Aktiviti pelaburan saham adalah salah satu cabang pelaburan. Bursa saham adalah tempat dimana kita membeli syer syarikat dalam bentuk unit pelaburan. Ini bermakna apabila kita membeli saham sesuatu syarikat, kita sebenarnya memiliki sebahagian daripada syarikat tersebut. Setiap unit pegangan ada harga. Selalunya nilai saham berubah mengikut pasaran. Boleh berlaku saham yang kita beli itu untung atau pun rugi.
Sebenarnya melabur di pelaburan saham boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan dan berlipat kali ganda berbanding lain-lain instrumen pelaburan yang ada di pasaran.
Percaya atau tidak, untuk menjalankan pelaburan saham, ianya boleh dilakukan hanya dengan menggunakan smartphone dan pastikan ada data internet. Anda tidak perlu lagi menelefon broker saham untuk membuat urusan pembelian dan jualan. Semuanya mudah dan tidak perlu membazir kredit.
Di sini saya akan kongsikan 5 tips asas untuk memasuki arena pelaburan di bursa saham. Tip asas ini adalah ilmu asas yang perlu ada pada setiap pelabur yang ingin melabur. Namun begitu, tips yang ada dalam ni bukanlah ilmu yang 100% akan menjamin anda untuk terus berjaya dalam bidang pelaburan. Anggaplah tips ini adalah panduan asas yang anda perlu tahu tentang pelaburan saham.