Adat berniaga.
Pendapatan atau income kita sangat berkait rapat dengan aktiviti jualan. Kena buat jualan, maka dari situ barulah kita ada keuntungan untuk ditukarkan kepada pendapatan. Ada masanya, kita boleh dapat banyak untung, ada masanya keuntungan kita tak seberapa, dan ada juga hari-hari tertentu, kita terpaksa buat jualan dengan sedikit kerugian bagi mengelakkan berlaku sebarang kerugian yang lagi besar daripada yang sedang dihadapi sekarang.
Faham ke?
Bukan semua orang ada semangat dan kekuatan untuk cari makan dalam cabang perniagaan.
Setengah orang, dia cuma berpura-pura sukakan kehidupan sebagai ahli perniagaan. Tetapi, bila kita katakan, dalam bidang ni kena tahu macam mana nak buat jualan, terus dia kata
“Aku tak minat la nak cari-cari orang ni…”
Nampaknya dia bukannya sukakan kehidupan sebagai ahli perniagaan, tetapi cuma sukakan kehidupan yang dilalui oleh ahli perniagaan yang telah pun berjaya.