Bila saya imbas kembali, rupa-rupanya dah hampir 10 tahun saya bekerja dari rumah.
Saya mula ada laptop dan broadband sendiri semasa saya masih belajar di universiti. Pada mulanya, niat nak bekerja dari rumah dan buat duit secara online ni hanya untuk cuba-cuba dan suka-suka. Ketika itu, saya mula bereksperimen dengan melakukan beberapa kerja-kerja online yang dipercayai boleh menghasilkan pendapatan.
Bermula sekadar nak mencuba, ia mula berubah kepada kerja secara sambilan dan tak lama lepas tu, ia mula menjadi kerjaya sepenuh masa.
Kerja dari rumah secara sepenuh masa!
Saya rasa bukan semua orang ada minat nak bekerja dari rumah.
Kerja dari rumah ni, bukan untuk semua orang. Maklumlah, sesetengah orang ni sangat mementingkan gaya dan penampilan. Pergi kerja mestilah pakai kemeja, bertali leher, pakai kot dan sebagainya. Tapi kalau cuma kerja dari rumah, semua tu tak perlu.
Asalkan ada laptop dan sambungan internet, ikut sukahatilah nak berpakaian macam mana. Asalkan selesa dan kerja boleh siap.
Zaman student, memang agak mencabar. Terutama sekali dari segi wang ringgit. Maklumlah, pada waktu tu, kita cuma boleh harapkan student loan dan juga mungkin duit poket yang diberikan oleh ahli keluarga.
Jujurnya… memang tak cukup. Siapa yang pernah jadi pelajar universiti, mesti tahu. Setiap jurusan, perbelanjaan dia tak sama. Ada pelajar dari jurusan tertentu, yang memang perlu belanja besar untuk keperluan masa belajar. Saya ada seorang kawan dari fakulti Art & Design. Dia ambil jurusan fotografi. Untuk beli kamera sahaja, perlu ada ribu-ribu ringgit, belum termasuk laptop dan perisian edit gambar, rujukan dan sebagainya.
So, kalau ada mana-mana senior yang kata masa zaman dia belajar dulu, tak perlu pakai duit banyak sangat, tanya balik pada dia, dia ambik course apa?
Masa saya belajar dulu, saya tinggal di kolej. Kalau di UiTM, istilah kolej ni merujuk kepada asrama tempat penginapan. Kolej tempat saya menginap, memang tak ada sambungan wifi. Jadi, kena langgan internet broadband sendiri.
Sebelum ada laptop dan broadband sendiri, setiap kali ada assignment, mesti kena pergi ke cybercafe. Buang masa, dan lama-lama rasa makin menyusahkan bila asyik kena pergi Cyber Cafe. hampir setiap malam perlu ke cyber cafe.
Pak guard letakkan syarat, kena berada dalam kolej sebelum pukul 12. Kadang-kadang kerja masih tak siap, tak kan nak kena balik awal sedangkan kerja masih belum siap? Kalau datang awal ke Cyber Cafe pun, belum tentu akan dapat PC. Kena tunggu giliran jugak, sebabnya ada masa-masa tertentu, CC pun ramai orang yang nak buat assignment.
Bila dah ada broadband sendiri, bermakna saya dah ada perbelanjaan tambahan. Mana nak cari duit untuk bayar broadband?
Dari situ, saya mula cari peluang-peluang untuk tambahkan pendapatan. Saya mencuba beberapa kaedah untuk buat duit secara online. Ada yang menjadi, dan ada juga yang langsung tak menjadi.
Ada juga yang selepas bertahun-tahun lamanya, baru menampakkan hasilnya. Mungkin sebab masa awal-awal dulu, orang masih tak berapa yakin dengan apa yang saya tawarkan, sebab tu dulu tak ada hasil, tapi sekarang baru dapat nampak kesannya.
Kehidupan sebagai seorang pelajar universiti yang sangat sibuk
Kadang-kadang saya rasa agak pelik, dengan para pelajar yang terjebak dengan bisnes jenis Multi Level Marketing. Mereka boleh berkumpul sampai jauh malam di kedai-kedai mamak ataupun di HQ syarikat. Sedangkan, esoknya mereka ada kelas.
