“… atau patut ke saya mengupah staff untuk bekerja dengan saya sepenuh masa?” Sama ada nak lantik ejen yang akan bekerja untuk kita secara separuh masa (part time) ataupun patut lantik seorang staff yang akan bekerja untuk perniagaan kita secara full time.
Mana satu pilihan yang lebih baik agaknya ya?
Seorang pekerja yang baik MAHAL kosnya. Bila saya katakan pekerja yang baik, saya maksudkan seseorang pekerja itu adalah seorang yang
(1) Berdisiplin
(2) Komited terhadap kerja
(3) Mempunyai skil dan kemahiran yang diperlukan
(4) Bawa untung kepada syarikat dan perniagaan
Mereka ini bukan sahaja sukar untuk dicari, malahan bila kita dah jumpa, agak sukar untuk mengekalkan kesetiaan mereka. Bila-bila masa mereka akan berpindah ke syarikat lain, lebih-lebih lagi jika mereka mendapat tawaran yang lebih baik daripada apa yang kita sanggup tawarkan kepada mereka.
Bukan itu sahaja, pada masa yang sama, apabila kita mempertimbangkan untuk mendapatkan pekerja tetap, kita juga perlu fikirkan tentang caruman KWSP, Socso, Insurans, dan lain-lain benefit. Semua ini adalah kos kepada syarikat.