Membina kerjaya dalam bidang jualan, merupakan suatu perjalanan yang cukup menakjubkan.
Kerjaya dalam bidang jualan ini ada banyak peluang untuk berkembang, dan jika dilakukan dengan betul, potensi untuk anda menikmati pendapatan yang lumayan boleh jadi lebih cepat berbanding kerja makan gaji.
Posting ini bukan berniat untuk membanding-bandingkan antara kerja makan gaji dengan berbisnes.
Kita pun sedia maklum, masing-masing ada keistimewaan dan kelebihannya yang tersendiri.
Apa yang kita nak bincangkan disini, adalah mengenai kepentingan menghasilkan jualan pertama, apabila menjalankan perniagaan.
Memang telah menjadi lumrah dalam berniaga.
Pendapatan kita sangat berkait rapat dengan kejayaan dan kebolehan kita melakukan aktiviti jualan.
Keupayaan kita untuk hasilkan jualan adalah merupakan nadi bagi perniagaan kita.