya
Kalau kita bercerita dari sudut tanggungjawab ejen pelancongan ini, sebenarnya ada banyak. Antaranya
1. Memahami keperluan dan kemahuan pelanggan sepanjang pelancongan
2. Membuat kajian dan cadangan tempat menarik
3. Membuat jadual atau rancangan perjalanan (itinerary)
4. Membuat tempahan tempat menarik yang memerlukan tiket
5. Memberi bantuan sebelum, semasa dan selepas melancong
Sebenarnya terdapat pelbagai jenis ejen tempat percutian yang boleh memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
1. Ada ejen fokus kepada percutian keluarga
2. Ada ejen yang fokus kepada aktiviti lawatan korporat, syarikat, institusi, organisasi dan sebagainya
3. Ada ejen yang fokus kepada aktiviti yang spesifik, misalnya camping, mendaki gunung, ski dan lain-lain
Kelebihan menjadi Online Travel Agent
Kita telah mengetahui serba sedikit peranan dan tanggungjawab yang dijalankan oleh seorang ejen pelancongan.
Seterusnya, mari kita lihat pula, apakah kelebihan menjadi ejen pelancongan secara online.
Sebelum kita terus lihat apakah dia kelebihan sebagai online travel agent ini, saya kira ada baiknya untuk kita melihat kepada situasi dan realiti semasa.
Ya, kita memang bercerita tentang menjadi ejen pelancongan secara atas talian. Namun, kita juga perlu bersedia untuk bertemu secara bersemuka dengan bakal pelanggan.
Aktiviti pelancongan ini sebenarnya boleh menelan kos yang agak tinggi. Antara kos yang boleh dikatakan agak tinggi lazimnya adalah seperti kos untuk
1. Tiket penerbangan
2. Tempat penginapan
3. Sewa kenderaan
4. Kos untuk makanan
5. Kos untuk melakukan aktiviti
Jika percutian tersebut melibatkan bilangan peserta yang ramai, kosnya juga akan jadi lebih tinggi. Boleh jadi atas faktor kos inilah yang menyebabkan ramai orang tak mampu untuk bawa keluarga pergi bercuti.
Maklumlah, daripada habiskan beribu-ribu ringgit untuk pergi bercuti, lebih baik gunakan duit tersebut untuk utamakan keperluan.
Justeru, sudah tentu akan ada sebilangan kecil bakal pelanggan yang kurang selesa untuk berurusan secara online semata-mata.
Mereka mungkin ingin berjumpa dengan anda terlebih dahulu, supaya mereka dapat merasa lebih tenang untuk berurusan.
Melainkan kalau satu hari nanti, nama dan reputasi anda sudah cukup baik, pada waktu itu pasti ramai orang yang selesa berurusan dengan anda walaupun secara online sahaja.
Baiklah.
Apa kelebihan menjadi online travel agent ini?
Saya kira ada banyak tapi kita fokus kepada beberapa sahaja.
(1) Anda boleh beroperasi hanya dari rumah
Obviously, anda boleh bekerja hanya dari rumah.
Setiap hari anda tak perlu bersusah payah untuk bangun awal pagi, menempuh perjalanan yang biasanya memang akan sesak dengan warga yang ingin ketempat kerja.
Kita buat kerja-kerja ini secara online sahaja dari keselesaan rumah kita.
(2) Masa kerja yang fleksibel
Masa untuk kita lakukan kerja-kerja ini lebih fleksibel, dengan syarat kita sudah mempunyai rutin dan sistem kerja yang teratur.
Kebanyakkan masa kita akan diluangkan untuk kerja-kerja pengiklanan dan pemasaran. Jika anda mempunyai bajet khas, semua ini anda boleh outsource ataupun anda boleh gunakan iklan berbayar.
Selagi mana iklan anda masih lagi berjalan, selagi itu peluang untuk anda mendapatkan pelanggan adalah sentiasa terbuka. Walaubagaimanapun, anda perlu benar-benar mahir dalam aspek pembinaan iklan berbayar, supaya bajet iklan anda tidak hangus begitu sahaja.
(3) Pendapatan yang tiada had
Kalau kita cerita dari segi potensi pendapatan yang boleh dihasilkan, ia sebenarnya bergantung kepada berapa banyak pelanggan yang berjaya kita perolehi pada masa-masa tertentu.
