Adakah anda telah menggunakan sepenuhnya segala channel yang terdapat di internet untuk anda mendapatkan jualan bagi produk mahupun servis yang anda tawarkan? Ataupun anda baru sahaja menggunakan satu dua channel, dan apabila ia tidak memberikan hasil seperti yang anda harap-harapkan, anda terus give up?
Bercakap mengenai channel pemasaran, sebenarnya terdapat banyak channel yang boleh kita gunakan bagi menghasilkan jualan untuk produk yang kita promosikan. Dalam perkongsian pada kali ini, saya ingin kongsikan kepada anda semua, apa dia channel pemasaran yang anda boleh gunakan untuk tujuan menjalankan pemasaran secara online.
Sekiranya anda dapati, channel pemasaran yang anda sedang gunakan sekarang ini kurang berkesan, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk tambahkan channel pemasaran lain.
Pada waktu ini, boleh dikatakan Facebook adalah laman media sosial yang paling popular dalam kalangan pengguna. Hampir setiap orang yang mempunyai akaun di laman web Facebook, akan login ke akaun Facebook mereka sekurang-kurangnya sekali dalam sehari, sama ada untuk membaca dan mengikuti perkembangan terkini, melihat gambar-gambar yang dikongsikan, untuk menonton video ataupun sekadar untuk menghabiskan masa.
Memandangkan hampir kebanyakkan orang ada akaun di Facebook, maka adalah satu langkah yang bijak sekiranya anda juga turut cuba untuk dekati bakal pelanggan anda menggunakan medium ini.