“Jobdirumah ni boleh dipercayai ke? … atau sebenarnya laman web jobdirumah ni ada mengandungi unsur-unsur penipuan yang sengaja disembunyikan atau yang tak diketahui oleh orang lain?”
Seingat saya, topik tentang jobdirumah ni betul ke tak, scam atau boleh dipercayai, saya dah pernah cover sebelum ni dalam blog ni. Jadi, jika ada mana-mana pembaca dan pelawat blog ni yang masih ada lagi pertanyaan berhubung isu tersebut, boleh baca artikel saya yang kat bawah ni ya.
Klik untuk baca: Jobdirumah SCAM! Kenapa orang kata Jobdirumah ni scam? Ini penjelasannya…
Dalam catatan kali ni, saya cuma nak cerita tentang apa untungnya kalau anda jadi ahli laman web Jobdirumah.
Saya percaya, mereka yang menyertai laman web Jobdirumah, masing-masing menanam harapan untuk dapat bekerja dari rumah. Maknanya, bukan saja-saja join, atau join sebab nak jadi kaya dengan cepat, sebaliknya sebab nak bekerja, dan dibayar mengikut hasil kerja yang disiapkan.
Bila kita kata bekerja ni, faham-faham je la. Tak semestinya kita akan sentiasa dapat kerja-kerja yang kita suka setiap masa. Adakalanya, kerja yang ada kita tak berapa suka dan tak berapa selesa nak buat. Tapi, kalau dah nama pun kerja, macam mana pun dah tentu kita kena buat dan siapkan jugak.
Jadi beginilah lebih kurang dalam situasi bekerja dari rumah. Istimewanya, bila bekerja secara online ni, kita ada pilihan sama ada nak terima sesuatu pekerjaan itu ataupun tidak. Kalau rasa kerja tu macam susah, dan macam kurang sesuai, kita ada pilihan untuk tak payah ambik kerja tu.
Tapi… janganlah sampai semua kerja kita rasa tak nak cuba. Kalau semua kerja kita terus anggap susah, dan tak ada satu kerja pun yang kita apply, macam mana nak buat duit nanti? Sudah tentu, setiap pekerjaan yang diiklankan, memerlukan kita lakukan sesuatu yang berbeza.
Sebagai contoh, kerja data entry. Ada tugasan yang memerlukan kita untuk mencari data seperti maklumat syarikat. Ada tugasan yang memerlukan kita untuk mencari maklumat sesi pembelajaran dan sebagainya. Tak akan ada yang sama dalam setiap pekerjaan.
Dalam konsep bekerja dari rumah ini, asasnya lebih kurang sama. Namun, dengan siapa yang kita akan bekerja itu sahaja yang akan berbeza.
Perkara yang anda perlu lakukan untuk mendapatkan kerja setelah menjadi ahli jobdirumah…
(1) Setiap hari, pihak jobdirumah akan menghantar emel notifikasi tentang senarai kerja yang terbaru yang diiklankan di portal kerja.
Dari situ, kita boleh lihat mana-mana jenis pekerjaan yang kita rasa senang untuk dibuat. Sebenarnya kan, antara kerja yang cukup popular ialah seperti kerja data entry, penterjemahan, penulisan artikel, penulisan semula artikel, carian maklumat dan sebagainya. Jadi, pilihlah mana-mana satu kategori yang sesuai dengan kita.
(2) Sebelum apply kerja tersebut, pastikan anda benar-benar faham apa yang dimahukan oleh majikan
Ini bagi memastikan yang kita tak salah pilih kerja, dan untuk memastikan pihak majikan akan bayar hasil kerja kita. Iye la… kalau kita buat kerja tak betul, memang kita tak layak nak dapat sebarang bayaran.
(3) Apply kerja tersebut
Kebanyakkan laman web portal kerja menggunakan konsep bidding untuk kita dapat sesuatu pekerjaan. Apa itu sistem bidding dan bagaimana nak bid, ada diceritakan dalam panduan ini. Jadi rasanya tak perlulah saya nak tulis panjang-panjang.
