Harga kamera baru yang dijual di kedai kamera terlalu MAHAL? Mahukah anda dapatkan kamera DSLR dengan harga yang lebih rendah dan menjimatkan?
Ya, sudah tentu dari segi kualiti, ia masih lagi berada dalam keadaan yang baik. Walaupun ini adalah kamera terpakai, namun dari segi kualiti, hanya kamera yang berada dalam keadaan yang TERBAIK sahaja yang ditawarkan kepada pembeli.
Saya dapati agak sukar untuk mencari kedai kamera yang menjual kamera terpakai. Kalau buat carian secara online juga, boleh dikatakan agak mencabar untuk menemui penjual kamera terpakai yang boleh dipercayai.
Beli kamera terpakai dari laman web mudah.my?
Laman web mudah.my memang cukup terkenal untuk mencari barang-barang terpakai ataupun yang masih baru. Kalau bernasib baik, anda mungkin pernah terjumpa iklan daripada pemilik kamera yang nak jual kamera miliknya.
Tetapi adakah penjual di mudah.my boleh dipercayai? Sepanjang saya terlibat dengan proses jual beli di mudah.my, kerap juga saya dengar cerita yang mengatakan ada individu yang kena tipu apabila berurusan di laman web tersebut. Mujurlah saya tak pernah lagi kena tipu.
Laman web mudah.my mungkin ada jual kamera terpakai, tetapi adakah model yang anda mahukan ada dijual di laman web tersebut? Mungkin ada, mungkin tak ada. Anda dipersilakan untuk buat semakan sendiri.
Sebenarnya saya nak kongsikan dengan anda sebuah laman web yang menjual barangan terpakai terutamanya kamera terpakai. Laman web yang saya maksudkan ialah laman web Jepuniaga.com