Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

5 Tip Panduan Pelaburan Saham untuk Pelabur Baharu

December 3, 2016 by sabree hussin 3 Comments

Aktiviti pelaburan saham adalah salah satu cabang pelaburan. Bursa saham adalah tempat dimana kita membeli syer syarikat dalam bentuk unit pelaburan. Ini bermakna apabila kita membeli saham sesuatu syarikat, kita sebenarnya memiliki sebahagian daripada syarikat tersebut. Setiap unit pegangan ada harga. Selalunya nilai saham berubah mengikut pasaran. Boleh berlaku saham yang kita beli itu untung atau pun rugi.

 

Sebenarnya melabur di pelaburan saham boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan dan berlipat kali ganda berbanding lain-lain instrumen pelaburan yang ada di pasaran.

pelaburan-saham-asas

Percaya atau tidak, untuk menjalankan pelaburan saham, ianya boleh dilakukan hanya dengan menggunakan smartphone dan pastikan ada data internet. Anda tidak perlu lagi menelefon broker saham untuk membuat urusan pembelian dan jualan. Semuanya mudah dan tidak perlu membazir kredit.

 

Di sini saya akan kongsikan 5 tips asas untuk memasuki arena pelaburan di bursa saham. Tip asas ini adalah ilmu asas yang perlu ada pada setiap pelabur yang ingin melabur. Namun begitu, tips yang ada dalam ni bukanlah ilmu yang 100% akan menjamin anda untuk terus berjaya dalam bidang pelaburan. Anggaplah tips ini adalah panduan asas yang anda perlu tahu tentang pelaburan saham.

 

Tip #1: Buka Akaun CDS – Central Depository System

Syarat utama untuk membuka akaun CDS, anda adalah seorang yang berumur 18 tahun ke atas. Mula-mula kita perlu buka akaun CDS, iaitu akaun khas untuk kita gunakan semasa membuat urusniaga pembelian dan jualan saham. Untuk membuka akaun CDS, boleh rujuk di bahagian bank pelaburan (investment bank). Contoh bank pelaburan Maybank Investment, RHB Tradesmart, Mplus dan lain – lain.

 

Anda boleh rujuk dan bandingkan caj – caj broker yang dikenakan bagi setiap urus niaga saham. Sebenarnya, selain daripada faktor caj, setiap broker juga menawarkan kelebihan yang berbeza antara satu sama lain. Anda boleh buka lebih dari satu akaun dengan broker yang berbeza. Jadual dibawah ini juga boleh dijadikan rujukan.

tips-pelaburan-saham

syarikat-broker-mana-yang-bagus

tips-memilih-syarikat-broker

caj-broker-paling-murah

Tempoh masa akaun CDS diaktifkan kebiasaannya adalah selepas 5 hari bekerja. Untuk melihat perbandingan terkini, anda boleh rujuk laman web investor.com ini.

 

Tip #2: Trading Online

Apabila akaun CDS anda di aktifkan, buka laman web trader yang anda daftar. Login id dan mula buka akaun trader anda. Belajar dulu setiap ikon dalam trader sebelum kaji kaunter syarikat. Pastikan anda kenal broker anda.  Ini penting terutama ketika anda masukkan duit pelaburan dan pengeluaran.

 

Tip #3: Modal Saham

Pelaburan saham selalunya perlukan modal.

 

Paling minimum RM1000 – RM2500. Bergantung pada nilai saham yang anda ingin beli.  Lagi banyak lagi bagus. Kenapa perlu modal besar untuk melabur saham? Anda perlu ingat, setiap urusan pembelian saham ada caj – caj yang kita perlu bayar. Antaranya caj GST 6%, caj broker, duti setem dan lain-lain caj. Sebelum membuat pembelian pastikan buat kira-kira dahulu. Ini untuk mengelakkan pembelian berlebihan dan tidak dapat menampung caj perkhidmatan. Kini anda boleh membuat belian 1 lot bersamaan 100 unit. Ambil peluang ini untuk anda mulakan pelaburan dengan nilai modal RM1000

 

Tip #4: Aplikasi Smartphone

Dengan adanya kemudahan smartphone, banyak aplikasi yang kita boleh gunakan untuk rujukan kaunter saham. Akaun trading juga boleh kita muat turun dari playstore. Antaranya rhbtradesmart dan Mplus. Kebanyakan pelabur saham menggunakan apps KLSE untuk memantau saham. Berita – berita yang bersangkut paut dengan saham selalunya memberi kesan dalam aktiviti pelaburan. Contoh terbaru , pemilihan Presiden USA telah mempengaruhi saham di Malaysia dan menyebabkan kejatuhan nilai mata wang Malaysia.

 

Tip #5 : Ilmu Saham

Sebelum melabur kita perlu ada ilmu. Saya akan kongsikan sedikit tips asas untuk anda pilih kaunter yang sesuai untuk anda beli seterusnya membuat pelaburan.

 

(1) Pilih kaunter Consumer (Pengguna) , Healthy (Kesihatan) dan Perkhidmatan

 

(2) Pilih pasaran MAIN MARKET (papan utama) , tidak digalakkan pilih kaunter ACE MARKET (papan kedua) untuk pelabur baru dan modal kecil.

 

(3) Sifir asas pelaburan. 5% cut loss dan 20% ambil untung. Anda boleh gunakan kalkulator di apps KLSE untuk membuat pengiraan. Jika anda ikut formula yang dihasilkan oleh Sistem Saham ini, penulis mencadangkan untuk anda tetapkan cut loss 8%.

panduan-pelaburan-saham

Dalam pelaburan saham, ada juga kebarangkalian untuk anda rugi. Tetapkan kadar berapa banyak kerugian yang sanggup anda tanggung sebelum bertindak untuk menjual saham-saham tersebut.

 

(4) Beli saham dengan nilai seunit RM0.50. Kaji trend graf saham sebelum anda membuat pembelian. Ingat, kita melabur menggunakan duit kita sendiri. Belajar menerima rugi dan jangan tamak ketika untung. Kita perlu jaga emosi kita ketika membuat pembelian saham.

 

(5) PENTING. JANGAN BELI SAHAM MURAH. SEBOLEHNYA ELAKKAN BELI SAHAM ACE MARKET.

sistem-saham-panduan-melabur-saham-yang-menguntungkan

 

Saya baru sahaja muat turun ebook percuma bertajuk 5 Langkah meningkatkan keuntungan dalam pasaran saham di laman web sistemsaham.com ini.

 

Menariknya tentang ebook percuma ni, ia mendedahkan beberapa konsep dan tips tentang pelaburan yang mungkin ramai pelabur baru masih belum tahu.

 

Muat turun ebook percuma tersebut di laman web ini. Bila buka laman web ini, akan keluar pop up. Masukkan nama dan emel anda di laman web tersebut. Lepas tu link ebook akan diberi kepada anda menerusi emel.

 

Baca dulu ebook yang percuma. Jika dah yakin kandungan ebook ini akan beri banyak manfaat pada anda, barulah muat turun yang versi premium.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. 5 Langkah meningkatkan Keuntungan dalam Pasaran Saham
  2. Komisyen Affiliate Saham For Beginner April 2015
  3. 8 Perkara yang menjadikan pelaburan hartanah kurang menarik berbanding pelaburan emas
  4. Akademi Jutawan Hartanah Untuk Pelabur Baru

Filed Under: Advertorial, Pelaburan Saham Tagged With: analisa saham, caj broker saham, cara memilih broker saham, panduan saham, perbandingan broker saham, sistem saham, tips tentang pelaburan saham

Comments

  1. reezluv says

    December 3, 2016 at 5:57 pm

    pada sesiapa yang melabur saham ni automatik akan selalu alert dengan keadaan semasa

    Reply
    • sabree hussin says

      December 4, 2016 at 6:23 pm

      Memang dah jadi satu keperluan kot untuk ikuti perkembangan semasa 😀

      Reply

Trackbacks

  1. 5 Langkah meningkatkan Keuntungan dalam Pasaran Saham - Blog Sabree Hussin says:
    December 4, 2016 at 7:26 pm

    […] ini adalah salah satu ebook Panduan Pelaburan Saham yang patut dibaca oleh mereka yang baru nak […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • Senarai kerja popular untuk pelajar lepasan SPM dan yang baru menamatkan pengajian di universiti
  • Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog
  • Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Recent Comments

  • Vickki on Senarai pembekal dan contoh kertas kerja perniagaan kedai runcit
  • aaron hafix on Cara nak dapatkan kerja apabila menjadi seorang freelancer
  • Shila on Buat duit dengan Dropship: Panduan menjana pendapatan dengan dropship
  • sabree hussin on Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • sabree hussin on Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online?

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in