Pernah tak anda tertanya-tanya jawapan untuk soalan-soalan ni…
Macam mana nak berjaya dalam bidang pemasaran affiliate?
Macam mana nak buat duit dengan affiliate?
Ada ke teknik-teknik khas yang MUDAH dan SENANG untuk berjaya dapat komisyen affiliate?
Apa dia TEKNIK TERBARU untuk buat duit dengan affiliate?
Apa sebenarnya RAHSIA para Otai buat duit dengan affiliate?
… dan banyak lagi lah soalan-soalan yang lebih kurang sama maknanya.
Bila tengok kejayaan sebahagian pemain-pemain affiliate yang senang-senang je buat duit online, sedikit sebanyak kita rasa tergugat. “Kenapa dia senang sangat buat duit, sedangkan aku ni… nak dapat RM20 pun susah. Apa kurangnya aku berbanding dia?”
Adakah rahsia kejayaan affiliate terletak pada teknik? Penggunaan software khas? Atau sebetulnya memang ada RAHSIA yang dia tak nak kongsikan dengan orang lain.
Pergh… kalau betullah ada rahsia, dan dia tak nak kongsikan dengan orang lain… memang kedekut betul dia ni.
Macam mana kalau saya katakan, yang sebenarnya TAK ADA RAHSIA untuk berjaya dalam bidang ini. Semua yang kononnya adalah rahsia telahpun didedahkan.
Informasi tersebut juga kita boleh dapatkan dengan begitu mudah. Sesetengah dari kita, yang memang cukup rajin membeli produk informasi dan juga buku-buku rujukan tentang pemasaran, sepatutnya sudah tahu apa rahsia kejayaan untuk jadi ejen affiliate.
Cuma yang menjadi persoalan ialah, adakah sudah ada tindakan dipihak anda?