“Kalau satu blog pun dah rasa susah nak update selalu, jangan cari pasal nak buat banyak-banyak blog!”
Fokus je dulu untuk bangunkan sebuah laman blog. Masukkan konten-konten yang berkualiti dalam blog tersebut dan apabila blog tersebut telah mencapai matlamat yang disasarkan, barulah fikirkan untuk buka cawangan blog yang baru.
Blogging ni pun macam buat bisnes jugak. Kalau nak income lebat, kena ada banyak cawangan. Namun awas, seperti lain-lain perniagaan diluar sana, bukan semua yang ada cawangan tu akan perform dan berjaya menyumbangkan pendapatan. Ada juga cawangan yang tak berapa menjadi malah lebih teruk lagi, asyik rugi.
Sebagai pemilik perniagaan, terpulang kepada kebijaksanaan dan kemampuan anda, sama ada nak teruskan perniagaan tersebut, atau nak hentikan dan fokus kepada perkara lain atau bisnes lain yang lebih menguntungkan.
Meneruskan bisnes yang tak menguntungkan, bukan sahaja membuang masa anda, malah ia juga membuang tenaga dan duit anda.
Sekiranya matlamat anda dalam menulis blog adalah untuk duit, mungkin boleh buat begini. Target blog yang anda sedang bina tu, berjaya hasilkan sekurang-kurangnya RM300 setiap bulan. Apabila jumlah tersebut dah berjaya di capai, baru mulakan projek blog yang baru.
Kebiasaannya, apabila sesebuah blog tu dah berjaya hasilkan pendapatan, pendapatan tersebut akan berterusan, walaupun anda dah jarang menulis pada blog tersebut.