Suasana di stesen minyak Shell Bandar Sri Permaisuri agak luar biasa pada petang 30 Jun 2015. Saya lihat sekeliling dan dari pandangan mata kasar, jelas kelihatan bilangan kereta yang mengisi petrol disini lebih banyak dari kebiasaan.
“Ni mesti kerajaan nak naikkan harga minyak ni ha ha”
Saya bergurau dengan isteri. Rupa-rupanya gurauan saya tu bukan sekadar gurauan semata-mata. Kerajaan MEMANG BETUL-BETUL NAIKKAN HARGA MINYAK. Rupanya dia ada dapat berita, insider’s info dari seseorang yang bekerja di sektor awam tentang kenaikkan harga minyak.
Saya tak puas hati. Aik selama ni, kalau kerajaan nak naikkan harga minyak, bukan ke diorang akan bagitau at least 24-48 jam lebih awal sebelum harga dinaikkan. Misteri. Akhirnya apa yang menjadi persoalan difikiran saya terjawab…
Berita dari sumber: Malaysian Insider
Dah tak akan ada lagi pengumuman awal? What?
Okeh bagus sangat la tu. Mungkin selepas ni, kita akan melalui fasa-fasa kejutan setiap bulan, dan akan sentiasa tertanya-tanya, sama ada kerajaan akan naikkan harga minyak, turunkan atau tiada perubahan.
Harga Petrol RON95 dan RON97 sebelum 1 Julai 2015
Petrol RON95 = RM2.05
Petrol RON97 = RM2.35
Harga Petrol RON95 dan RON97 selepas 1 Julai 2015
Petrol RON95 = RM2.15
Petrol RON97 = RM2.55
Setakat naik 10 sen dengan 20 sen apa la sangat…
Katakanlah kereta yang anda pandu, full tank ialah 50 liter. Bermakna, kali ini pertambahan kos untuk isi full tank ialah 10 sen x 1 liter x 50 = RM5 (kita andaikan tangki minyak memang tengah kosong untuk memudahkan pengiraan)
Persoalannya ialah, full tank ni boleh tahan berapa lama? Ikut penggunaan, kan. Kalau jenis yang memang sehari suntuk kerjanya asyik perlu travel, silap-silap dalam sehari perlu isi minyak dua kali full tank.
Dua kali full tank, bermakna ada pertambahan kos sebanyak
2 x RM5 = RM10
Sebulan pula ada 30 hari. Kalau sehari perlu berbelanja extra RM10, kalau ada 30 hari jadi
30 hari x RM10 = RM300
RM300 ni anda rasa banyak ke sikit?
Eh ada ke yang kerjanya atas jalan je?
Mestilah ada. Terutama sekali those yang kerja dalam bidang perkhidmatan logistic. Kerja kurier dan hantar-hantar barang. Siapa yang nak serap kenaikkan kos penghantaran barang (shipment) yang berpunca dari kenaikkan harga runcit minyak ni? Adakah peniaga sanggup serap kos tambahan ni dan meningkatkan kos operasi dan mengurangkan margin keuntungan?
Nak tak nak, mereka akan transfer bebanan ni kepada pengguna. Masing-masing akan mula naikkan harga barang atau mereka terpaksa pilih untuk out of business. Sudahlah GST mensasarkan pengguna akhir (end user) iaitu golongan pengguna untuk menanggung cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekarang ni ditambah lagi pula dengan kenaikkan harga petrol.
Lepas ni tunggulah, kerajaan akan ulang balik skrip tahun-tahun lepas yang menyalahkan peniaga sebab naikkan harga barangan jualan, macamlah masalah ni bukannya berpunca dari pihak kerajaan sendiri yang menaikkan harga minyak.
Situasi yang lebih kurang macam ni yang saya lalui pada 1 April 2015 yang lepas waktu kerajaan umumkan untuk dilaksanakan GST.
Ya, saya ada jalankan perniagaan runcit barangan dapur secara kecil-kecilan di Meru, Klang. Memandangkan modal permulaan pun tak besar mana, stok barang kami ambil dipasaraya-pasaraya besar seperti Giant, NSK, Mydin dan sebagainya.
Hari pertama beli stok barang untuk niaga, caj untuk GST adalah lebih kurang RM15 ~ RM20.
Kita ambil pengiraan yang paling kecil, katakanlah RM15.
