Tak lama lagi ada peristiwa besar yang akan berlaku, dan dijangkakan… untuk menjayakan peristiwa tersebut agar berlaku dengan jayanya, saya memerlukan sejumlah wang yang agak besar.
Banyak duit nak kena pakai.
Untungnya zaman sekarang ni, kalau nak buat duit cepat, tak perlu pergi jauh-jauh dan tak perlu susah payah nak buat kerja-kerja berat.
Hanya perlu bukak laptop, sambungkan dengan internet, bukak laman web FB, taip-taip sikit ayat-ayat manis, kemudian anda tunggu hasilnya.
Ada rezeki, maka berduyun-duyunlah rakan-rakan FB anda akan mula hubungi anda semula untuk beri anda duit.
Of course cerita kat atas ini adalah versi ringkas kepada apa sebenarnya yang biasanya akan terjadi. Namun begitu, ia bukan kisah bohong. Benda ni memang betul-betul boleh terjadi, especially kepada mereka yang memang dah berpengalaman dan memang dah faham benar perangai pengguna-pengguna laman media sosial seperti FB.
Baca lagi: Bagaimana memahami psikologi rakan-rakan FB anda
Untuk orang yang benar-benar pakar dengan kaedah pemasaran seperti ini, saya tak ada masalah langsung dengan mereka. Malahan, saya hormat habis dengan kaedah mereka.
Namun, ada juga wujud setengah golongan yang memang saya betul-betul anti.
Instead of becoming a real marketer, they choose to be a parasite!
Parasit pemasaran.
Golongan seperti ini memang menyusahkan. Mereka inilah yang akan berikan tanggapan buruk kepada industri pemasaran online.
Sikap mereka yang langsung tak mengendahkan sama ada apa yang mereka buat itu adalah sesuatu yang betul atau tidak memang menyusahkan.
Mereka ini jugalah yang kita akan gelarkan sebagai spammer.
Dalam pemasaran online, anda sama ada adalah seorang spammer ataupun anda adalah seorang marketer. Jarang sekali dan agak mustahil untuk anda jadi kedua-duanya.
Seorang marketer, kalau dia tersilap langkah menggunakan teknik spam dalam kerja-kerja pemasaran, dia akan dibenci, diboikot dan akan dipangkah oleh pelanggan-pelanggan mereka.
Seorang spammer, jika dia dah bertaubat sekalipun, dan bertekad dah tak akan gunakan teknik spam lagi sampai bila-bila, orang tetap akan ingat dan akan kenal dia sebagai seorang spammer.
Selagi anda gunakan teknik spam, selagi itu anda tak akan berjaya
Mungkin anda berupaya untuk dapatkan RM200 – RM1,000 dengan teknik spam yang anda gunakan tu.
Tapi, mampukah anda nak dapatkan jumlah tersebut secara konsisten? Susah…
Sebab tu, kalau anda nak buat duit senang, anda boleh guna teknik spam.
Tetapi, kalau anda berhasrat untuk buat duit secara konsisten, JAUHKAN TEKNIK SPAM.
Boleh faham, kan?
akubiomed says
Yang lebih jahat adalah tumpang iklan berbayar FB ads.
sabree hussin says
Betul tu, benda ni biasa berlaku jugak. Entah siapa yang ajar buat benda-benda macam ni
Anuar says
Tak sangka, Ada juga yang tumpang iklan berbayar Facebook Ads… Ini baru perama kali saya dengar… Itu Memang jahat habis tu….
titan says
betul.
jangan jadi spammer.
gua tak suka
sabree hussin says
Gua pun tak suka jugak dengan spammer
Junaidy Jaimi says
erm…kalau setakat nak spam orang lain, ok lagi..kena batang hidung sendiri..panas pulak hati ni..huhu