Musuh UTAMA bagi orang-orang yang cari makan sebagai seorang penulis ni ialah gejala Writer’s Block. Ia memang bahaya, kerana ia membunuh produktiviti dan kreativiti. Tanyalah sesiapa pun yang kerjanya menulis, mesti mereka akan rasa sangat down bila terkena writer’s block ni.
Benda yang memang senang jadi susah. Satu idea pun langsung tak nak keluar. Saya juga tak terkecuali daripada terkena masalah macam ni.
Ya, saya tahu apa yang perlu dibuat apabila terkena masalah writer’s block ni. Ini yang pernah saya kongsikan dalam artikel saya yang sebelum ini.
Klik untuk baca: 10 Perkara anda boleh buat sekiranya alami Writer’s Block ketika menulis blog
Secara peribadi, sebenarnya saya cuba nak capai target untuk siarkan sekurang-kurangnya 100 artikel setiap bulan. Setiap artikel pulak panjangnya lebih kurang 600 – 1,000 patah perkataan. Adakah ianya mustahil? Tidak mustahil, namun sangat susah untuk di capai.
Cuba punya cuba… akhirnya masih tak dapat capai. Jumlah yang saya dapat capai, ialah 50 artikel sahaja. Mungkin buat masa ini, ia adalah tahap yang saya mampu capai.
Tapi, tak syok la kalau cuma bulan-bulan tertentu je yang saya dapat 50 artikel. Macam tak adil pulak. Kalau boleh, saya nak setiap bulan mesti kena ada sekurang-kurangnya 50 artikel. Tapi disebabkan wujudnya gejala writer’s block, ada bulan-bulan tertentu, saya langsung tak dapat nak menulis.
Maka nak tak nak, terpaksalah saya sendiri praktikkan perkara yang keempat, iaitu buat artikel jenis back dated. Apa yang anda baca dalam blog ni, pada tarikh sekian-sekian hari bulan, belum tentu lagi saya tulis atau sediakan artikel tersebut pada tarikh yang sama seperti pada tarikh ianya di siarkan. Boleh jadi artikel tersebut telah pun saya sediakan awal-awal, ataupun sebenarnya saya buat artikel jenis back dated.
Adakah menulis artikel jenis back dated akan memberi kesan dari segi ranking dan SEO?
Pastinya ada. Cuma saya tak pasti, apa dia kesannya. Saya cuma boleh mengharapkan kesannya adalah kesan yang positif.
Maaflah ya. Saya tak berkesempatan untuk mengkaji kesan-kesan SEO. Walaupun saya banyak mengadaptasikan teknik SEO dalam setiap penulisan yang saya hasilkan, namun realitinya saya juga banyak yang tak tau tentang SEO secara details.
Mungkin kat luar sana, ada panduan khas yang boleh dijadikan rujukan jika anda benar-benar serius nak tau apa kesan SEO terhadap artikel jenis back dated.
Kadang-kadang saya rasakan, adalah lagi mudah untuk menulis, bila kita tau apa yang kita tulis tu, ia tak akan dibaca oleh sesiapa pun. Pelik kan? Orang lain mungkin menulis sebab dia nak orang lain baca apa yang dia tulis tu, tapi saya pulak, saya menulis dengan harapan tak ada orang yang akan baca.
Saya akan rasa benda ni, terutama sekali apabila saya berada dalam situasi yang sangat down. I just wish nobody will ever read my blogpost. Itu sahaja. Ada sesetengah artikel yang saya hasilkan, ia ditulis bukannya untuk dibaca oleh manusia.
Saya menulis artikel tertentu supaya ianya dibaca oleh robot yang berperanan untuk menganalisa dan melakukan tugas-tugas “ping” pada setiap laman web yang terdapat di internet. Jadi, maafkanlah saya jika ada sekali dua, ada merasakan apa yang saya tulis ni seolah-olah tak masuk akal dan agak sukar untuk difahami.
Ataupun anda rasakan saya menulis artikel yang SAMA berulang-ulang kali, hanya gaya bahasa dan corak penyampaiannya sahaja yang berbeza.
Sebenarnya saya sendiri tak rasa akan ada orang yang akan baca setiap artikel yang saya siarkan dalam blog ni. Tujuan artikel yang sama, saya tulis berulang-ulang kali adalah bagi memastikan blog ini dapat menduduki tempat yang baik di laman web carian google untuk kata kunci tertentu yang saya sasarkan.
Inilah dia formulanya. Ada sebab kenapa saya target untuk dapatkan volume yang tinggi. Ada sebab kenapa saya cuba siarkan seberapa banyak artikel yang boleh dalam blog ini. Ada sasaran yang tinggi yang saya cuba nak capai.
Dari apa yang saya sendiri dapat perhatikan, rupa-rupanya formula untuk buat duit secara online menggunakan medium blog ni mudah sahaja sebenarnya. Iaitu
Semakin banyak artikel yang saya siarkan, makin bertambah bilangan trafik yang masuk ke laman blog ini, dan semakin tinggi kebarangkalian untuk saya dapat buat sales menerusi laman blog ini.
Lagi banyak sales yang dapat saya hasilkan, In Shaa Allah, akan lagi tinggi pendapatan yang saya dapat buat dari kerja-kerja penulisan blog.
… dengan syarat saya tak kena writers block tu ha ha
Suhimi Nain says
Saya pula nak capai 10 artikel dalam sebulan, tapi 1 artikel pun kadang-kadang payah. Ha ha