Pernah tak anda dengar jenama Xiaomi sebelum ini? Saya yakin, jawapan anda pasti pernah atau biasa dengar. Jenama Xiaomi mula menjadi sebutan dan perhatian para pengguna smartphone di Malaysia sejak akhir-akhir ini.
Jika anda pergi ke kedai atau kiosk menjual telefon pintar, pasti anda akan temui model dari jenama xiaomi ini.
Saya rasa salah satu sebab kenapa jenama ini mudah mendapat tempat dalam kalangan pengguna smartphone di negara kita ialah dari segi harga dan kualiti produk ini. Harganya tidak begitu mahal (berpatutan) dan pada masa yang sama, kualitinya juga setanding dengan jenama-jenama lain yang lebih popular.
Pada tarikh 18 Februari 2017 yang lepas, saya berkesempatan untuk turut serta dalam program pelancaran smartphone jenama Xiaomi bagi model terbaru mereka iaitu Redmi 4A.
Program ini diadakan di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.