Merancang untuk pergi bercuti? Pastikan anda bawa Papago bersama anda

by sabree hussin on January 26, 2016

in Travelog

“Papago? Apa benda Papago ni sebenarnya?” Mungkin ada dalam kalangan pembaca dan pelawat blog ni yang tertanya-tanya, apa benda sebenarnya Papago yang saya maksudkan ni?

 

Ok buat yang masih belum tau apa benda sebenarnya Papago tu, bolehlah klik sini. Kalau ada yang tak pernah tengok bentuk Papago ni, bolehlah tengok gambar yang saya sertakan ni.

gps terbaik

Biasanya orang tak panggil dia Papago, tapi panggil dengan nama GPS Navigator ataupun GPS sahaja.

 

Sekarang ni memang ada banyak application yang boleh digunakan bersama-sama smartphone anda untuk menjadi penunjuk arah. Namun, untuk perjalanan jauh, saya berpendapat lebih baik dapatkan GPS yang boleh kita gunakan dalam kereta. Bukannya sekadar berharap pada application yang ada dalam smartphone tu.

 

Lagipun, kalau guna smarphone ni agak leceh. Nanti tengah kita cari arah, tiba-tiba masuk mesej dari whatsapp, masuk notification dari Facebook, Instagram lagi, lepas tu ada call pulak. Semua ini akan menyebabkan battery consumption pada smartphone anda meningkat.

 

Bila kita guna GPS, kita mahukan fokus yang tak terganggu. Maklumlah, kalau kita guna highway misalnya, sekali kita tersalah ambik simpang, tersalah ambik exit, maka bukan sahaja kita akan rugi kena bayar tol, malahan kita akan guna lagi banyak petrol dan pada masa sama, masa kita pun terbuang jugak.

 

Jadi, bila ada GPS ni, setidak-tidaknya kita tak mudah tersalah arah (walaupun ada ketikanya kita akan buat silap jugak).

 

5 Sebab kenapa saya suka guna GPS untuk perjalanan jauh

Fungsi GPS sebenarnya tak terhad hanya untuk tunjuk arah semata-mata. Turn right, turn left… bukan sekadar itu sahaja. Ia ada banyak lagi fungsi yang bagus-bagus dan amat membantu untuk para pemandu macam kita.

 

Melainkan anda jenis yang suka menghafal jalan, maka mungkin anda akan merasakan GPS ni kurang relevan untuk anda. Namun bagi saya, saya PALING TAK SUKA nak hafal jalan. Setiap tahun ada je jalan yang akan berubah. Ada je pembinaan baru dan bangunan-bangunan baru dinaikkan.

 

Setengah tempat yang saya pernah pergi, jalan lama terus tak boleh lalu, sebab kita kena guna jalan baru. Maka atas alasan ini, guna GPS untuk cari jalan itu masih lagi alternatif yang lebih baik. Baiklah, dalam perkongsian kali ini, saya nak kongsikan beberapa perkara lagi yang buatkan saya lebih suka guna GPS untuk perjalanan jauh lebih-lebih lagi untuk ke tempat-tempat yang baru pertama kali saya pergi.

 

(1) Biasanya, bila kita drive melebihi had laju, gps kita ni akan ingatkan kita yang kita dah terlebih laju. So bila dah dapat warning dari GPS, pandai-pandailah turunkan kelajuan. Selamat sikit daripada kena saman atau kena tangkap gambar dengan AES nanti.

 

(2) Dengan fungsi map pada GPS kita boleh tahu serba sedikit tentang bentuk muka bumi jalan yang kita lalu. Ini sangat berguna terutama sekali bila kita nak potong kenderaan kat depan kita. Kalau jalan lurus, tak ada masalah untuk kita potong, akan tetapi kalau waktu kita potong tu tiba-tiba jalan jadi berselekoh, ini akan menyebabkan kenderaan yang kita pandu tu agak sukar nak dikawal.

 

Jadi tipsnya kat sini, tengok dulu bentuk muka bumi kat GPS, kalau peta menunjukkan jalan lurus, barulah potong kenderaan depan. Kalau akan bertemu selekoh, tunggu dulu. Ini pun untuk elak berlaku kemalangan kalau-kalau anda hilang kawalan.

 

Selalunya kalau pandu waktu malam, dengan jarak penglihatan yang agak terhad, dengan adanya GPS ianya sangat-sangat membantu untuk buat keputusan sama ada nak potong ataupun tidak.

 

(3) Kita boleh tahu anggaran waktu kita akan tiba ke destinasi. Jadi dengan kelajuan tertentu, kita boleh buat aggaran bila kita boleh sampai ke tempat yang kita nak tuju tu.

 

Nak pandu laju atau perlahan, kalau boleh biarlah ikut pada keperluan. Tak semestinya setiap masa kena pandu laju, atau setiap masa kena pandu perlahan. Ada masa kita kena pandu lebih laju sedikit berbanding kebiasaan, dan ada ketikanya, pandu perlahan itu lebih digalakkan dan lebih selamat.

 

(4) Pilihan jalan sama ada nak yang ada tol, kurang tol dan sebagainya. Ada setting khas yang kita boleh pilih untuk pilih laluan macam mana yang kita mahukan. Kalau yang jenis tak suka kena bayar tol banyak-banyak tu, bolehlah set untuk pilih laluan yang kurang tol.

 

Walaupun saya katakan kurang bayar tol, tak bermakna anda tak perlu bayar tol langsung ye.

 

(5) Boleh save location just in case nak datang lagi di masa akan datang. Sesetengah tempat yang kita kunjungi, namanya memang tak tercatat pada GPS yang kita gunakan. Jadi, untuk datang semula ke tempat tu memang agak sukar.

 

Namun demikian, dengan adanya fungsinya save location ni, ia akan banyak memudahkan kita kalau-kalau kita nak datang lagi ke tempat tersebut. Sekali lagi… tak perlu susah payah nak hafal jalan.

 

.

..

Jika anda juga jenis yang suka travel dan kunjungi tempat-tempat baru dengan memandu sendiri kenderaan anda, memiliki GPS adalah satu perkara yang WAJIB.

 

Sekarang ni ada banyak pilihan GPS yang anda boleh miliki. Ada yang mahal dan ada juga yang murah. Anda boleh buat perbandingan harga disini.

 

Semoga ianya membantu.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 1 comment… read it below or add one }

titan January 30, 2016 at 12:43 am

masih guna gps garmin yang aku beli tahun 2009 tu.

masih setia dan berguna walaupun dah tua usianya.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: