Promosikan bisnes simkad Tone Excel dengan bantuan sistem TE AutoNetwork

by sabree hussin on November 29, 2016

in Tune Talk Tone Excel

Saya tahu… saya tahu… (Ha? Tahu apa?)

 

Memang ada banyak perbezaan yang begitu ketara antara orang yang memang nak berjaya dengan orang yang cuma sekadar nak mencuba. Orang yang SERIUS nak berjaya ni kebiasaannya akan buat sesuatu kerja sampai habis.

 

Setiap hari, dia akan mencari-cari cara bagaimana untuk melakukan rutin hariannya dengan cara yang paling efektif dan paling berkesan. Apa aktiviti rutin bagi mereka yang menjalankan perniagaan simkad seperti Tone Excel ni?

 

Jawapannya tak lain dan tak bukan ialah aktiviti pemasaran.

sistem_autonetwork_toneexcel

Bisnes seperti ini sebenarnya boleh dijalankan hanya dari rumah. In fact, ianya tidaklah terhad kepada lokasi-lokasi tertentu. Asalkan tempat tersebut mempunyai sambungan internet, anda boleh jalankan kerja-kerja pemasaran.

 

Hari ni, saya percaya kebanyakkan orang pakai handphone dari jenis yang canggih-canggih belaka. At least, ada perkataan “smart” pada handphone masing-masing. Fungsi handphone bukan lagi terhad sekadar untuk buat panggilan telefon, SMS dan main game semata-mata.

 

Sebaliknya ia dah jadi lebih canggih dari itu.

 

Boleh guna untuk rakam video, boleh guna untuk tangkap gambar, dengar lagu, tengok movie, main FB dan macam-macam lagi. Saya rasa kalau saya cuba untuk senaraikan satu per satu apa fungsi handphone sekarang ni… mungkin artikel ni akan jadi sangat panjang.

 

Pengguna simkad Tone Excel mahupun Tone Plus dah lama tahu yang handphone itu juga boleh digunakan sebagai alat untuk menjana pendapatan tambahan. Caranya? Hanya perlu tukar simkad sedia ada kepada simkad jenama Tone Excel atau Tone Plus.

 

Baiklah, memandangkan saya bukannya ahli Tone Plus, jadi saya tak nak cerita pasal Tone Plus. Cukuplah sekadar anda tahu, yang simkad Tone Plus juga boleh digunakan untuk buat duit.

 

Saya hampir-hampir terlupa, yang sebenarnya sebelum ni saya pernah daftar untuk jadi pengguna sistem autodownline TE Auto Network yang disediakan oleh Yazid Daud. Pagi tadi dapat emel yang mengatakan saya berjaya dapat seorang prospek yang mendaftar untuk jadi pengguna.

cara-terbaik-promosi-tone-excel

Atas ini adalah contoh emel notification yang bakal anda terima apabila terdapat seseorang yang mendaftar untuk menjadi pengguna sistem autodownline ini juga.

 

Bila dah dapat emel ni, ada beberapa tindakan yang anda boleh lakukan, iaitu

 

(1) Hubungi prospek tersebut menerusi nombor telefon atau emel

Cuba untuk berhubung dengan prospek tersebut. Boleh tanyakan sebarang soalan seperti “apa yang boleh dibantu”, “tanya jika dia ada sebarang soalan atau pertanyaan”, “tanya jika ada benda yang dia tak berapa faham…”

 

(2) Offer bonus atau hadiah percuma jika upgrade

Upgrade kat sini merujuk kepada pengguna VIP laman web TE Auto Network. Ya, jika prospek tu tadi berminat untuk gunakan sistem yang sama, untuk mempromosikan program Tone Excel ni, dia perlu upgrade untuk jadi pengguna VIP.

 

Kos untuk upgrade pun murah sahaja. Iaitu serendah RM20 sahaja.

 

Prospek itu tadi akan dapat sistem autodownline yang disediakan oleh team TE Auto Network, boleh promosikan TE tanpa perlu susah payah nak simpan stok simkad, dan dapat khidmat sokongan dari group TE Auto Network.

 

Dengan menawarkan bonus tambahan, mungkin akan buatkan prospek ni jadi lebih semangat untuk cepat-cepat upgrade. Soalannya ialah, nak bagi bonus apa ya? 

 

Kalau saya, mungkin saya boleh tawarkan bonus dalam bentuk servis pengiklanan percuma dalam laman-laman web yang saya miliki. Dengan ini, walaupun dia tak buat sebarang promosi, sekurang-kurangnya dia masih ada peluang untuk dapat prospek juga.

 

(3) Tak perlu buat apa-apa. Biarkan je…

Yup… tak buat apa-apa tindakan juga merupakan satu bentuk tindakan juga. Biar je prospek ni. Kalau dia rasa dia nak berjaya, pandai-pandai la dia buat keputusan yang terbaik untuk dirinya.

 

Dah besar, kan? Boleh membaca kan. Bila boleh membaca, sepatutnya boleh nilaikan sendiri, sama ada sesuatu sistem itu berguna atau tidak untuk dirinya. Katakanlah, lepas dah baca… still tak faham juga… ah boleh bertanya kan?

 

Secara peribadi, saya lebih suka dengan someone yang bertanya dan menunjukkan usaha untuk achieve something compare to someone yang pasif. Dah daftar lepas tu senyap.

 

Kita pulak yang nak kena tanya dia. Kena helo helo. Kena tanya ada masalah ke tidak.

 

Bila kita tak tanya apa-apa, dia pun slowly hilang dan expired. Seterusnya out of the system.

 

Jadi, jika anda buat bisnes, anda nak partner yang macam mana? Yang anda kena selalu push atau yang jenis independence?

 

Sistem TE Auto Network ini, kalau anda juga minat nak guna bagi mempromosikan bisnes Tone Excel anda, boleh daftar secara PERCUMA sahaja terlebih dahulu dengan menekan klik pada pautan ini.

 

Lepas dah daftar, fahamkan dulu bagaimana sistem ini beroperasi, barulah buat keputusan sama ada nak upgrade ataupun tidak.

 

Be Sociable, Share!

{ 4 comments… read them below or add one }

Anuar November 29, 2016 at 4:44 pm

Dengan adanya bantuan sitem… Sudah pasti dapat memudahkan kerja-kerja promosi dan senang nak buat sale..

Reply

sabree hussin November 30, 2016 at 12:49 am

Ya.. memang itulah fungsinya sistem-sistem seperti ini dibangunkan. Untuk memudahkan kerja-kerja pemasaran dan jualan 😀

Reply

riz1xox December 2, 2016 at 6:54 pm

Senang sangat dengan TEauto nie ….

Reply

sabree hussin December 3, 2016 at 11:13 am

Ya betul. Sistem ini memang dah memudahkan sangat dah ni.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: