Buat pembaca dan pelawat blog ini yang bakal menduduki peperiksaan online Penolong Penguasa Kastam Gred W27 pada 5 Ogos 2014, iaitu bersamaan dengan hari selasa ini, anda disarankan untuk sentiasa membuat semakan di laman web rasmi Panduan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam bagi mendapatkan maklumat, info, tips dan update terbaru mengenai peperiksaan ini.
Sebelum saya ceritakan mengenai soalan ramalan yang diramal akan keluar dalam peperiksaan kali ini, saya akan kongsikan terlebih dahulu format dan contoh soalan bagi exam penolong Penguasa Kastam ini.
Daripada maklumat tak rasmi yang saya perolehi, rupa-rupanya agak ramai juga calon yang gagal dalam siri-siri peperiksaan sebelum ini.