Ikutkan logik, kita sebagai student ni memang tak ada masa nak terlibat dengan bisnes seumpamanya. Rutin harian sebagai pelajar tu sendiri sudah cukup padat. Setiap hari kita sibuk dengan
- Kelas atau kuliah
- Assignment
- Group presentation
- Kuiz
- Test
- Exam
Itu belum lagi campur dengan aktiviti tambahan, macam setengah orang minat untuk sertai aktiviti kepimpinan sama ada nak jadi sebahagian daripada Majlis Perwakilan Pelajar.
Dilema lepas grad tak ada kerja
Saya rasa, tak salah kalau saya katakan, ini adalah salah satu perkara yang menjadi kerisauan para pelajar sekarang ni. Macam mana kalau lepas habis belajar, tak ada peluang kerja untuk kita?
Tak kan nak jual nasi lemak atau jadi pemandu UBER/ GRAB?
Apa masalahnya kalau jadi pemandu grab atau jual nasi lemak? Tak ada masalah apa-apa pun. Ikut citarasa masing-masinglah. Asalkan bila kita buat dua kerja tu, sebab kita memang pilih nak buat benda tu, bukannya sebab kita terpaksa buat.
Lagi satu, saya berpendapat, adalah lebih baik kalau kita pilih bidang kerja yang sama bidang dengan apa yang kita belajar dan sesuai dengan qualification kita. Sebagai contoh, budak ada degree kalau boleh pilihlah kerja yang khas untuk budak ada degree.
Bukannya bekerja dalam bidang yang hanya memerlukan SPM. Kesian dekat adik-adik kita yang cuma ada SPM nanti, mereka pulak yang tak dapat kerja, sebab kita dah ambik tempat mereka.
Baiklah, oleh sebab saya dah mula bekerja dari rumah ni sejak saya masih zaman belajar lagi, mungkin ada beberapa tips yang saya kongsikan dalam ni boleh anda manfaatkan.
(1) Pilih bidang kerja
Bidang kerja ni, tak semestinya perlu sama dengan jurusan yang anda sedang belajar. Tetapi, kalau anda pilih bidang yang sama juga bagus, sebabnya sambil anda belajar, sambil-sambil tu anda boleh gunakan ilmu tu untuk kerja sambilan ini.
Oleh sebab saya belajar di Fakulti Pengurusan Perniagaan, jadi saya pilih kerja-kerja yang related dengan bidang saya. Apa yang saya perhatikan, kebanyakkan peluang kerja yang ada, pada masa tu, banyak yang related dengan sales and marketing.
Contohnya, dulu masa zaman saya belajar, antara tawaran kerja yang saya jumpa adalah seperti kerja sebagai ejen unit trust, ejen takaful dan sebagainya. Ianya related dengan produk kewangan dan pengurusan kewangan, cuma kalau nak masuk dalam bidang tu, kena tahu juga, macam mana cara nak menjual.
Dalam bab pemilihan bidang ni, saya telah pilih bidang sales and marketing.
Saya harap, tak ada antara para student yang bijak pandai, yang baca perkongsian saya ni, memilih untuk kerja pasang barang dari rumah, lipat risalah dan sebagainya. Kebanyakkan peluang kerja seumpamanya adalah tipu belaka.
Selain bidang sales and marketing ni, ada banyak lagi peluang-peluang kerja secara online yang anda boleh ceburi. Antaranya sebagai programmer, designer, translator dan macam-macam lagi. Oleh kerana saya tak berada dalam bidang tu, jadi saya tak dapatlah nak cerita panjang lebar tentang benda-benda yang bukan dalam bidang saya.
Anda juga boleh ke laman web ini untuk mengetahui lain-lain bidang yang anda boleh ceburi.
(2) Apa yang anda TAK AKAN BUAT?
Ada beberapa perkara yang saya memang tak akan buat, walaupun saya dalam bidang jualan dan pemasaran. Antaranya
Jumpa orang yang tak dikenali semata-mata untuk buat jualan
Saya tak berapa selesa nak jumpa dengan orang yang saya baru kenal, lebih-lebih lagi untuk tujuan jual barang. Tetapi, kalau jumpa orang tu, sebab orang tu nak beli apa yang saya jual itu tak ada masalah.
Kalau jumpa pun, sekejap je. Ambil duit, serah barang, selesai.
Heret classmate datang ke HQ untuk dengar presentation
Benda ni, biasa dibuat oleh orang yang terlibat dengan MLM. Tipu kawan, kononnya nak ajak keluar lepak, alih-alih heret sampai ke HQ pulak.
Edar fliers kepada orang ramai
Fotostat fliers banyak-banyak lepas tu edarkan kepada orang yang kita jumpa. Saya rasa, kebanyakkan fliers ni akan berakhir di tong sampah ataupun akan mengotorkan lantai sahaja.
Tampal poster dan letak nombor telefon
Benda ni lebih mudah untuk dilakukan. Tapi kesannya, nombor akan dihubungi oleh orang yang pelik-pelik dan entah siapa-siapa.
Bawa katalog kesana kemari dan cerita dekat semua orang
Benda ni saya pernah cuba… tapi tak menjadi. Lepas tu terus dah tak nak buat lagi. Mungkin sebab saya ni agak pemalu, nak bercerita tentang produk yang saya jual, dan bawa keluar katalog yang besar tu.
(3) Apa yang anda sanggup buat
Bila dah jelas, dengan apa benda yang kita sanggup buat, barulah kita buat penilaian tentang peluang-peluang buat duit yang ada. Kalau dalam setiap peluang yang ditemui tu, memerlukan kita untuk jumpa orang, tampal poster, edar fliers bagai… peluang sedemikian kita boleh say good bye je la.
Saya masih boleh terlibat dalam bidang jualan, walaupun saya tak buat secara konvensional. Macam mana saya buat? Online marketing kan ada.
(4) Kuasai skil yang diperlukan untuk berjaya dapat hasilnya
Kalau dah namanya terlibat dalam bidang jualan, sudah tentu la kita kena buat jualan. Ada jualan, barulah ada bayaran. Tetapi, saya dah letakkan syarat, yang saya
- Tak minat nak jumpa orang
- Tak akan tampal poster
- Tak nak edar fliers
- Kalau boleh saya tak nak jual barang dekat kawan-kawan
Kalau boleh, saya tak nak ada antara kawan-kawan yang tahu, saya berniaga. Itu prinsip saya.
Malaysia ni kan luas. Penduduknya pun ada lebih kurang 30 juta orang. Tak kan tak boleh nak tembusi pasaran selain daripada kawan-kawan kita sendiri? Lagi satu, saya tak berapa suka buat bisnes dengan kawan-kawan ni. Kalau boleh, kawan tu biarlah kekal sebagai kawan.
Saya pun tak nak ada isu dikemudian hari. Kang ada pulak yang kata, “ko baik-baik sikit kawan dengan dia ni. Kang tak pasal-pasal dia keluar semua produk-produk yang dia jual nak suruh ko beli…”
Rasa tak syok la kan kalau jadi benda-benda macam ni. Silap-silap, kawan yang ada pun akan mula menjauhkan diri.
Bagaimana cara saya dapatkan pelanggan untuk beli produk yang saya promosikan?
Satu perkara yang pasti, pengguna internet masih ramai yang bergantung kepada laman web carian google apabila mereka memerlukan maklumat tertentu.
Jadi, apa yang saya buat ialah, saya pastikan iklan tentang barang-barang yang saya jual, akan muncul dihadapan pengguna internet ni apabila mereka mencari sesuatu informasi.
Sebagai contoh, bagi mereka yang ingin bercuti ke Sabah, mereka mungkin akan taip kata kunci seperti “tips bercuti ke Sabah” dengan harapan mereka akan dapat maklumat tentang tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi nanti.
