6 TIP ATAU PETUA SUPAYA MELABUR SAHAM DENGAN TENANG

by sabree hussin on April 27, 2017

in Advertorial, Pelaburan Saham

Biasa pernah lihat tak orang yang sebelumnya melabur dalam saham, bila dia mula melabur dalam saham je tiba-tiba hidup dalam kerisauan sepanjang masa? Kadang-kadang saham naik ok ja.

 

Cuma mungkin kalau boleh dia nak lihat kaunter saham dia laburkan lagi tinggi sahamnya. Ok ini ada 6 petua ikut kesesuaian masing-masing la, mungkin tak sesuai untuk semua orang. Kalau ada kesilapan mungkin boleh bagi pendapat untuk diperbetulkan.

 

(1) TENGOK SAHAM WAKTU REHAT ATAU WAKTU MALAM KETIKA KAUNTER DITUTUP.

Ha ni salah satu sebab hidup tak tenang dan tenteram sebab sepanjang masa tengok saham dan gian tengok saham, sekejap sekejap buka. Eish untung ke rugi? Naik ke turun? Jadi untuk menjadi pelabur saham yang tenang sepanjang masa lihat kaunter saham ketika waktu malam sebab waktu malam kaunter saham ditutup. Ok next

 

(2)DENGAR KHABAR INFO KAWAN

Yang ni tak salah. Cuma kena ada ilmu la untuk selidik, biasanya mesti kawan-kawan anda pesan mengatakan saham tu bagus sebab dia ada info dalaman. Kerana berita seperti inilah ramai pelabur tewas dan risau. Nampak pentingnya ilmu walaupun kita masih melabur saham. Jadi jangan beli saham yang mereka katakan melainkan anda sudah mengetahui serba sikit mengenai saham tersebut.

 

(3) BUAT KAJIAN AWAL DAN CATITAN SENDIRI

Tip yang ini patut dilakukan sebelum melabur dalam mana-mana saham. Anda boleh google (dan tapis bukan anda boleh terima macam tu ja info dan ilmu di google ni pandai pandai la) dan bertanya kepada mana-mana remisier berkenaan saham yang anda mahu laburkan nanti.

 

Mungkin saya boleh cadangkan anda jenguk fb zamsaham atau laman web pakdi.my atau pakdi.net. Ada banyak tip-tip dan info dalam tu. Rasanya baru-baru ni ramai yang buat iklan fb ads menganjurkan seminar dan bengkel saham. Ada yang untuk newbie dan ada untuk mereka yang dah biasa melabur untuk meningkatkan  lagi serta mengurangkan risiko kerugian.

 

(4) ELAK LIHAT HARGA SAHAM BERKELIP-KELIP

Tip ni kesinambungan dari tip no 1 ja, hehehe jangan marah ye dua kali peringat ni cuma nak tekankan anda supaya melabur dalam keadaan tenang ye. Saham ni aktif dari 9 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan cuti-cuti am.

 

Yang ni la membuatkan harga saham berkelip-kelip seterusnya membuatkan anda risau bila melihatnya Nampak tak disitu betapa perlunya anda perlu menjadi pelabur yang bijak dan tenang.

 

(5) JANGAN TERBURU-BURU MEMBELI SAHAM

Bila melihat harga saham jatuh atau rendah jangan mudah terus beli atau tergopoh gapah untuk membelinya. Boleh jadi saham yang kita beli tu hampir ke kemuncak paras terendah harganya, rugi sangat kalau kita beli waktu tu melainkan kita nampak ada tanda-tanda saham yang kita beli harganya bakal naik kembali.

 

(6) TARGET MELABUR UNTUK JANGKA MASA PANJANG

Ok ni tip paling utama,sebab apa? Sebab ramai kena tipu atau istilah sekarang ‘tersontot’. Dan prinsip utama melabur adalah guna wang sendiri atau lebihan wang kita memang tidak gunakan untuk tempoh waktu jangka panjang. Masalahnya sekarang ramai orang bila melabur satunya tak ada ilmu keduanya mengharapkan pulangan tetap dan berpanjangan.lagi satu mahu pulangan dengan segera. Sebab tu yang ramai tertipu.

 

Bila melabur sekurang-kurang guna duit lebihan dan melabur dalam jangka yang panjang. Ingat ni. Jangan melabur untuk jangkamasa yang singkat dan jangan melabur secara ‘kontra’.  Kontra bermaksud  disini ialah ‘bahaya’ sehingga boleh mewujudkan pergaduhan dan kehilangan wang simpanan yang banyak.

Cukup setakat ni, banyak lagi info kalau kita rajin google. Salah satunya ebook sistemsaham (link ebook system saham) ni cuma saya pesan awal-awal ebook ni tak ajar cara nak buka akaun, atau maksud term-term saham yang asas dan sebagainya hanya menunjukkan cara-cara atau teknik saham yang boleh mendatangkan keuntungan dan mengurangkan kerugian.

 

Ebook ini boleh dikatakan sesuai untuk mereka yang sudah bermula dan masih belum mencapai keuntungan yang sepatutnya.

 

Mungkin boleh dapatkan selepas anda pelajari buka akaun CDS dan belajar membeli saham buat permulaan. Kalau mahu membeli juga terpulang jika anda anggap untuk menambah ilmu selepas anda membuka akaun CDS dan sudah biasa membeli saham.

 

Anda juga boleh layari info-info berkaitan di laman web ni :-

Majalahlabur.com

Pakdi.net atau pakdi.com

Page fb zamsaham

 

Artikel ini ditulis oleh tuan Abdul Nashar

 

 

Be Sociable, Share!

{ 3 comments… read them below or add one }

anuar April 27, 2017 at 7:40 pm

Info yang saya kira cukup bermanfaat kepada pelabur2 saham..

Reply

olaoli April 28, 2017 at 5:41 pm

saya dah lama nak trading saham, tapi sehingga kini masih belum lagi..

Reply

lokman May 3, 2017 at 4:02 pm

sangat bermanfaat bagi yg ingin melabur saham

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: