Baru-baru ni, saya ada beli nama domain khas untuk tujuan projek blogging saya. Nama domain tu pula saya guna khusus untuk tujuan mempromosikan bisnes Tone Excel yang saya jalankan.
Memandangkan ramai juga dari kalangan network saya yang berminat nak tahu macam mana caranya untuk guna custom domain untuk blog mereka yang menggunakan platform percuma dari blogspot, jadi dalam artikel kali ini saya akan tunjukkan cara-caranya.
Ini contoh laman blog yang saya dah hasilkan.
Anda boleh klik: http://www.toneexcelklang.com
Baiklah, jadi kali ini saya akan tunjukkan caranya macam mana nak dapatkan custom domain macam yang saya gunakan untuk laman blog tersebut.
Untuk penerangan ini, saya akan gunakan servis domain yang ditawarkan di laman web NetKL. Sebabnya, pada pandangan saya, servis dari NetKL adalah antara yang terbaik yang pernah saya langgani. Malahan, untuk laman web saya, itu juga menggunakan servis dari pihak NetKL.
Mula-mula sekali, layari laman web NetKL.com
Paparan seperti berikut akan kelihatan
Klik pada hosting. Sila rujuk anak panah.
Untuk bahagian categories, anda pilih opsyen Blogging. Anda akan dibawa ke paparan seperti dibawah. Klik order now. Caj konfigurasi dan pemasangan sebanyak RM3 akan dikenakan. Caj ini mungkin akan berubah jika anda baca post ini pada tarikh yang berbeza dari tarikh asal catatan ini dihasilkan.
Langkah seterusnya, anda isikan nama domain yang anda ingin gunakan.
Pastikan anda pilih opsyen “I want NetKL Hosting to register a new domain for me”
Anda boleh pilih sebarang nama yang berkenan di hati anda.
Pilih .com jika masih available.
Anda boleh juga pilih .net, .biz, .org dan sebagainya.
Sekiranya nama yang anda ingin pilih masih lagi Available, paparan seperti dibawah akan kelihatan
Teruskan dengan menekan Click to Continue >>
Anda akan diminta untuk mengisikan maklumat mengenai laman blog yang anda ingin bina.
Your Blogspot’s Address/URL: alamat blog dari blogspot anda
Username of your Blogspot’s Admin: Biasanya adalah alamat emel gmail anda
Password of Your Blogspot’s Admin: Password emel anda
Sebelum anda confirm order, anda boleh semak semula. Adakah ianya sama seperti yang anda mahukan. Pastikan tiada sebarang kesalahan ejaan pada nama domain yang anda ingin beli.
Tolong jangan tanya saya, apa dia promotional code. Sebab saya sendiri tak tau apa promotional code yang anda boleh gunakan.
Kos keseluruhan adalah RM38.00 sahaja.
RM35.00 untuk nama domain.
Manakala RM3.00 untuk servis konfigurasi dan pemasangan nama domain tersebut dengan laman blogspot anda.
Untuk bayaran seterusnya, anda perlu bayar RM35 sahaja untuk renew nama domain.
Jika anda dah pun puas hati, terus tekan Checkout >>
Jika sebelum ini anda telah mempunyai akaun dengan pihak NetKL, anda boleh tekan Click here to login. Jika ini adalah kali pertama anda berurusan dengan pihak NetKL, anda perlu isikan borang pelanggan.
Untuk tujuan pembayaran, anda boleh menggunakan servis dari Paypal ataupun bank transfer. Lazimnya, saya akan gunakan kaedah bank transfer sahaja.
Jika tempahan anda tak ada sebarang masalah, biasanya ia hanya akan mengambil masa kurang daripada 24 jam dan anda dah boleh mula blogging dengan menggunakan nama domain anda sendiri.
Saya tak tau sampai bila pihak NetKL akan tawarkan servis ini dengan harga yang begini rendah. Nasihat saya, sementara harganya masih murah, lebih baik anda bertindak sekarang dan beli nama domain anda sebelum orang lain beli nama domain tersebut.
Bertindak segera.
Klik sini untuk menempah nama domain anda.
Update 11 Jan 2017 – Nama domain yang saya beli, iaitu www.ToneExcelKlang.com sudah pun expired. Saya sudah tidak renew nama domain ini.
Walaubagaimanapun, saya masih ada lagi blog lain yang saya bina menggunakan platform blogspot dan menggunakan custom domain. Anda boleh lihat contoh blog yang saya buat iaitu di alamat www.mohdsabree.com
Hafiszan Kamarudin says
timba ilmu mudah ini, dapat juga pelajarinya. Senang sahaja rupanya, ingatkan rumit
sabree hussin says
Mudah sebab NetKL ada offer servis konfigurasi sama 🙂
Kalau buat sendiri mungkin akan jadi rumit sikit
BroFami says
Wow mudah je ingatkan perlu setting sendiri kat blogspot tu.. Kalau kat hosting lain ada juga ke servis mcm ni..?
sabree hussin says
Hosting lain pun sepatutnya boleh mintak mereka buatkan. Kena tanya la hhe Itu pun kalau ada yang sudi nak buatkan
Wan Yusof Wan Jeffery says
Tuan,
“Anda boleh klik: http://www.toneexcelklang.com” –> broken link tu ^_^
sabree hussin says
Terima kasih Wan Yusof, tak perasan pulak saya tu broken link. Saya dah betulkan dah 🙂
abdfatah says
wah… ada setting rupanya yang tersedia… bleh cuba try test nih…
sabree hussin says
Try la test 😀 boleh jimat kos hosting. RM35 je setahun, boleh blogging puas-puas tanpa perlu risau kehabisan bandwidth
Hafizul says
Ohh bagusla kan kiranya bayar, siap boleh guna terus..hehe…
sabree hussin says
Yup, proses dia pun kejap je
Noriza Rahman says
Panduan berguna buat saya ni, sebab sebelum ni adik yang menguruskan pembelian domain so tak tahu.Terma kasih atas info ni ya
sabree hussin says
Sama-sama, lepas ni boleh buat sendiri dah ye. Manalah tau kot-kot ada nak buat projek blog yang baru
suri says
netkl memang best hee..berbaloi kalau untuk permulaankan
sabree hussin says
Suri dah tak pakai netkl ke sekarang?
anuar says
Terima kasih di atas perkongsian info. .. setakat ini saya hanya menggunakan platform blogspot untuk blog dan mini site saya. .. Syukur Alhamdulillah, walaupun guna yang jimatkan kos, tapi berjaya juga membuahkan hasil. .
m.fahmi.ramely says
Terima kasih atas perkongsian tuan.
Satu soalan dari saya : kalau guna wordpress pun boleh beli domain dari netKL ke ?
sabree hussin says
Boleh juga 😀
Hero Borneo says
saya berminat juga nak guna perkhidmatan ini..macam bagus sahaja
sabree hussin says
Bagus dan pantas 😀
Personally saya amat berpuas hati
blogger lelaki says
tutorial yang sangat jelas bro..tak pernah cuba netKL
sabree hussin says
Blog bloggerlelaki ni bro pasang sendiri ye?
Azizi Zakaria says
Assalamualaikum tuan,
saya dah cuba menggunakan netkl, tapi saya xdapat klik yang untuk blogger. saya dah daftar dan bayar domain azizizakaria.com tapi saya tiada website lagi.
Bagaimana saya nak mulakan website?
Cpanel pon saya xboleh masuk.
Hosting saya dah dapat dari kawan saya dan dia dah daftar kan bawah domain saya.
memang saya xtau apa2 pasal nak create website.
perlukan pertolongan tuan.
terima kasih
sabree hussin says
Wasalam tuan Azizi Zakaria,
Tuan perlukan bantuan apa ya? Tuan nak bina website guna blogspot atau nak buat guna wordpress? Kurang jelas sebenarnya ni dengan masalah sebenar tuan dan apa yang saya boleh bantu
Azizi Zakaria says
Salam Tuan Sabree,
saya nak menggunakan wordpress
saya dah membeli domain cuma saya tiada hosting.
Saya ada mendapat hosting percuma dari sahabat saya di joomlakl.com
Tetapi saya tidak tahu hendak bermula…
Harap Tuan Sabree dapat membantu
sabree hussin says
Wasalam tuan Azizi Zakaria, macam biasa mula-mula sekali install dulu perisian wordpress terlebih dahulu di hosting tu. Kemudian, bila dah install bolehla mula menulis dalam blog tu