Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Soalan Ramalan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27

August 1, 2014 by sabree hussin 1 Comment

Buat pembaca dan pelawat blog ini yang bakal menduduki peperiksaan online Penolong Penguasa Kastam Gred W27 pada 5 Ogos 2014, iaitu bersamaan dengan hari selasa ini, anda disarankan untuk sentiasa membuat semakan di laman web rasmi Panduan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam bagi mendapatkan maklumat, info, tips dan update terbaru mengenai peperiksaan ini.

Sebelum saya ceritakan mengenai soalan ramalan yang diramal akan keluar dalam peperiksaan kali ini, saya akan kongsikan terlebih dahulu format dan contoh soalan bagi exam penolong Penguasa Kastam ini.

penolong-penguasa-kastam-gred-w27

Daripada maklumat tak rasmi yang saya perolehi, rupa-rupanya agak ramai juga calon yang gagal dalam siri-siri peperiksaan sebelum ini.

Antara sebab paling popular kenapa calon gagal dalam peperiksaan ini ialah kurangnya persediaan dan calon tidak tahu format serta contoh-contoh soalan yang akan ditanya.

Baiklah, untuk pengetahun anda, lazimnya terdapat 3 seksyen utama dalam format peperiksaan kali ini.

Ianya terdiri daripada seksyen A, B dan C. Namun demikian, anda perlu beri perhatian yang lebih kerana setiap seksyen juga mengandungi sub-seksyen atau pecahan seksyen. Ada ramai juga calon sebelum ini yang terlepas pandang dan akhirnya gagal menjawab dengan baik.

Jenis-jenis soalan dalam setiap Seksyen

Seksyen A – Pengetahuan Am mengenai Malaysia, alam sekeliling dan isu semasa

Seksyen B – Daya dan kemahiran menyelesaikan masalah

Seksyen C – Ujian Psikometrik

Tahukah anda dalam setiap ‘Seksyen’ terdapat pecahan tambahan yang bakal merungsingkan anda?

Tak perlu risau, kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana ‘pecahan dalam pecahan’ tersebut!

7 PECAHAN dalam seksyen A dan satu PECAHAN WAJIB yang ramai calon terlepas pandang. Kami tunjukkan kepada anda untuk memudahkan persediaan peperiksaan anda nanti? – Tim Info Kerjaya

Contoh soalan Seksyen A peperiksaan Penolong Penguasa Kastam

Jabatan Kastam Diraja Malaysia adalah sebuah badan kerajaan yang diletakkan dibawah:

A. Kementerian Kewangan
B. Jabatan Perdana Menteri
C. Kementerian Dalam Negeri
D. Perbendaharaan Negara

Jawapan: A – Kementerian Kewangan

Sebenarnya, soalan yang bakal ditanya dalam Seksyen A bukanlah soalan-soalan yang dipilih secara rawak atau random. Tetapi, sebenarnya soalan-soalan tersebut juga berkaitan dengan bidang tugas yang bakal anda lakukan sebagai Penolong Penguasa Kastam.

Sebagai contoh, dalam siri peperiksaan yang lalu, soalan yang ditanya di Seksyen A adalah berkaitan dengan topik GTP.

Jadi, secara tak langsung, untuk peperiksaan kali ini, anda juga perlu beri perhatian lebih untuk topik-topik berkaitan dengan GTP, GST dan juga isu semasa yang berkaitan dengan bidang tugas anda.

Contoh soalan Seksyen B peperiksaan Penolong Penguasa Kastam

Pecutan sebiji bola yang dilepaskan daripada keadaan rehat ialah 9.8 ms-1 sesaat. Pertambahan laju batu itu, dalam ms-1 selepas 2.1 saat dilepaskan ialah

A. 20.58
B. 21.32
C. 26.46
D. 27.90

Dalam seksyen ini, kemahiran yang bakal diuji ialah

  1. Kemahiran logik
  2. Kemahiran menginterpretasi data
  3. Kemahiran matematik

Ya.

Ada beberapa soalan yang memerlukan kemahiran pengiraan yang pastinya anda pernah pelajari sewaktu di Universiti ataupun di Kolej sebelum ini.

Contoh soalan Seksyen C peperiksaan Penolong Penguasa Kastam

Seksyen C adalah ujian psychometric. Tujuannya adalah bagi mengenali psikologi, sahsiah dan personaliti diri calon.  Ini juga merupakan salah satu tapisan bagi mengenalpasti calon yang mana satu yang layak untuk dipanggil semula untuk sesi temuduga seterusnya.

Soalan dalam bentuk pilihan jawapan, dan anda hanya perlu jawab sama ada YA atau TIDAK dan juga Setuju atau Tidak Setuju.

Contoh soalan

Memandangkan pada waktu ini ada masa lapang, adalah wajar untuk pulang lebih awal.

A. Setuju

B. Tidak setuju

Adakalanya soalan yang ditanya sedikit mengelirukan dan boleh jadi juga soalan yang hampir sama akan ditanya sebanyak dua kali namun penggunaan ayat yang berbeza.

Ini bagi melihat sama ada anda konsisten ketika memberikan jawapan atau sebaliknya.

Anda boleh muat turun contoh set soalan lengkap di laman web rasmi Panduan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam.

Berbalik kepada soalan ramalan yang mungkin ditanya pada sesi peperiksaan kali ini.

Jika merujuk kepada soalan peperiksaan dalam sesi kemasukkan perkhidmatan awam 2013, isu GTP menjadi isu pilihan. Besar kemungkinan, untuk ujian kali ini, soalan yang bakal ditanyakan adalah dari topik GST.

Mungkin masih ramai lagi yang terlepas pandang, GST dikendalikan sepenuhnya oleh pihak KASTAM dan anda pula bakal menduduki peperiksaan jawatan Penolong Penguasa Kastam.

Jadi, sebagai langkah bijak, calon amat digalakkan untuk mendapatkan info yang tepat mengenai GST dan perlaksanaannya di Malaysia.

Baiklah, tanpa membuang masa anda, apa kata anda muat turun set soalan peperiksaan penolong penguasa kastam disini.

Usah tunggu sehingga saat-saat akhir barulah anda nak muat turun. Lambat bertindak, buruk padahnya.

 

 

Adakah anda mencari info mengenai peperiksaan Penguasa Kastam gred W41?

Rujuk laman web ini –> Laman web rasmi Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam W41

Baca juga artikel berikut:

  1. Promosi Panduan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27
  2. RAHSIA Lulus Cemerlang Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
  3. Set Soalan Latih Tubi Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41
  4. Diskaun Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 Hampir Tamat

Filed Under: Karier & Kerjaya Tagged With: contoh soalan peperiksaan penolong penguasa kastam, penolong penguasa kastam, set soalan peperiksaan penolong penguasa kastam, soalan bocor peperiksaan penolong penguasa kastam, soalan ramalan peperiksaan penolong penguasa kastam W27

Comments

  1. Hafizul says

    August 3, 2014 at 2:59 pm

    Gud luck buat semua calon..bukan senang nih..hehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Senarai kerja popular untuk pelajar lepasan SPM dan yang baru menamatkan pengajian di universiti
  • Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog
  • Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall
  • Senarai 50 kerja yang boleh dilakukan ketika Pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP)

Recent Comments

  • sabree hussin on Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • sabree hussin on Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online?
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai - Sabree Hussin Dot Biz on Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai - Sabree Hussin Dot Biz on Apa sebenarnya bidang kerja seorang blogger?
  • Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya? - Sabree Hussin Dot Biz on Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut