Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Instagram sebagai medium pemasaran media sosial terbaik bagi tahun 2016?

January 27, 2016 by sabree hussin 4 Comments

“Tahun 2016 adalah tahun untuk pemasaran media sosial di Instagram!”

 

Sebelum tu, tengok dulu kat sini kenapa saya kata macam tu.

 

Perasan tak? Setiap tahun, pasti akan muncul media-media sosial terbaru yang akan menjadi pesaing bagi media sosial yang sebelumnya. Kalau satu masa dulu, nama seperti myspace cukup gah, namun setelah kemunculan friendster, sedikit demi sedikit populariti myspace mula jatuh.

 

Friendster juga mula jatuh setelah muncul platform media sosial baru seperti Facebook, Google+ dan Twitter. Kini selepas beberapa tahun, nama Instagram pula yang mula meningkat naik.

 

Persoalannya, sudahkah anda bersiap sedia untuk menjadikan Instagram sebagai platform pemasaran anda, ataupun hingga ke saat ini, anda masih lagi bergantung harap pada medium Facebook semata-mata?

 

cara_promosi_instgram

Laman media sosial bukan tempat untuk berniaga     

Namun realitinya, kita tetap menggunakan platform media sosial untuk jual barang! Bila dah terlalu banyak iklan-iklan muncul di Newsfeed kita berbanding status-status update dari kawan-kawan, maka bermulalah saat di mana sesebuah media sosial tersebut jadi makin BOSAN.

 

Saya tak tau bagaimana dengan situasi anda, namun apa yang pasti, di Facebook saya penuh dengan iklan-iklan untuk menjual ataupun mempromosikan sesuatu produk mahupun servis. Bila kita tekan je butang Home, terasa macam sedang baca direktori iklan.

 

Ada-ada je benda yang nak dijual oleh kawan-kawan dalam friendlist kita.

 

Sama ada nak jual simkad Tone Excel, nak jual alat senaman untuk jadi kurus, dan macam-macam lagi. Sesetengah orang dia tak boleh tengok benda-benda ni semua. Mereka mahukan, suasana di media sosial tu bebas iklan dan hanya untuk tujuan bersosial semata-mata.

 

Namun, sebagai usahawan, dah tentu kita tak akan lepaskan peluang untuk buat bisnes, tak kira walau dimana kita berada.

 

Bukankah tempat terbaik untuk pancing ikan, ialah di tempat yang ada banyak ikan berkumpul? Begitu la dia perumpamaan dengan melakukan pemasaran di media sosial.  Satu masa dulu, twitter adalah lubuk ikan paling dalam dan paling banyak, namun selepas itu digantikan dengan facebook dan sekarang, di tahun 2016, lubuk ikan tersebut telah pun beralih ke Instagram.

 

Selagi anda masih lagi bergantung harap pada media sosial untuk merancakkan jualan online anda, maka mahu atau tidak, anda perlu ikut segala trend dan perkembangan semasa. Kini, pelanggan dan prospek anda banyak yang suka untuk berkumpul di Instagram, jadi anda juga perlu ikut.

 

Sudah tentu, pemasaran di media instagram mempunyai perbezaan jika nak bandingkan dengan pemasaran di channel Facebook. Anda silap besar jika beranggapan, cara melakukan pemasaran di Instagram sama sahaja dengan cara beriklan di Facebook.

 

Ianya LAIN SAMA SEKALI.

 

Jika ianya sama sahaja, dah tentu tak ada keperluan untuk beralih ke media sosial seperti Instagram.

 

Sekarang ini adalah masanya untuk buka satu lagi channel pemasaran di Instagram. Jika anda lambat bertindak, satu masa nanti, apa yang sedang terjadi di platform FB akan terjadi juga di Instagram.

 

Sebagai contoh, masalah di FB sekarang ni ialah reach terlalu rendah, sukar untuk memviralkan sesuatu post dan jika kita mahu ramai orang lihat post kita, kita kena BAYAR. Namun perkara ini tidak berlaku di Instagram. Situasi di Instagram kini adalah seperti waktu FB baru mula meningkat naik.

 

Saya masih ingat lagi, waktu pemasaran di FB baru nak meningkat naik, waktu tu ramai usahawan yang berjaya buat jualan yang lumayan sehingga 4 – 5 angka setiap bulan. Namun itu kisah dulu, waktu awal-awal dulu. Sekarang ni, mungkin agak sukar untuk ulang kejayaan di masa lalu.

 

instagram_kaboomNamun, peluang yang sama datang kembali, dan kali ini, peluang tersebut ada di pemasaran Instagram.

 

Baca panduan Pemasaran Instagram ini jika anda betul-betul tak tau, apa perlu buat untuk berjaya buat sales di Instagram.

 

Buat pemasaran di media sosial memang beginilah permainannya. Kita memang kena selalu upgrade dan update ilmu kita.

 

Siapa yang tak suka sebab kena update dan upgrade ilmu, maka dia akan sentiasa kena tinggal di belakang… dan kalau sales anda hasil buat pemasaran di media sosial tak seberapa, jangan salahkan sesiapa. Sebabnya, anda lebih tahu kenapa anda tak perform.

 

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Pemasaran di media sosial untuk dapatkan jualan
  2. Promosi bisnes homestay menggunakan platform Media Sosial
  3. Kenapa kawan-kawan di media sosial tak support bisnes kita?
  4. Disiplin pemasaran online apabila menggunakan medium FB Group dan Forum

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: buat duit di instagram, pemasaran media sosial, pemasaran terbaik instagram

Comments

  1. titan says

    January 30, 2016 at 12:50 am

    yup.

    antara medium yang cukup pantas bergerak.

    tapi bagi aku, blog still ada kehebatannya yang tersendiri.

    Reply
  2. abdfatah says

    January 31, 2016 at 7:50 am

    gunakan dengan sebaik baiknya di waktu dan ketika ini…

    Reply
  3. rahimah says

    February 1, 2016 at 11:06 pm

    Tengah study marketing di Insta tapi blog dan web tetap priority saya.Sekarang ni belasah aje insta tu dulu.. he he.

    Reply

Trackbacks

  1. Pemasaran di media sosial untuk dapatkan jualan - Blog Sabree Hussin says:
    July 5, 2016 at 1:57 am

    […] Laman Instagram adalah salah satu laman media sosial yang dikatakan turut mempunyai potensi yang sangat besar untuk dijadikan medium bagi melakukan kerja-kerja pemasaran. Salah satu panduan yang mengupas kaedah pemasaran menggunakan platform media sosial instagram ialah panduan Istagram ini. [Instagram sebagai medium pemasaran media sosial terbaik bagi tahun 2016?] […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kenapa pilih untuk buat bisnes homestay?
  • Tiket masuk ke Zoo Negara
  • Apa sebenarnya Punca & Faktor kemiskinan?
  • Apa perlu buat selepas join PG Mall Consumerchant
  • Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay

Recent Comments

  • zue on Lepas SPM tak nak sambung belajar?
  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in