Patut ke lantik ejen untuk bantu kembangkan perniagaan online kita?

by sabree hussin on February 26, 2016

in Pemasaran Internet

“… atau patut ke saya mengupah staff untuk bekerja dengan saya sepenuh masa?” Sama ada nak lantik ejen yang akan bekerja untuk kita secara separuh masa (part time) ataupun patut lantik seorang staff yang akan bekerja untuk perniagaan kita secara full time.

 

Mana satu pilihan yang lebih baik agaknya ya?

 

Seorang pekerja yang baik MAHAL kosnya. Bila saya katakan pekerja yang baik, saya maksudkan seseorang pekerja itu adalah seorang yang

(1) Berdisiplin

(2) Komited terhadap kerja

(3) Mempunyai skil dan kemahiran yang diperlukan

(4) Bawa untung kepada syarikat dan perniagaan

 

Mereka ini bukan sahaja sukar untuk dicari, malahan bila kita dah jumpa, agak sukar untuk mengekalkan kesetiaan mereka. Bila-bila masa mereka akan berpindah ke syarikat lain, lebih-lebih lagi jika mereka mendapat tawaran yang lebih baik daripada apa yang kita sanggup tawarkan kepada mereka.

Closeup of a beautiful business customer service woman smiling

Bukan itu sahaja, pada masa yang sama, apabila kita mempertimbangkan untuk mendapatkan pekerja tetap, kita juga perlu fikirkan tentang caruman KWSP, Socso, Insurans, dan lain-lain benefit. Semua ini adalah kos kepada syarikat.

 

Justeru, buat para pemilik perniagaan online yang beroperasi hanya dari rumah, ada ketikanya pilihan yang lebih jimat adalah dengan mendapatkan khidmat ejen. Baiklah, bila kita katakan tentang ejen ni, lazimnya ada dua jenis ejen yang boleh kita lantik untuk bantu menghasilkan jualan bagi perniagaan kita.

 

Sama ada Ejen Dropship ataupun Ejen Affiliate. Anda boleh pilih sama ada nak lantik salah satu sahaja, ataupun lantiklah kedua-duanya sekali. Salah satu syarikat atau perniagaan yang menggunakan konsep ejen dropship dan juga ejen affiliate dalam satu masa ialah syarikat Bookcafe. Saya juga telah mendaftar untuk menjadi ejen pemasaran (ejen affiliate) bookcafe dan setakat hari ini telah bantu hasilkan beberapa jualan untuk mereka.

buat_duit_dengan_bookcafe

Apa sebenarnya peranan seorang ejen dropship? Ejen dropship akan carikan pelanggan untuk anda, menjawab segala pertanyaan pelanggan untuk anda, memberi support untuk anda, dan membuat ulangan tempahan bagi pihak pelanggan untuk anda.

 

Sebagai timbal balik, anda sebagai pembekal (supplier dropship) perlu memastikan barangan yang ditempah oleh pelanggan, menerusi ejen dropship sampai pada waktu dan kualiti yang tepat.

 

Bagi memastikan hubungan ejen dropship dan anda kekal lama, anda patut jaga baik-baik ejen anda tu tadi. Ini bermakna, anda tak boleh ada rasa nak cross selling ataupun nak sailang pelanggan itu tadi. Pada pendapat dan pandangan saya, supplier dropship yang TERBAIK adalah yang menghantar produk tepat pada waktunya, selalu update tracking number dan yang paling penting, menghantar produk menggunakan nama dan nombor telefon ejen, dan bukannya nama syarikat sendiri atau nama diri sendiri.

 

Dengan ini, ia akan menunjukkan seolah-olah ejen itu tadi yang buat penghantaran. Kalau alamat tu, nak letak alamat syarikat pun tak ada masalah.

 

Memandangkan kebanyakkan kerja-kerja dari segi pemasaran, menjawab pertanyaan, dan close deal dilakukan sendiri oleh ejen dropship, dan peranan kita pula adalah untuk menghantar produk kepada pelanggan sahaja, lazimnya kita akan berikan komisyen yang agak tinggi kepada ejen dropship.

 

Sebagai contoh, kalau untung sesuatu produk tu adalah RM20, kita akan berikan margin keuntungan sekitar RM10 – RM15 kepada ejen dropship. Kita tak untung banyak pun tak apa, sebabnya kerja kita sangat mudah. Hanya perlu pos sahaja barang mengikut maklumat yang diberikan oleh ejen.

 

Baiklah sekarang kita lihat pula situasi kalau anda ingin mendapatkan khidmat ejen affiliate. Tugas ejen affiliate adalah lebih mudah dan lebih ringkas berbanding ejen dropship. Walaubagaimanapun, anda memerlukan perisian khas untuk melantik ejen affiliate sebabnya ejen affiliate akan bekerja 100% secara online dan ini memerlukan anda mempunyai perisian affiliate anda sendiri.

 

Kalau anda kurang jelas dan kurang faham dengan apa yang saya cuba sampaikan dengan memiliki perisian khas, maka saya syorkan anda baca perkongsian saya yang ini.

Klik untuk baca: Bagaimana merekrut ejen untuk membantu membuat jualan bagi pihak kita?

 

Dalam post tersebut saya turut berikan antara contoh-contoh skrip affiliate yang anda boleh pasang pada laman web anda untuk memudahkan sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen supaya dapat mendaftar sebagai ejen affiliates.

 

Memandangkan peranan ejen affiliates adalah sekadar menghantar trafik atau prospek ke laman web jualan anda, dan lain-lain urusan seperti menjawab pertanyaan, memproses tempahan, menghantar produk, dan khidmat jualan selepas pembelian bakal diuruskan oleh anda, maka lazimnya komisyen yang bakal diberikan kepada ejen affiliate tidaklah begitu tinggi.

 

Satu ketika dahulu, konsep pemasaran menggunakan khidmat ejen affiliate hanya popular untuk produk digital sahaja. Komisyen pula adalah sekitar 50% akan diberikan daripada harga jualan. Memandangkan kos untuk menghasilkan produk digital adalah sekali sahaja, dan ia tak akan habis stok, maka tak ada masalah untuk berikan komisyen yang tinggi.

 

Untuk situasi produk fizikal, ianya agak berbeza. Lazimnya komisyen yang diberikan adalah sekitar 6% – 12%.

Komisyen bookcafe ialah lebih kurang 5% untuk setiap buku

Komisyen Lazada ialah sekitar 6% – 12%

Komisyen BukuOnline2U adalah 10% untuk setiap buku yang terjual

 

Memandangkan hubungan antara anda sebagai pemilik perniagaan dengan para ejen ini akan jadi hubungan yang berpanjangan, anda mungkin kurang selesa dengan cara ini.

 

Sebenarnya kan, selain anda mendapatkan ejen untuk bekerja bagi pihak anda, anda juga sebenarnya boleh mengupah freelancer untuk melakukan kerja-kerja pemasaran bagi pihak anda secara one-time deal.

 

Sebagai contoh, anda hanya ingin memperkenalkan perniagaan anda secara atas talian menggunakan khidmat penulis artikel iklan atau artikel advertorial. Ini juga boleh dilakukan dan jika dilakukan dengan betul, ia juga dapat memberi impak kepada perniagaan anda.

 

Baiklah, saya harap lepas ni anda dah jelas dan dapat serba sedikit idea, bagaimana nak melipatgandakan jualan anda melalui pelantikan ejen. Semoga berjaya dan mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: