Cara nak dapatkan supplier untuk produk yang mahu dijual secara online

by sabree hussin on May 25, 2016

in Pemasaran Internet

Bagaimana cara nak dapatkan supplier sekiranya kita berhasrat untuk berniaga secara online? Berniaga secara dalam talian, memang ada kelebihannya. Ia mungkin bukanlah kaedah perniagaan yang paling sempurna, namun jika nak dibandingkan dengan lain-lain kaedah berniaga yang ada, saya pilih untuk berniaga secara online.

 

Bila nak berniaga, kita mesti ada barang, produk atau servis yang ingin dijual. Akan tetapi kalau anda memilih untuk berniaga servis atau perkhidmatan, anda tak perlu fikir sangat tentang nak simpan stok. Hanya mereka yang ingin menjual produk fizikal sahaja yang kebiasaannya akan ada masalah untuk dapatkan pembekal.

 

Tahukah anda, untuk berniaga online sebenarnya langsung tak susah untuk dapatkan supplier? Ini salah satu supplier kegemaran saya. Anda boleh klik sini untuk ke laman web supplier yang selalu saya gunakan.

bisnes_kedai_runcit

Oh mungkin supplier yang saya gunakan ni tak berapa sesuai dengan konsep perniagaan anda. Saya pun tak tau. Saya tak tau, bila anda ingin berniaga secara online, apakah konsep bisnes yang anda akan cuba bangunkan. Dalam situasi saya, saya lebih suka gunakan konsep affiliate. Pada saya, ianya lebih mudah dan kurang memberi masalah.

 

Konsep affiliate VS konsep dropship. Dua ni adalah konsep perniagaan yang mudah untuk dilakukan terutama sekali untuk mereka yang baru nak membiasakan diri dalam karenah bisnes online. Anda hanya perlu cari dan kenalpasti supplier yang boleh diharapkan, tanpa perlu anda meletakkan risiko perlu keluar modal yang besar.

 

Dengan ini, walaupun anda tak mempunyai modal yang besar, atau mungkin langsung tak ada modal, juga boleh mula berniaga pada hari ini juga secara online. Ya, anda boleh mula serta merta, SEKARANG JUGA.

 

Di peringkat permulaan anda mungkin susah nak dapat sales. Tetapi tak perlu bersedih hati, sebabnya dalam tempoh ini, anda dapat belajar macam-macam. Anda boleh belajar tentang ragam pelanggan, kehendak pasaran, teknik iklan, platform pengiklanan yang berkesan, kaedah untuk close deal dan macam-macam lagi. Boleh belajar step by step. Tak ada lagi orang yang baru nak mula berniaga terus jadi pandai pada percubaan kali pertama, sebaliknya semua perlu belajar langkah demi langkah.

 

Ini salah satu idea yang anda boleh cuba untuk kenalpasti siapa supplier yang anda boleh berurusan kalau nak cari secara online. Sebelum tu, anda kenalah tau, apa dia produk yang anda nak jual tu. Kenalpasti produknya dulu, kemudian baru cuba kaedah ni.

 

Biasanya, kat FB tu, ada banyak group-group yang dibina khusus untuk mengiklankan sesuatu. Kebarangkalian untuk anda temui produk yang tepat untuk anda jual memang tinggi. Mungkin akan ada orang lain yang turut jual produk yang anda ingin jual.

 

Kenalpasti dalam 3-5 orang penjual yang berbeza. Para penjual ni boleh jadi akan tawarkan harga yang berbeza. Biasanya begitu. Untuk produk yang tak ada kena mengena dengan sebarang syarikat yang memasarkan produk dengan kaedah pemasaran berbilang tingkat atau MLM, selalunya harga produk memang akan berbeza antara satu sama lain.

 

Sudah tentu setiap produk akan ada harga lantai atau base price. Cuba bincang dengan setiap penjual ni. Tujuannya adalah kita nak tau, siapa antara semua penjual yang kita jumpa ni adalah seorang Big Guy. Penjual yang mula dengan modal yang besar, selalunya ada banyak simpan stok, dan mereka mampu untuk tawarkan harga yang lebih rendah kepada kita.

 

Tanyakan soalan-soalan seperti

(1) Berapa banyak stok yang available dalam satu-satu masa

(2) Ada tak sebarang pengurangan harga (diskaun) kalau beli dalam kuantiti yang besar

(3) Kalau order banyak, let say dalam 500 – 1,000 unit berapa lama barang boleh sampai

 

Kalau penjual tu memang ada stok yang banyak, orang ni berpotensi untuk jadi supplier anda. Jika tidak, mungkin anda terpaksa cari orang lain.

 

Sebenarnya, jika anda ingin cari supplier yang boleh bantu anda jalankan perniagaan dalam konsep drop shipping, cara ini juga boleh digunakan. Sudah tentu anda perlu dapatkan persetujuan dari bakal pembekal terlebih dahulu.

 

Bahagian yang kurang seronok…

Sesetengah orang, mereka ni telah meluangkan terlalu banyak masa untuk kenalpasti supplier, berbanding kenalpasti apa yang dimahukan oleh target market.

 

Katakanlah pada waktu ni, anda dah pun kenal siapa supplier anda. Seterusnya, anda nak jual produk kepada siapa? Adakah anda merancang untuk jual produk kepada sesiapa sahaja yang MUNGKIN berminat dengan produk yang anda bakal jual, atau anda dah pun mempunyai golongan sasaran yang anda ingin perkenalkan produk tersebut?

 

Kenalpasti siapa pembekal adalah satu tahap yang tidak begitu susah. The real challenge adalah apabila anda ingin mula dapatkan jualan. Apa pun, semoga berjaya!

 

Be Sociable, Share!

{ 4 comments… read them below or add one }

Suhimi Nain May 25, 2016 at 2:31 pm

Saya menyimpan hajat untuk menceburkan diri dalam bisnes dropship. Dah join group dah. Tapi hampeh, tengok saja orang buat sale. Huhu… Betul la cabaran paling besar ialah untuk buat sale, bukan cari pembekal.

Lagipun ada ramai peniaga yang mahu orang promosi produk / servis mereka, tapi nak cari pembeli? Huhu…

Reply

Anuar May 25, 2016 at 3:46 pm

Yurp… Kena pandai cari Supplier yang boleh bagi harga paling murah… Supaya boleh dapat margin keuntungan yg tinggi…

Reply

Junaidy Jaimi May 27, 2016 at 1:42 pm

Pengalaman saya, lebih senang nak handle bisnes affiliate dari bisnes dropship ni…apa pun bergantung pada tuan diri ๐Ÿ™‚

Reply

Jie Susanos May 27, 2016 at 3:36 pm

Adeh..mcm mana nk main dropship ni..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: