Beberapa minit sebelum saya hasilkan catatan ini, saya sempat lakukan pembacaan di laman web wikipedia. Tujuan saya tak lain tak bukan iaitu untuk dapatkan gambaran yang lebih jelas tentang Facebook dan serba sedikit sejarah penubuhannya.
Anda pun boleh baca di laman wikipedia, jika ada masa. Ini dia ringkasan yang anda perlu tahu tentang Facebook. Facebook mula dilancarkan pada 04 Februari 2004, di Harvard. Lebih tepat lagi di bilik asrama. Inilah kediaman Mark Zuckerberg semasa beliau belajar di situ.
Kalau kita perhatikan, tujuan Facebook ditubuhkan adalah untuk menghubungkan seseorang dengan kenalan mereka. Untuk bersosial dan sebagainya. Saya percaya, Mark tak pernah bercadang nak jadikan FB sebagai platform jualan. Namun, disebabkan daya kreativiti yang tinggi, oleh pengguna akaun FB yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan profesion, maka lama-kelamaan, FB mula di manipulasikan untuk tujuan berbisnes.
Rupa-rupanya, kerja-kerja pemasaran jadi lebih mudah dengan penggunaan FB. Sebabnya? Nowadays, hampir semua orang boleh dihubungi menerusi FB.