Tahukah anda, jika anda mempunyai kemahiran untuk menghasilkan artikel, dalam lingkungan 600-1,000 patah perkataan, anda sebenarnya sudah boleh mula untuk bekerja dari rumah dan jana pendapatan daripada kerja-kerja tersebut.
Kalau anda buat kerja-kerja ini dengan sepenuh hati, anda berkemungkinan akan dapat hasilkan kejayaan yang lebih baik, berbanding anda jual macam-macam produk di FB atau lain-lain media sosial. Misalnya jual tudunglah, jual pil kurus, set barangan kecantikkan dan lain-lain lagi.
Sebaliknya, dengan hanya menulis, anda boleh capai kejayaan yang lebih cemerlang.
Tetapi, bagaimanakah caranya? Macam mana nak buat duit dengan menulis artikel tu? Sila teruskan pembacaan, dan nilaikan sendiri apa yang bakal saya kongsikan dalam ni. Jika ianya masuk akal dan sesuai dengan anda, silalah praktikkan.
Apa yang saya cerita ini, sebahagiannya adalah daripada pengalaman saya sendiri, yang menggunakan skil menulis untuk cari rezeki di internet… Manalah tahu, kalau ada dalam kalangan pembaca dan pelawat blog ini, yang masih tak tau nak buat apa bagi menambahkan pendapatan, mungkin boleh ikuti apa yang saya telah lakukan sebelum ni.