Bagaimana cara nak dapatkan supplier sekiranya kita berhasrat untuk berniaga secara online? Berniaga secara dalam talian, memang ada kelebihannya. Ia mungkin bukanlah kaedah perniagaan yang paling sempurna, namun jika nak dibandingkan dengan lain-lain kaedah berniaga yang ada, saya pilih untuk berniaga secara online.
Bila nak berniaga, kita mesti ada barang, produk atau servis yang ingin dijual. Akan tetapi kalau anda memilih untuk berniaga servis atau perkhidmatan, anda tak perlu fikir sangat tentang nak simpan stok. Hanya mereka yang ingin menjual produk fizikal sahaja yang kebiasaannya akan ada masalah untuk dapatkan pembekal.
Tahukah anda, untuk berniaga online sebenarnya langsung tak susah untuk dapatkan supplier? Ini salah satu supplier kegemaran saya. Anda boleh klik sini untuk ke laman web supplier yang selalu saya gunakan.
Oh mungkin supplier yang saya gunakan ni tak berapa sesuai dengan konsep perniagaan anda. Saya pun tak tau. Saya tak tau, bila anda ingin berniaga secara online, apakah konsep bisnes yang anda akan cuba bangunkan. Dalam situasi saya, saya lebih suka gunakan konsep affiliate. Pada saya, ianya lebih mudah dan kurang memberi masalah.