Pernah tak anda dengar jenama Xiaomi sebelum ini? Saya yakin, jawapan anda pasti pernah atau biasa dengar. Jenama Xiaomi mula menjadi sebutan dan perhatian para pengguna smartphone di Malaysia sejak akhir-akhir ini.
Jika anda pergi ke kedai atau kiosk menjual telefon pintar, pasti anda akan temui model dari jenama xiaomi ini.
Saya rasa salah satu sebab kenapa jenama ini mudah mendapat tempat dalam kalangan pengguna smartphone di negara kita ialah dari segi harga dan kualiti produk ini. Harganya tidak begitu mahal (berpatutan) dan pada masa yang sama, kualitinya juga setanding dengan jenama-jenama lain yang lebih popular.
Pada tarikh 18 Februari 2017 yang lepas, saya berkesempatan untuk turut serta dalam program pelancaran smartphone jenama Xiaomi bagi model terbaru mereka iaitu Redmi 4A.
Program ini diadakan di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.
Untuk makluman pembaca dan pelawat sekalian, program pelancaran ini dianjurkan oleh Involve Asia dengan kerjasama Lazada Malaysia. Pihak Xiaomi juga mempunyai official store di laman web Lazada Malaysia.
Bermula sekitar pertengahan bulan Januari 2017 yang lepas, para pengguna boleh mendapatkan model Redmi 4A ini dengan membuat tempahan di laman web Lazada menerusi pautan ini.
Pada hari tersebut ramai juga yang hadir untuk memeriahkan program pelancaran Redmi 4A ini.
Antara yang hadir ini adalah dari kalangan penulis blog (yeah blogger), dan juga pengamal social media seperti Facebook, dan Instagram yang pastinya mempunyai follower hingga ribuan orang.
Gambar kat atas ni adalah masa sesi memperkenalkan Redmi 4A. Banyak juga yang dikongsikan dan diterangkan kepada para peserta yang hadir. Dengan adanya penerangan seperti ini, maka lagi mudah untuk saya faham apa sebenarnya kelebihan model Redmi 4A ini.
Apa yang menarik dengan model telefon pintar Redmi 4A ini?
Alright, kita cerita tentang phone ini pulak.
(1) Redmi 4A dikuasakan oleh bateri berkuasa 3120 mAh
Bateri Redmi 4A ini boleh bertahan sehingga 7 hari dalam mode standby. Itu kalau dalam mode standby. Jika digunakan untuk tujuan streaming video dan juga main games online, ia juga tahan lebih lama.
Mesti anda nak tahu, berapa lama bateri phone ini boleh bertahan apabila digunakan secara terus menerus.
Dibawah ni pula adalah komen pengguna Redmi 4A ini.
“12 hours on battery and still 20% (massive gaming for 4 hours, 8 hours normal use). While 6 hours GPS driving and battery still 50%.”Ā
Bagi mereka yang menggunakan smartphone secara kerap, mungkin sebab nak tengok video, atau main game atau mungkin untuk guna GPS, maka memang perlu dapatkan smartphone yang mempunyai ketahanan yang lama dari segi kuasa bateri.
Nampaknya, bolehlah pertimbangkan untuk dapatkan model Redmi 4A ini.
Bukan ini sahaja yang menarik tau tentang Redmi 4A ini. Ada lagi. Jom teruskan pembacaan.
(2) Redmi 4A sangat ringan dan nipis
Model ini didatangkan dengan berat hanya 131.5 gram dan mempunyai ketebalan 8.5 mm sahaja. Memang ringan dan nipis.
(3) Mempunyai kamera belakang 13 mega pixel dan kamera depan 5 mp untuk selfie.
Ini antara hasil gambar menggunakan kamera Redmi 4A.
dan juga dibawah ini.
Bagi mereka yang suka selfie, juga boleh memanfaatkan fungsi smart beautify dan juga pro beautify yang direka pada model jenis Redmi 4A ini.
Dengan adanya fungsi Beautify ini, anda boleh adjust sendiri bagi memilih kualiti gambar yang bagaimana yang anda mahukan apabila selfie.
(4) Redmi 4A menyokong fungsi Dual Apps
Cuba perhatikan gambar dibawah. Apa yang anda nampak?
Perasan tak, ada dua icon whatsapp dalam satu phone yang sama. Redmi 4A ini menyokong fungsi dual apps. Dengan ini, anda boleh guna dua akaun whatsapp dalam satu phone sahaja. Tak perlu lagi bersusah payah untuk dapatkan phone lain semata-mata untuk guna dua akaun whatsapp.
Lepas ini, anda boleh asingkan whatsapp untuk tujuan kerja dengan tujuan peribadi. Bagi mereka yang menjalankan perniagaan, juga boleh asingkan untuk tujuan personal dan juga tujuan business. Nampak lebih kemas kan.
Ada lagi yang lebih best. Dengan fungsi dual apps, hampir semua apps yang ada dalam smartphone anda boleh dipasang hingga dua akaun.
Anda boleh ada dua akaun Facebook, dua akaun whatsapp, dua akaun instagram, dan semuanya boleh ada dua. Hebat kan? Smartphone anda boleh ke buat macam ni?
Kalau minat nak tempah model Redmi 4A ini, boleh tempah secara online sahaja disini.
Dari segi spesifikasi, model Redmi 4A ini dilengkapi dengan skrin berukuran 5 inci, resolusi 1280 x 720, dikuasakan dengan sistem pemprosesan Snapdragon 425 serta dilengkapi dengan memori 2GB RAM dan storan 16GB.
Sistem operasi Android Marshmallow digunakan bersama dengan pelancar MIUI 8.
Berapa harga Redmi 4A ini?
Tak mahal. Untuk model Redmi 4A ini, anda boleh dapatkan ia dengan harga bawah RM500.
Ya, harganya adalah RM459 sahaja.
Dapatkan sementara stok masih lagi ada hanya di laman web Lazada Malaysia. Boleh klik sini untuk buat tempahan.
This Lazada x Mi event was organized by Involve Asia. Lazada voucher sponsored by ShopCoupons.
mrhanafi says
hahaha..saya suka bab yang nipis dan ringan
selain itu boleh digunakan dua whatsapp…
sayangnya saya belum mampu lagi..
Uncle Zuan says
banyak brand phone yang power2 sekarang ni
sabree hussin says
Betul tu, makin hari makin banyak jenama smartphone masuk ke Malaysia. Untuk harga bawah RM500, Redmi 4A ni kira antara model yang terbaik la
Perawat Islam says
Memang sangat-sangat berpatutanlah harga dia. Hanya RM459. Saya memang sangat perlukan smartphone macam Redmi 4A ni. Ada dua sebab utama.
Sebagai seorang yang menjalankan perniagaan online, banyak juga app yang saya gunakan dengan smartphone. Jadi fungsi dual apps dia sangat menariklah.
Yang kedua ketahanan baterinya. Saya sekarang menggunakan Iphone 5S. Disebabkan saya kerap online, biasanya membalas pertanyaan pesakit-pesakit sihir, samada di whatsapp, emel, facebook messenger, telegram, ketahanan bateri Iphone 5S sangatlah mendukacitakan.
Sehari saya perlu cas sehingga 5 atau 6 kali. Redmi 4A pada saya agak berbaloi dipertimbangkan untuk mendapatkannya.
Anuar says
menarik juga spesifikasi yang ditawarkan oleh Smartphone Xiaomi Redmi 4a ni… š
Elih Japahar says
owh saya perlukan dual apps tu..nk asingkan whatapps personal dan part time jobs..
Boleh angkut satu bijik ni.
RAIHANAH AHMAD says
makin byk brand phone baru sekarang ni
Junaidy Jaimi says
wah…ni yang di panggil,kecik jangan di sangka anak… menarik…memang sesuai untuk orang bisnes ni…harga pun boleh dikatakan murah dan berbaloi..boleh lah skodeng-skodeng dan simpan bajet untuk xiaomi redmi 4a ni š
JebengOtaiā¢ says
dual apps tu untuk 1 user profil ka?kalo btul mmg sgt bgus la lebih2 yg bnyk akaun media social…hehe