“Teknik pengiklanan Advertorial ni berkesan ke untuk hasilkan jualan?” Ini adalah salah satu soalan PENTING yang perlu ditanyakan oleh seorang usahawan sebelum buat sebarang keputusan untuk gunakan sebarang kaedah pengiklanan. In fact, bukan advertorial sahaja, malahan jika anda guna FBAds, google adwords, dan sebagainya, soalan yang sama juga yang anda patut tanyakan.
Iklan berbayar, ia boleh jadi satu bentuk pelaburan yang menguntungkan, dan adakalanya ia boleh jadi satu perbelanjaan yang tak beri sebarang hasil. Saya pun pernah gunakan FBAds untuk iklankan perniagaan saya. Pernah jugak merasa duit tu hangus sebab langsung tak ada sales. Adakah saya perlu give up? Dah tentu tidak. Kalau iklan sebelum ni tak ada hasil, buat je iklan yang baru.
Advertorial: minyak wangi kasturi syifa’
Saya pernah jual produk ini menggunakan kaedah advertorial. Saya guna perkataan pernah sebabnya sekarang saya dah tak jual produk ni lagi. Ada masalah dengan supplier terdahulu, dan nak cari supplier yang baru pun agak susah sekarang ni. Tapi, saya masih lagi dapat prospek yang nak beli produk ni. Mesej ni saya terima sehari sebelum saya siarkan entri ini.
Sampai sekarang ni, saya masih lagi dapat mesej-mesej macam ni. Produk yang bagus, orang mesti akan cari walaupun kita dah tak buat promosi secara aktif. Gunakan satu artikel advertorial dah cukup memadai.
Advertorial: Skrip pakar FBLikes
Semalam saya dapat lagi jualan untuk produk ni.
Dalam situasi saya ni, affiliates + advertorial = komisyen. Ada ketikanya, bila cuaca baik, suasana ceria, angin pun bertiup sepoi-sepoi bahasa, saya boleh dapat dua hingga tiga emel notifikasi seperti ini.
Tentang skrip pakar FBLikes
Anda boleh klik sini untuk melihat produknya. Produk ini sesuai untuk usahawan yang nak naikkan likes pada fanpage dengan kelajuan yang pantas. Itu sahaja. Jika fokus untuk naikkan likes dan dapat sales, itu better guna FBAds, bukannya guna skrip. Untuk promosikan produk ini, saya guna pendekatan yang lebih konservatif. Rileks-rileks je sudah. Yang penting dapat sales. Ya… orang memang carik dan perlukan produk macam ni.
Program affiliates… adakalanya dia jadi macam pasif income. Hanya dengan berbekalkan satu atau dua artikel advertorial, sales boleh masuk sendiri tanpa diduga dan dijangka. Kalau nak harapkan FBAds?
1. Kalau anda bayar untuk iklan sentiasa running, In Shaa Allah baru ada sales
2. Anda cuma nak buat promosi di group-group percuma, sampai bila? Orang lain pun buat promosi kat situ.
3. Anda nak promosi di wall sendiri? Ada ke yang nak klik likes? Kalau likes pun tak dak, macam mana anda boleh fikir yang anda akan dapat sales?
Advertorial di Akhbar online
Saya buat semakkan dilaman akhbar online Harian Metro. Ada banyak advertorial disiarkan di laman web mereka, dan dibawah ni pula ialah antara contoh advertorial yang disiarkan.
Ada lagi,
Sekiranya kaedah pengiklanan advertorial ini tidak berkesan, pada pendapat anda, adakah pemilik perniagaan ini sanggup untuk bayar mahal-mahal untuk gunakan kaedah pengiklanan ini?
Personally, saya tak tau berapa caj untuk anda beriklan di laman web Harian Metro. Mungkin MAHAL, dan mungkin juga SANGAT MAHAL. Tetapi, saya tahu satu perkara, iaitu jika anda dapatkan perkhidmatan advertorial dari saya, anda akan dicaj dengan harga yang berpatutan.
Maklumat lanjut: http://servis-advertorial5.blogspot.com/
Adakah advertorial ni betul-betul efektif untuk dapatkan sales? Jika berkesan, berapa lama boleh dapat sales?
Untuk soalan pertama, jawapannya ialah YA BERKESAN. Saya sendiri dah lakukan eksperimen berulang kali menggunakan advertorial dan memang TERBUKTI boleh buat sales.
Berapa lama kena tunggu baru boleh dapat sales?
Setiap orang akan alami kesan yang berbeza-beza. Boleh jadi, ada yang akan dapat hasilkan jualan sepantas 24 jam atau kurang. Contohnya, pagi ini publish artikel, petang pada hari yang sama dah ada orang yang buat pembelian. Untuk dapatkan hasil yang begitu pantas, ada banyak faktor yang perlu diambil kira, antaranya
1. Adakah produk anda produk yang ada banyak DEMAND?
2. Produk anda menepati target market
3. Harga mampu milik
4. Promosi anda menarik siap dengan free gift jika bertindak pantas
5. Persaingan untuk dapatkan produk tersebut sangat kurang
Itu contoh sahaja.
Satu yang anda perlu tahu, advertorial bukan teknik silap mata. Ia bukan short cut untuk anda dapat sales cepat dan jadi kaya malam ni jugak. Anda kena be realistic jugak la. Kalau anda promosi produk sampah, produk yang tak ada orang nak, ia boleh jadi akan ambil masa yang lama dan panjang untuk dapat sales.
Baiklah, jom dapatkan slot advertorial anda disini. Harga kasih sayang punya saya bagi.
zik says
memang berkesan.. kena banyak explore lagi apa2 target yang kita boleh dapat sales..
Labulabi says
Penerangan dan penulisan yang amat baik menerangkan advertorial ni.. Advertorial memang berkesan dan boleh menjadi pasif income dengan berkesan dalam jangka masa panjang…
Sani says
Memang berisi bro..Terbaik lah..
sabree hussin says
Terima kasih Bro Sani 😀