UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Pengalaman percutian ke Sabah (4) – Kereta sewa di Sabah

May 23, 2017 by sabree hussin 4 Comments

Kereta sewa di Sabah!

 

Ini salah satu perkara yang wajib ada. Bagi memudahkan kita bergerak kemana-mana, dah tentu kena dapatkan khidmat kereta sewa.

 

Dalam trip ke Sabah ni, kami menyewa kereta jenis Saga FLX dari Borneo Express Rent A Car & Tours Sdn Bhd.

perkhidmatan-kereta-sewa-sabah

Kalau anda masih belum ada kereta sewa, boleh terus ke kaunter dan buat tempahan kereta sewa disini. Atau kalau nak lebih mudah, boleh juga terus ke laman web mereka http://borneocar.com/.

 

Kaunter mereka ini terletak dalam Airport Kota Kinabalu di level 1.

 

Sebenarnya sebelum datang ke Sabah, kami dah buat booking kereta.

 

Segala urusan tempahan, semuanya dilakukan menerusi whatsapp sahaja. Pembayaran deposit juga dah dilakukan.

 

Malangnya, bila sampai di airport, si pemilik kenderaan tak kelihatan. Biasanya, sebelum travel ke mana-mana, sehari sebelum penerbangan saya akan hubungi pihak pengendali kereta sewa. Sebelum naik flight saya akan inform, dan sekali lagi apabila dah sampai di destinasi tersebut, saya akan inform sekali lagi.

 

Tetapi kali ini, disebabkan bukan saya yang in charge tempahan kereta, tanpa disangka-sangka ada masalah dengan kereta sewa.

 

Saya ingatkan semuanya dapat berjalan dengan lancar.

 

Seingat saya, saya tunggu kereta sewa yang dijanjikan hampir-hampir 4 jam. Punyalah bersabar sebab memikirkan dah buat bayaran deposit dan si pemilik kereta tu pula beri janji seolah-olah kereta yang kami nak gunakan tu sedang dihantar.

 

Tunggu punya tunggu, dah nak pukul 1.

 

Rasa rugi masa bila tunggu di airport macam tu. Sepatutnya, ikut perancangan asal, touch down je di airport Kota Kinabalu, ambik kereta, lepas tu terus pergi ke Kundasang.

 

Dalam perjalanan tu nanti, bolehlah singgah ke Rumah Terbalik.

 

Tapi bila dah lama sangat menunggu, saya jadi penat. Masa pun dah terbuang lama. Nak tak nak saya terpaksa cari alternatif lain. Lagi lewat saya dapatkan kereta sewa, maka lagi lambat saya akan sampai di Kundasang.

 

Kalau boleh saya nak sampai sebelum pukul 4 petang.

 

Risau juga, kalau sampai lewat sangat di Kundasang, masa tu dah berkabus dan jalan tak berapa clear.

 

Masa inilah saya mula pergi ke kaunter Borneo Express dan berkenalan dengan Boyd.

khidmat-kereta-sewa-airport-kota-kinabalu

Saya cerita apa yang terjadi pada kami.

 

Ini merupakan kali pertama sampai di bumi Sabah. Tiba-tiba berlaku masalah macam ni pulak. Dari mula sampai habis saya ceritakan apa yang berlaku, dan saya siap tunjukkan lagi mesej whatsapp dari pemilik kereta sewa sebelum ini.

 

Dipendekkan cerita.

 

Boyd jadi penyelamat bagi percutian ke Sabah kami.

 

Dialah yang bantu dapatkan kereta sewa dengan harga yang sama macam yang kami deal dengan pemilik kereta sewa sebelum ini.

 

Sebenarnya, dia tak perlu buat itu semua. Tapi dia buat juga. Dia sudi untuk tolong kami.

 

Sebab tu saya kata, Boyd dah jadi hero dalam percutian ke Sabah kami!

 

Jadi, buat mereka yang nak bercuti ke Sabah tu nanti dan masih mencari-cari kereta sewa, boleh buat tempahan dari Boyd.

Borneo Express Rent a Car & Tours

016 – 886 0783

011 – 3166 3258 (Boyd)

 

Saya tak kata, mereka ni tawarkan harga paling murah. Tidak.

 

Jika anda cari, mungkin anda akan jumpa ada lagi yang mampu tawarkan harga yang rendah, seolah-olah macam berlawan-lawan harga pulak.

 

Sebaliknya, jika anda mencari servis yang TERBAIK, tak nak ada sebarang masalah, maka saya amat syorkan anda dapatkan kereta sewa dari Boyd.

perkhidmatan-sewa-kereta-kundasang

Rupanya syarikat ini juga ada tawarkan tempat penginapan. Kalau nak ambik pakej kereta sewa dengan tempat penginapan pun boleh.

 

Kalau ada yang minat, bolehlah bincang dengan mereka. Saya hanya sewa kereta sahaja.