Bila saya dah tahu, apa kata kunci yang mereka akan guna, maka saya pun letakkan iklan produk yang berkaitan dengan kata kunci tersebut. Orang yang nak bercuti ke Sabah, mungkin akan berminat dengan produk atau servis seperti tiket penerbangan murah, kereta sewa di Kota Kinabalu, luggage, GPS dan sebagainya.
Untuk meletakkan iklan di laman web google, terdapat dua cara yang boleh dilakukan.
Cara pertama adalah cara berbayar. Menerusi kaedah ini, kita akan bayar google dengan menyertai program pengiklanan google adwords. Anda boleh belajar tentang google adwords sampai mahir dari laman web ini.
Cara kedua, adalah cara percuma sahaja. Cara ini, juga dikenali dengan nama Search Engine Optimization (SEO). Oleh sebab saya ni kedekut dan tak banyak duit, saya lebih suka gunakan kaedah SEO ini sahaja untuk menghasilkan jualan.
Bagaimana cara nak buat Search Engine Optimization (SEO)?
Untuk gunakan teknik SEO ini, saya perlu ada sekurang-kurangnya sebuah blog dan blog tersebut perlulah sentiasa dikemaskinikan dengan konten-konten terkini yang relevan dengan kata kunci yang ingin disasarkan.
Dengan kaedah ini, laman web saya akan muncul di muka surat pertama enjin carian google. Apabila ini berlaku, maka proses untuk buat duit jadi lebih mudah dan separa automatik. Pengguna internet akan masuk ke laman web saya, walaupun saya dah tak buat apa-apa, dan mereka akan beli produk yang saya iklankan dalam blog tersebut.
(5) Masa dan usaha yang konsisten untuk bina sumber pendapatan yang boleh diharapkan
Saya ada buat banyak laman web.
Walaupun saya ada banyak laman web sekarang ni, namun pada awal-awal dulu, saya juga bermula dengan hanya satu laman web. Dari satu laman web tu, saya bangunkan dengan sabar, masukkan konten yang saya rasa ada potensi dan diperlukan oleh orang lain.
Sampai satu tahap, website tersebut mula dikunjungi oleh pengguna internet. Kita sendiri boleh tengok dari statistik laman web tu, ada pengunjung yang melayari web tersebut.
Sekiranya anda target nak buat duit dengan menjual produk, dengan adanya trafik sekitar 1,000 – 2,000 setiap hari, dah boleh hasilkan pendapatan lebih kurang RM500++ setiap bulan. Jumlahnya juga boleh mencecah sehingga RM1,000++ setiap bulan.
Apa yang penting, adalah pemilihan keyword yang tepat dan pastikan keyword tersebut adalah keyword yang biasa digunakan oleh pengguna internet untuk membeli sesuatu, ataupun untuk menyelesaikan masalah tertentu. In Shaa Allah, ia pasti akan convert kepada jualan.
Proses untuk membina sebuah blog juga sebenarnya sangatlah mudah. Bagi yang baru nak mencuba dan tak berani nak gunakan blog berbayar, boleh mula dengan platform percuma seperti
- Blogspot
- wordpress.com
- tumblr.com
Sebaliknya, jika anda berhasrat untuk menjadikan blog tersebut sebuah mesin yang mampu menjana pendapatan, sebaik-baiknya bina blog menggunakan platform berbayar wordpress self hosted. Kosnya juga tidaklah begitu mahal, iaitu lebih kurang RM60 sahaja setahun.
Baca lebih lanjut disini: Bagaimana cara bina laman web menggunakan sistem WordPress?
Kebanyakkan pendapatan yang terhasil, adalah disumbangkan daripada laman web yang saya miliki. Saya tak begitu menasasarkan pengguna FB, atau mana-mana laman media sosial sebagai sumber pelanggan saya. Pada saya, jika dibuat dengan kaedah yang tepat, hanya menasasarkan pengguna internet yang melayari laman web google search sahaja pun dah mencukupi kalau nak buat duit secara online.
Kalau saya baru nak mula bekerja dari rumah, apa saranan anda? Apa yang patut saya lakukan?
Saya syorkan anda sertai program affiliate dari Involve Asia ini.