Sebulan ada 30 hari dan boleh kata setiap hari akan restock barang. Saya ada katakan sebelum ni yang modal niaga kami ni kecik je, jadi memang perlu resctock barang setiap hari dan memang tak dapat nak beli barangan niaga dalam kuantiti yang banyak.
RM15 x 30 hari = RM450
Fuh berpeluh jugak tu. Modal kami berniaga pun tak ada la berkembang sehingga RM450 sebulan, tetapi sekarang ni, kita dah kena cari duit tambahan untuk bayar kat GST. Kalau RM45 pun kita dah rasa susah, RM450 bagaimana pulak? Super susah?
Benda dah berlaku. Tak ada apa yang boleh kita semua lakukan untuk mengubahnya. Apa lagi opsyen yang kita ada selain daripada TAMBAHKAN PENDAPATAN? Jangan cakap bab jimat cermat la… sekarang ni apa yang dipakai pun tak cukup, nak jimatkan apa lagi.
Personally, saya mengharap sangat lepas ni
1. Saya akan dapat lagi banyak komisyen dari Program Jobdirumah
2. Komisyen bisnes Best Mobile saya makin bertambah
3. Komisyen dari bisnes Tone Excel at least terus maintain kalau dah tak nak naik
4. Akan dapat lagi banyak job untuk penulisan artikel review dan advertorial
5. Jualan untuk produk-produk digital makin bertambah baik
Atau mungkin saya perlu tambahkan lagi paip pendapatan sedia ada. Mungkin saya patut lebih banyak get involve dengan pelbagai lagi peluang-peluang bisnes yang ada kat Malaysia ni ataupun kat luar negara sana.
Entahlah… kadang-kadang tu rasa kesian pun ada. Kesian pada golongan yang selama ini memang dah sedia hidup susah, dan kini ditambah lagi dengan cabaran yang macam ni. Kalaulah pendapatan mereka ni naik seiring dengan peningkatan kos sara diri itu ok lagi, namun banyaknya yang saya temui dalam aktiviti Kelab Generasi Warisan Prihatin, pendapatan mereka tak bertambah pun, dan ada juga yang kehilangan punca pendapatan tapi kos sara hidup makin lama makin meningkat naik.
Entah macam mana entah mereka nak survive.
In Shaa Allah, mana yang terdaya, saya dan tim GWP akan bantu serba sedikit.
akak vitamin says
bila dikira memang sakit hati, harga minyak naik tentulah barang lain pun naik. ditambah dengan gst lagi. kita yang sederhana ni pun mulai susah bernafas, yang miskin bagaimana? Allahu.
sabree hussin says
Tengah duk tengok-tengok jugak ni, barang apa agaknya lepas ni yang akan naik harga
Suriya says
cakap pasal minyak ni memang boleh buat naik darah. tapi apalah yang kita boleh buat. kalau ada bom nak juga bom kan mereka yang suka-suka hati naikkan. kita takpelah lagi, ada duit juga. habis tu yang nak beli barang pun terpaksa kire syiling….sedih
sabree hussin says
Harga sebelum ni pun sebenarnya saya dah rasa agak mahal, hari ni jadi lagi mahal pulak rupanya ha ha
Farha IbuCergas says
Sangat sedih kita dikotak katikkan macam ni. Terpaksa bekerja sekeras-kerasnya. Sian kat anak-anak dan mak ayah, bila anak sudah tak punya waktu untuk spend dengan mereka. Dek kerana sara hidup yang tinggi, terpaksalah kerja keras bergadai waktu.
sabree hussin says
Akan tiba satu waktu, buat bisnes bukan lagi satu pilihan, tetapi satu kemestian walaupun dah mempunyai kerja lain
Azzahairi says
Entahlah, zalim dan rakus sekali, suara rakyat seolah tak wujud lg, tapi kalau di fikir suara rakyat ibarat air. Air yang boleh melimpah untuk pecahkan empangan.
Skrip yang sama je dorang guna. Fuhhh….
Betul kata tuan SH, buat bisnes akan jadi kemestian. Bgs penulisan tuan SH. Kipidap 🙂
Hafizul says
Tak apa..nak kena kerja lebih keras dan gigih lagi nih..hehe
sabree hussin says
Itula, setiap bulan kena tambah produktiviti sebab setiap bulan makin mahal kos untuk teruskan hidup ni