Bismillahir Rohmaanir Rohim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Dengan izinNya, saya temui buku berjudul “Hikayat Muhammad Ali Hanafiyyah” dan diberi kesempatan untuk membacanya dari mula hingga habis.
Hikayat Muhammad Ali Hanafiyyah adalah salah satu teks sastera lama yang sangat penting dari segi isi, khususnya daripada aspek emosi, nilai kebudayaan dan nilai sosiopolitik. Hikayat ini sudah terkenal sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-16. Hikayat ini juga dikenali sebagai ‘hikayat perang’ kerana hampir keseluruhan isi hikayat penuh dengan kisah peperangan. – Pengantar penerbit, 1988. Hikayat Muhammad Hanafiyyah, DBP.
Sebelum ni, saya tak pernah tahu pun kewujudan buku ni. Nama Muhammad Ali Hanafiyyah pun saya tak pernah dengar, hinggalah saya baca buku ni. Kiranya banyak juga yang saya masih tak tau mengenai sejarah Islam zaman Rasulullah SAW.
“Adakah Hikayat Muhammad Ali Hanafiyyah adalah kisah benar?”
Ini adalah salah satu persoalan yang bermain dalam fikiran saya. Adakah buku ini ditulis berdasarkan kisah benar?