Ada macam-macam produk dari pelbagai syarikat yang anda boleh promosikan menerusi program affiliate Involve Asia ini. Kalau nak daftar, boleh ke laman web ini.
Kalau nak mula buat duit tu, kaedahnya mudah sahaja. Ikuti step ini.
- Daftar sebuah laman blog
- Mula tulis artikel dalam blog tersebut
- Promosikan mana-mana produk yang related dengan artikel yang dihasilkan.
- Promosikan blog tersebut.
- Dapatkan trafik yang banyak untuk masuk dalam blog.
- Konsisten hasilkan artikel yang baru.
- Dalam banyak-banyak pelawat yang masuk tu nanti, pasti akan ada yang beli.
Dalam kaedah ini, fokus kita adalah untuk bina sebuah blog yang ada ramai pelawat. Sebenarnya kaedah ini tak banyak beza sangat dengan kaedah yang digunakan oleh fanpage facebook dan juga instashop di instagram.
Cuma golongan sasaran sahaja yang berbeza, tapi kalau dari segi konsep untuk buat duit, ia lebih kurang sama sahaja.
Masih tak yakin nak buat duit dengan Involve Asia?
Mungkin ada yang masih belum yakin, yang laman web Involve Asia ni boleh berikan pendapatan sampingan kepada anda. Ini adalah bayaran yang saya terima dari Involve Asia baru-baru ni.
Saya promosikan produk-produk dari Involve Asia secara sambilan sahaja dari blog ini. Biasanya, saya update blog ni macam biasa, dan jika sesuai, saya akan masukkan beberapa iklan dari Involve Asia.
Ada antara pembaca blog saya, yang terus buat tempahan produk yang saya iklankan, lalu saya pun dapat komisen. Bayaran komisen terbaru yang saya terima dari Involve Asia adalah berjumlah RM188.00
Ok la kan? Daripada langsung tak ada sebarang hasil, kan. Lagipun, bukan cuma satu ni je program buat duit yang saya sertai.
Kata-kata akhir buat para pelajar yang nak cuba bekerja dari rumah
Benda-benda macam ni, perlukan masa untuk nampak hasilnya.
Kalau anda serius nak buat duit dengan cara ini, saranan saya ialah, mulakan dengan lebih awal. Mulakan pada waktu yang anda masih belum betul-betul perlukan pendapatan dari sumber ini.
Bila ada masa terluang, terus buat kerja-kerja ini. Kalau nak tunggu lepas dah habis belajar baru nak mula, anda mungkin kena tunggu lama untuk dapat nampak hasilnya. Untuk bangunkan sebuah laman web yang berjaya, ia mungkin akan ambil masa 6 bulan – 1 tahun.
Jangan tunggu dah terdesak nak pakai duit, baru nak mulakan langkah yang pertama. Sebaliknya, mulakan seawal mungkin, dan In Shaa Allah, pada waktu anda nak habis belajar nanti, laman web yang anda bina tu dah sedia untuk berkhidmat untuk anda.
zik says
masa saya zaman student, masa tuh blog ada jugak, cuma tak berapa nak pandai nak optimumkan buat duit dengan blog. Saya banyak buat kerja offline, iaitu kerja part time dekat pasaraya, lepas kelas tuh. dalam pukul 6 sampai 10 malam. dapat dalam 500 lebih. Banyak juga. cuti semester pun sama. masa tuh belum zaman uber dengan zaman viral2 lagi nih.. niaga pun ada jugak, jual barang dekat mudah.. beli barang dekat chow kit, jual dekat mudah, up dalam 20%. cod dalam area kl, selangor. ada juga luar semenanjung..
Mohd Rasul says
bile buat kerja dirumah ni yg paling penting disiplin. aku bermula dari tahun 2008 dan start wat keje dari rumah 🙂
reezluv says
masa zaman aku student, seronok je buat duit dari blog dediam..skarang ni payah sebab ramai plak blogger yang pandai buat duit dari blog.ahhaa
sabree hussin says
Itula… banyak sangat kot yang bagi tutorial macam mana nak buat duit dengan blog haha