Dalam urusan jual beli hartanah, ia akan melibatkan urusan dan proses perundangan yang agak rumit. Mujurlah, dalam setiap urusniaga, kita boleh dapatkan khidmat peguam sebagai pemudah cara dalam transaksi tersebut.
Jika tidak, mungkin kita semua terpaksa “study” sendiri banyak terma-terma berkaitan perundangan dan perlu bersiap sedia untuk jadi peguam segera apabila ingin membeli hartanah. Sudah tentu, ini akan melambatkan dan menyukarkan lagi urusan jual beli, kerana setiap orang yang tak mempunyai latar belakang undang-undang mungkin akan memberi interpretasi yang berbeza terhadap sesuatu proses yang terlibat mengikut kefahaman masing-masing sebagai orang awam.
Mujurlah ia tak seharusnya begitu. Segala proses berkaitan perundangan akan dipermudahkan dengan bantuan peguam.
Namun, adakah kita patut meletakkan 100% kepercayaan kepada peguam tanpa perlu kita ambil tahu langsung tentang urusan yang dijalankan?
Bukankah pelaburan tersebut adalah pelaburan kita. Bukankah setidak-tidaknya, kita perlu ambil tahu, apa sebenarnya yang sedang berlaku terhadap hartanah yang kita sedang dapatkan.
40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia
Nak tanya peguam tentang hartanah, tapi tak tau nak tanya apa. Kalau tanya sebarangan, nanti nampak sangat pulak bodohnya kita ni. Apa pun, ego dan maruah diri perlu dijaga. Bukankah itu sifat semulajadi kita sebagai manusia biasa.
Jangan risau. Buku ini akan menyelamatkan anda, dan In Shaa Allah akan bantu anda untuk kelihatan seperti pakar, kalaupun sebenarnya anda masih lagi agak baru dalam hal-hal berkaitan perundangan dalam pelaburan hartanah. Walaupun bukan pakar, at least daripada soalan-soalan yang bakal kita tanyakan, ia dapat menonjolkan diri kita sebagai seorang yang ada pengetahuan yang baik tentang aspek perundangan dalam pelaburan hartanah!