Jika banyak pelanggan yang kita berjaya perolehi, maka banyaklah pendapatan yang kita bakal perolehi.
Bila buat kerja-kerja online travel agent ini, pendapatan kita ibarat seperti kita menjalankan bisnes. Ada masa pendapatan kita tinggi, ada masa pendapatan kita rendah.
Bagi yang baru bermula, tak mustahil kalau anda akan melalui situasi dimana anda tak berjaya hasilkan sebarang income.
Pendapatan seorang ejen ini berkait rapat dengan kemampuan anda untuk mendapatkan tempahan. Ini bermakna, lagi banyak tempahan yang anda berjaya perolehi, maka lagi besar income anda.
Anda boleh pelbagaikan cara anda menghasilkan income, sama ada dengan cara
1. Jualan pakej percutian
Anda jual perkhidmatan secara pakej dan anda buat untung mengikut kadar yang anda sendiri tetapkan. Dalam situasi ini, anda berhubung terus dengan pihak penyedia perkhidmatan dan mereka akan berikan anda harga ejen.
Kemudian apabila anda menjual pakej percutian, anda akan tawarkan harga mengikut formula harga ejen + kadar keuntungan anda.
2. Komisen tempahan tempat penginapan
Dalam keadaan ini, anda akan berikan link url untuk pelanggan anda buat tempahan sendiri di laman web. Komisen yang bakal anda perolehi adalah sekitar 4% – 5%.
Kaedah kedua ini lebih mirip dengan konsep affiliate marketing.
Kalau anda kurang familiar dengan konsep buat duit dengan affiliate marketing, sila baca posting saya sebelum ini.
Baca disini: Apa itu affiliate marketing
3. Bayaran upah sebagai penyiar iklan
Konsep bayaran yang ketiga ini bakal anda perolehi apabila anda membina laman web anda sendiri dan menyiarkan iklan-iklan berkaitan.
Jika anda mempunyai laman web anda sendiri, dan anda ada menghasilkan banyak konten berkaitan dengan percutian, anda boleh menyiarkan iklan-iklan dari program pengiklanan Google Adsense.
Lazimnya, kalau laman web anda adalah berkaitan dengan topik percutian, iklan-iklan yang akan muncul juga adalah iklan berkaitan dengan percutian.
Iklan yang mungkin akan muncul adalah iklan berkaitan dengan hotel, resort, homestay, khidmat kereta sewa, tiket masuk ke taman tema dan banyak lagi yang berkaitan.
Kaedah buat duit dengan cara ini cukup mudah.
Anda hanya perlu masukkan kod iklan pada laman web anda dan biarkan iklan tersebut berjalan dengan sendirinya.
Jika laman web anda mempunyai bilangan pelawat yang ramai, biasanya anda akan menikmati pendapatan yang lebih besar.
(4) Diskaun untuk melancong
Ada banyak syarikat atau perniagaan yang berkaitan dengan kegiatan pelancongan akan memberikan harga diskaun kepada individu yang berminat untuk menjadi ejen.
Sebagai ejen, anda boleh mengaut keuntungan dengan menjual semula perkhidmatan pelancongan kepada pelanggan dengan harga yang lebih tinggi atau mengikut harga pasaran. Perbezaan harga inilah yang akan menjadi keuntungan kepada ejen percutian.
Kalau lihat dari perspektif yang berbeza, kita boleh anggap ini sebagai satu bentuk diskaun untuk memberi kita peluang pergi bercuti dengan harga diskaun.
Kita boleh rasai sendiri pengalaman percutian bagi memberi kita gambaran yang lebih jelas, supaya memudahkan kita menghasilkan kempen pemasaran yang lebih baik.
(5) Bisnes berasaskan kegiatan pelancongan
Pada peringkat permulaan, anda mungkin akan buat kerja-kerja ejen percutian ini secara sambilan sahaja.
Anda boleh buat kerja-kerja pemasaran ketika ada masa terluang.
Kemudian apabila pendapatan anda semakin meningkat dan mula stabil, pada waktu itu anda boleh mula pertimbangkan untuk jadikan bidang ini sebagai perniagaan dan jalankan ia secara full time.
Kemahiran yang anda perlu ada
Sesiapa yang mempunyai minat yang mendalam dengan aktiviti melancong, boleh mempertimbangkan untuk mencuba bidang ini. Setidak-tidaknya, pengalaman anda pergi melancong itu nanti boleh digunakan untuk tujuan mempromosikan pakej atau tempat percutian.
Namun, untuk benar-benar berjaya dalam bidang ini, sudah tentu anda perlu ada kemahiran tertentu.
Kita bincangkan pula, apakah kemahiran yang perlu ada pada diri individu yang minat untuk menjadi online travel agent.
1. Pengetahuan tentang produk
Sudah tentu, untuk menjadi seorang travel agent yang berjaya, anda perlu mempunyai pengetahuan yang baik mengenai produk dan perkhidmatan yang bakal anda promosikan.
Apakah produk yang berkaitan dengan bidang percutian?
Sebenarnya ada banyak, dan ini adalah antara produk yang anda boleh promosi dan jual.
1. Tiket
Termasuk tiket kapal terbang, tiket feri, tiket bas, tren dan lain-lain jenis pengangkutan.
2. Tempat penginapan
Terdapat pelbagai bentuk tempat penginapan yang ada diluar sana. Ada hotel, resort, homestay dan sebagainya.
Baca juga: Apa perbezaan antara hotel dengan resort?
3. Aktiviti
Kebiasaannya, aktiviti yang boleh dijalankan ditempat pelancongan akan dikenakan bayaran.
Bayaran tiket masuk, bayaran untuk aktiviti dan sebagainya.
4. Kereta sewa
Sesetengah destinasi percutian, memerlukan kita untuk sewa kenderaan untuk memudahkan kita bergerak. Sebagai contoh, kalau kita pergi bercuti di dalam negara seperti di Pulau Langkawi dan juga ke Kota Kinabalu.
Bila ada kereta sewa, lebih mudah untuk kita pergi ke sana dan kesini.
5. Pemandu pelancong
Khidmat pemandu pelancong ini juga sangat berguna untuk sesetengah orang yang tak biasa pergi ke mana-mana destinasi tanpa ada orang yang boleh jadikan tempat rujukan.
Mereka mungkin takut sesat, risau kena tipu dan sebagainya. Jadi bila ada pemandu pelancong, mereka boleh manfaatkan masa dengan sebaiknya dan boleh enjoy percutian tersebut.
6. Insurans
Insurans perjalanan ini penting sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku perkara yang tak diingini.
7. Internet wifi
8. Cenderahati dan buah tangan
Souvenir yang eksklusif yang hanya boleh diperolehi ditempat percutian tersebut sahaja. Ataupun mungkin anda buat baju khas dengan design yang berkaitan dengan tempat percutian tersebut.
Pelanggan memilih untuk berurusan dengan anda, kerana mereka merasakan bahawa anda mampu untuk membantu mereka mendapatkan pengalaman percutian yang terbaik dan lancar.
Sekiranya pelanggan mampu untuk buat sendiri, atur perjalanan sendiri, mereka tak akan bersusah-payah untuk berurusan dengan anda. Semua ini mereka boleh buat sendiri.
Mempunyai pengetahuan yang baik tentang produk dan industri, membolehkan anda untuk menyusun pakej percutian yang dapat memuaskan hati pelanggan anda.
Kita sedia maklum, ada pelanggan yang tak kisah untuk berbelanja besar untuk percutian.
Ada yang mahukan percutian bajet.
Dalam keadaan ini, kepakaran anda amat diperlukan bagi memastikan pelanggan anda mendapat pengalaman percutian yang terbaik, yang bersesuaian dengan bajet yang mereka ada.
2. Skil komunikasi yang baik
Komunikasi yang baik adalah kunci kepada kejayaan dalam bidang ini.
Anda perlu benar-benar faham, apa sebenarnya yang dimahukan oleh bakal pelanggan.
Pelanggan ini pun, kadang-kadang dia tak tahu, apa yang dia perlukan. Soalan yang ditanyakan kadang-kadang nampak terlalu basic.
Kita perlu ada sedikit kesabaran dan skil komunikasi untuk buatkan mereka ini bercerita dengan lebih terperinci, apa sebenarnya yang dia mahukan supaya mudah untuk kita syorkan apa pakej yang sesuai.
3. Customer service
Anda juga perlu mempunyai skil khidmat pelanggan yang sangat baik.
Anda perlu menunjukkan minat yang sangat mendalam dalam usaha untuk membantu pelanggan mendapatkan pakej yang benar-benar menepati keperluan, kemahuan dan citarasa bakal pelanggan.
Sesetengah pelanggan memang agak sukar untuk buat keputusan, memandangkan mereka ini mungkin tidak mempunyai pengetahuan yang baik tentang destinasi pelancongan yang bakal dituju dan mereka agak skeptikal.
Mereka risau, kalau mereka ini sebenarnya bayar lebih mahal kepada anda, sedangkan ditempat lain mereka mungkin boleh dapat harga yang lebih murah.
Memang ada banyak orang yang sensitif dalam bab harga.
Mereka suka membanding-bandingkan harga, jika ada syarikat atau individu lain yang boleh berikan tawaran harga yang lebih murah.
Atas sebab ini, penting untuk anda bantu pelanggan dan jelaskan, apakah yang membuatkan tawaran anda adalah lebih baik berbanding tawaran pesaing.
Kalau anda tak mempunyai skil khidmat pelanggan yang baik, anda mungkin akan memilih untuk tidak melayan pelanggan ini dan akhirnya terlepas peluang untuk dapatkan jualan.
Ada juga keadaan yang mana seseorang itu nak pergi bercuti tapi tak tahu nak pergi ke mana. Berat juga masalah sesetengah bakal pelanggan ini kan…
Contoh Online Travel Agent
Diluar sana terdapat banyak laman web milik syarikat Online Travel Agent yang kita boleh jadikan rujukan.
Antara yang popular adalah seperti
1. Agoda
2. Booking.com
3. Airbnb.com
4. TripAdvisor
5. Expedia
… dan banyak lagi.
Ya saya faham, untuk membina laman web yang sama, seperti yang sudah sedia ada dipasaran mungkin ianya memerlukan modal yang besar, dan kemahiran yang tinggi.
Kita mungkin ada halangan dan kekangan untuk membina laman web yang sama seperti mereka. Namun, ini bukan bermakna kita tak akan berpeluang untuk menghasilkan sebarang income melalui cara ini.
Kalau anda ada modal yang besar, mempunyai kemahiran untuk membina laman web seperti laman web milik syarikat OTA yang telah terkenal, maka anda boleh berbuat demikian.
Tapi kalau anda seperti saya, nak buat duit online sebagai travel agent, tapi tak ada kemahiran yang tinggi, kita masih boleh buat duit dengan menjadi seorang ejen pemasaran.
Pertama sekali, saya syorkan anda sertai program affiliate yang ditawarkan oleh pihak Involve Asia.
Daftar akaun affiliate anda disini.
Selepas anda daftar sebagai ejen, anda boleh mula mempromosikan pelbagai syarikat berkaitan dengan percutian seperti dibawah.
Komisen bagi setiap produk adalah berbeza-beza mengikut syarikat yang anda pilih.
Baiklah, sekiranya anda ingin mendaftar secara terus dengan syarikat OTA, anda juga boleh berbuat demikian.
Sebagai contoh, jika anda ingin menjadi ejen pemasaran bagi pihak Agoda.
Anda boleh pergi ke pautan ini.
Isikan borang pendaftaran dan tunggu hingga permohonan anda disahkan.
Selepas itu barulah anda boleh mula dengan kerja-kerja pemasaran.
Mendapatkan pelanggan dan bina perniagaan
Sama ada anda bakal memperolehi sebarang pendapatan sebagai ejen pelancongan ataupun tidak, sebenarnya berkait rapat dengan keupayaan anda mendapatkan pelanggan.
Maklumlah, pendapatan anda datangnya dari pelanggan yang berminat untuk berurusan dengan anda.
Persoalannya, bagaimana cara untuk dapatkan pelanggan?
Jawapan ringkasnya adalah melalui kerja-kerja pemasaran.
Tapi kalau anda berminat dengan jawapan yang lebih panjang, sila teruskan pembacaan. Kita akan bincangkan, aktiviti pemasaran yang bagaimana yang boleh berikan peluang untuk anda menghasilkan pendapatan.
(1) Pemasaran digital
Memandangkan kita nak fokus kepada bekerja dari rumah, maka kita perlu tahu dan mahir dalam menggunakan kaedah pemasaran secara digital.
Sekurang-kurangnya, terdapat 10 kaedah pemasaran digital yang anda boleh gunakan, iaitu
1. Search Engine Optimatization (SEO)
2. Search Engine Marketing
3. Content Marketing
4. Social Media Marketing
5. Email Marketing
6. Pay Per Click Advertising
7. Affiliate Marketing
8. Freelancer Marketing
9. Influencer Marketing
10. Online Marketplace
Baca lagi: 10 Kaedah Pemasaran Digital yang anda boleh manfaatkan
(2) Bina networking
Membina hubungan baik dan networking ini perlu dilakukan secara berterusan apabila peluang tersebut terbuka untuk berbuat demikian.
Bina hubungan yang baik dengan pengusaha bisnes hotel, resort, homestay dan lain-lain tempat penginapan. Anda mungkin boleh bekerjasama dengan mereka semua satu masa nanti apabila anda ingin mencipta pakej percutian yang memenuhi bajet pelanggan anda nanti.
(3) Bina Kedudukan & Jenama yang kukuh
Bina profil dan jenama yang baik di internet.
Ini termasuklah jenama di media sosial dan juga di Google.
Sebaik-baiknya, anda buatlah sesuatu supaya nama dan jenama anda dikenali.
Lazimnya, strategi yang sesuai digunakan adalah strategi content marketing.
Baca juga: Apa itu content marketing
Dalam strategi ini, anda perlu membina konten yang dapat menarik minat bakal pelanggan anda, untuk mengikuti perkongsian anda dan menjadi follower anda.
Ada sesetengah orang, lebih suka fokus kepada membina konten di media sosial.
Ada yang fokus kepada konten tiktok.
Ada yang fokus kepada konten di laman web atau blog.
Persoalan saya, kenapa perlu pilih?
Sedangkan anda boleh buat dan siarkan konten dikesemua platform yang ada.
Penutup
Adakah kita boleh bekerja dari rumah sebagai seorang ejen percutian secara online, atau online travel agent?
Jawapannya sudah tentu sekali, boleh!
Walaubagaimanapun, pada pandangan sayalah, untuk kita hasilkan pendapatan yang lumayan, ia mungkin perlukan masa dan strategi yang betul-betul tersusun rapi.
Industri pelancongan ini, persaingan dia boleh tahan sengit. Syarikat-syarikat besar memang tak teragak-agak untuk tabur duit yang banyak bagi tujuan pengiklanan berbayar.
Kalau kita sebagai individu, hanya sanggup menggunakan kaedah iklan percuma atau yang tak memerlukan kos yang besar, sebenarnya agak mencabar untuk kita bersaing dengan mereka.
Atas sebab itu, saya lebih gemar gunakan pendekatan sebagai ejen pemasaran. Setidak-tidaknya, saya tidaklah melawan atau bersaing secara terus, sebaliknya saya memilih untuk menjadi sebahagian dari team pemasaran mereka.
Apa pandangan anda?
Anda minat untuk baca lebih banyak artikel berkaitan dengan peluang untuk bekerja dari rumah atau peluang-peluang untuk buat duit dalam industri pelancongan?
Jemputlah follow dan baca blog ini.
Jika ada apa-apa topik atau persoalan tertentu yang anda minat nak tahu, boleh tanyakan dibahagian komen.
In Shaa Allah jika saya tahu jawapannya, saya akan terangkan kepada anda.
ajumohit says
bolehla survey nak hujung tahun ni 😉
Sync says
boleh buat duit kopi 🙂
sabree hussin says
Yup memang boleh sangat!
bibi nor aini says
saya berminat,boleh terangkan lebih lanjut
sabree hussin says
Boleh baca posting ini
http://www.sabreehussin.com/program-affiliate-trivago-buat-duit-dalam-niche-pelancongan-dan-percutian/
trivago ini juga adalah salah satu program affiliate untuk niche pelancongan yang bagus untuk disertai
Hasni says
Semakin ramai orang yang ingin bekerja dalam rumah. Tetapi macam nak jana rezeki susah sikit. Pendapatan selalu tidak stabil.
sabree hussin says
Biasalah tu, peringkat awal pasti tak berapa stabil tetapi ia akan jadi makin baik dari masa ke masa.