 

Jadi, kalau nak ambik kereta sewa apabila ke Sabah tu, mungkin saya boleh cadangkan beberapa perkara.

(1) Kena selalu keep in touch dengan pemilik kereta. Macam yang saya sebutkan sebelum ni. Sehari sebelum nak berangkat, kena mesej. Sebelum naik flight mesej juga, dan selepas touch down mesej sekali lagi.

(2) Pilihlah pemilik kereta sewa yang ada syarikat sendiri. Biasanya mereka ni lebih serius berbanding orang yang buat secara persendirian.

(3) Kalau boleh, pastikan pemilik kereta sewa ada FB Page ataupun ada website. Dari sini kita boleh nilaikan sejauh mana serius mereka dalam berniaga.

(4) Kalau dapat yang anda kaunter sendiri dan ada beberapa cawangan lagi bagus. Macam Borneo Express ni memang ada beberapa cawangan dan saya difahamkan kalau kita nak pulangkan kereta kat tempat lain, atau di cawangan lain juga boleh.

 

Anda mungkin tak akan lalui pengalaman yang saya lalui. Namun, berjaga-jagalah.

 

Jangan sampai percutian anda ke Sabah tu nanti dirosakkan oleh pemilik kereta sewa yang tak bertanggungjawab.

perkhidmatan-kereta-sewa-kota-kinabalu

Sebagai alternatif, anda juga boleh berurusan dengan Syarikat Global Lepa Car Rental & Tours Sdn Bhd (1143073H). Anda boleh buat perbandingan harga, jenis kereta yang ditawarkan dan pakej-pakej yang disediakan.

Sila klik sini untuk ke laman web mereka.

 

Untuk makluman anda, syarikat Global Lepa ni juga ada tawarkan diskaun eksklusif sekiranya anda buat tempahan menerusi mereka. Boleh baca tentang diskaun untuk booking kereta sewa di Sabah melalui posting saya berjudul Perkhimatan kereta sewa di Sabah ini.

 

Alright, itu sahaja bab kereta sewa. Kita sambung lagi dalam siri artikel yang seterusnya.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Pengalaman percutian di Sabah (9) – Sekitar Kota Kinabalu dan hari terakhir di Sabah
  2. Pengalaman percutian ke Sabah (3) – Apabila orang semenanjung ingin ke Sabah
  3. Pengalaman percutian di Sabah (8) – Lawatan ke Sabah Tea dan hari terakhir di Kundasang
  4. Pengalaman bercuti ke Sabah (2) – Persiapan dan persediaan sebelum ke Sabah

Filed Under: Travelog Tagged With: bercuti di sabah, bercuti ke kota kinabalu, bercuti ke kundasang, bercuti ke sabah, kereta sewa di sabah, percutian ke sabah

Comments

  1. Anuar says

    May 23, 2017 at 5:12 pm

    Dekat Sabah memang senang nak cari kereta sewa… Tinggal pilih naik naik kereta apa?

    Reply
    • Nadia says

      August 9, 2017 at 1:55 pm

      En.Anuar, boleh ke sy dapatkan kereta sewa semasa di airport tanpa membuat tempahan dulu?sy takut juga kene tipu kalau sy buat tempahan awal dan membuat deposit terlebih dahulu.

      Reply
  2. Ariena says

    August 9, 2017 at 1:50 pm

    Salam, haii..
    boleh saya minta pendapat or pandangan tak? saya akan ke Sabah pada bulan 10 nanti, andai kata saya cari kereta sewa setelah sampai di sana ok x? Sebab saya risau juga andai kene tipu bila dh buat bayaran deposit. kebanyakannye saya baca sewa kereta sebelum mereka datang ke sabah.

    Reply
    • sabree hussin says

      August 9, 2017 at 3:17 pm

      Wasalam,

      1. Kalau nak sewa kereta semasa di airport juga boleh. Macam tu lebih selamat sebabnya kita tahu memang kereta tu ada, berbanding kalau buat tempahan dari awal. Bimbang juga kalau-kalau jadi masalah.

      2. Tetapi, kena semak juga tarikh tersebut adakah ada sebarang perayaan ataupun sambutan hari tertentu di Sabah. Ataupun adakah waktu tu cuti umum? Nanti tak booking kereta siap-siap, sampai kat Sabah tak ada kereta pulak (walaupun saya rasa ini tak mungkin berlaku)

      3. Jadi, kalau nak booking kereta awal-awal, boleh ikut tips yang saya dah cerita dalam entri kat atas ni.

      4. Just because saya kena tipu, tak bermakna orang lain pun akan kena tipu juga. Ada ramai pengusaha kereta sewa yang memang jujur di Sabah. Cuma nasib saya tak berapa baik, terkena dengan orang yang tak jujur.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu
  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in