(4) Siapkan tugasan yang berjaya kita menangi menerusi sistem bid itu tadi
Bila dah dapat kerja yang kita nak tu, apa tunggu lagi? Buatlah dengan seberapa baik dan sepantas yang boleh. Siap cepat, nanti boleh apply kerja lain pulak.
Bukan semuanya mudah belaka ya…
Kalau semuanya begitu mudah, maka anda pastinya tak perlu nak berguru dan tak perlu nak susah payah belajar dari laman web jobdirumah ni. Bila anda dah cuba apply kerja nanti, anda mungkin akan dapati, sebenarnya ianya bukanlah semudah yang disangka-sangkakan.
Ada beberapa teknik-teknik rahsia yang anda perlu tahu, barulah anda mudah untuk diterima kerja.
Ini adalah salah satu contoh job data entry yang saya apply, namun sayang, kena reject. Pihak majikan ada hak untuk terima saya atau tidak bagi bekerja dengan diorang. Tak semestinya mereka wajib ambik saya bekerja.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, biasanya apa dia kriteria yang dilihat oleh bakal majikan sebelum mereka buat keputusan sama ada nak terima atau tolak permohonan seseorang yang nak bekerja dari rumah tu. Baiklah, daripada pemerhatian dan sedikit kajian yang saya buat, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Antaranya
(1) Online profile atau resume kurang menyakinkan.
(2) Kita tidak mempunyai kepakaran dan kemahiran yang diperlukan oleh bakal majikan.
(3) Tawaran yang kita berikan tidak menepati budget majikan. Dalam konsep bekerja dari rumah ni, kita yang akan nyatakan berapa kadar upah yang kita mahukan.
(4) Cover letter langsung tak menarik. Juga disebut sebagai proposal. Setengah orang tulis proposal terlalu ringkas atau langsung tak tulis. Kena reject.
(5) Pihak majikan sebenarnya sudah mempunyai favorite freelancer atau online worker. Jadi orang baru memang dia tak akan layan sangat.
Apa alternatif yang ada untuk bekerja dengan jobdirumah?
Jika anda tak kisah bekerja dalam bidang jualan, maka saya ingin cadangkan anda join sebagai affiliate yang mempromosikan produk panduan bekerja dari rumah oleh jobdirumah ini.
Saya juga adalah salah seorang affiliate yang buat masa ini, masih lagi menerima bayaran komisyen dari pihak jobdirumah. Jumlah komisyen yang saya terima memang tak sampai 4 angka lagi, namun Alhamdulillah, ada juga sekitar 3 angka.
Berapa banyak yang anda boleh dapat dengan menjadi ejen affiliate jobdirumah? Itu semua bergantung kepada betapa berkesannya kempen pemasaran yang anda jalankan tu. Kalau kempen yang anda buat tu bagus, ramai prospek yang suka seterusnya berjaya membuatkan mereka membeli panduan tersebut, maka anda akan dapat banyak komisyen.
Untuk setiap jualan yang terhasil, komisyennya adalah RM25. Jadi, kalau dalam sehari boleh dapat 3 sales, bermakna anda dah boleh dapat RM75.
Kalau setiap hari dapat RM75 dan konsisten selama sebulan? Wow… jumlahnya dah mencapai RM2,000++ tau. (ok saya pun tak pernah lagi capai pendapatan sebanyak tu ho ho)
Apa pun, kalau anda nak jadi ejen affiliate, dan jana pendapatan menerusi komisyen, setidak-tidaknya anda juga perlu tahu, apa dia yang terkandung dalam Panduan Jobdirumah itu tadi. Saya juga join sebagai ahli terlebih dahulu, kemudian barulah saya tau macam mana nak promosikan panduan ini.
Walaupun sebenarnya kita boleh mula buat promosi tanpa jadi ahli terlebih dahulu, namun sebaik-baiknya kita jadi ahli dulu. Siapa tahu, nanti kalau anda prospek yang tanya, panduan ni bagus ke tidak, sekurang-kurangnya anda tau nak jawab apa dekat prospek tu.
Ok la, kalau anda perlukan maklumat yang lebih panjang tentang jobdirumah ni, lengkap dengan testimoni dan pengakuan jujur ahli-ahli lain, anda klik sini la ya. Selamat membaca dan semoga bermanfaat.
Hero Borneo says
jadi agen mungkin bagus juga ..tapi kalau nak kerja dari rumah dengan cara ini rasanya belum sanggup lagi jawabnya
sabree hussin says
Kerja dari rumah ni fleksibel. Saya pun bila betul-betul ada masa terluang baru akan mula apply kerja. Kalau tidak, saya akan fokus pada jadi affiliate.
Hero Borneo says
baguslah tuan..bekerja dari rumah secara bijak
Pokok2u says
Buat jdr masa ada masa. Saya pun sama juga. Ada masa boleh buat kan.
spa8i says
kerja dari rumah pun,yg penting kena rajin dan jangan putus asa.
sabree hussin says
Itulah kunci kejayaan dalam mana-mana kerja sebenarnya. Kena rajin dan jangan mudah sangat putus asa
Noriza Rahman says
Kena la ada usaha sikit kalau nak duit kan? Ini asyik nak kerja yang mudah saja, jobdirumah ni pun kira dah memudahkan orang untuk dapat wang
sabree hussin says
Jobdirumah memang dah memudahkan orang ramai untuk belajar macam mana nak bekerja dari rumah dengan betul. Namun, ia tak sekali-kali bermaksud nak buat duit dari rumah sangat mudah hehe
Noriza Rahman says
Ha betul, yang tu kena faham dengan baik,
Sani says
Gua belum serius lagi dengan job dirumah ni. Lepas ni nak tengok ketat-ketat.
Faris says
Bagus juga ada website camne..kalau tak dulu orang kita asyik kena tipu je..job dari rumah rupanya keje photostat surat berantai perabis duit je…sekarang pun semua dah online asal ada internet kat mana2 pun boleh buat duit tambahan…nak tak nak je kan?
sabree hussin says
Sebenarnya sekarang ni pun aktiviti lipat kertas ni pun masih wujud lagi. Masih lagi diiklankan secara aktif kat google. Itu pun kalau perasan la
Adam says
Tak rugi cubaa. Titan dah lama layan benda ni.
sabree hussin says
Itula pasal, dia tiap-tiap bulan dapat ribu-ribu kot 😀
Raihanah Ahmad says
yang penting cuba dulu,
sabree hussin says
Ye tepat sekali, cuba dulu!
titan says
aku rasa dah beratus-ratus kali aku kena rejek dari majikan.
haha..
sabaq aje lah.
sabree hussin says
Itu la pasal… kita bukannya boleh paksa majikan tu ambik kite kerja
Raihanah Ahmad says
kalau dapat kerja dari rumah fleksibel sikit, bestnya (sambil berangan)
sabree hussin says
Bekerja dari rumah ni, kita sendiri yang akan pilih jenis pekerjaan apa yang kita nak pilih, masa bila kita nak buat kerja tu, sama ada nak terima sesuatu pekerjaan tu ataupun tidak. Jadi, dengan mengambil kira semua ni, nampaknya ia memang fleksibel la kan.
Pokok2u says
Pilihan di tangan kita. Itu yang seronok kan. Cari kerja yang boleh kita buat aje.
Jie Susanos says
Kerja dari rumah.. Bukan mudah sbnrnya nk buat duit di rumah ni..tapi bgus ada web mcm ni.bru xkena tipu..
semak saman says
daripada tak buat apa-apa kat rumah, baik buat jod di rumah ni..
sabree hussin says
Ya, baik buat sesuatu yang boleh menambahkan pendapatan
ahmad hasif says
terima kasih panduan atas tu..teringin juga cube masih mencari sebab yang kuat lagi.
sabree hussin says
Sama-sama 😀