Laman web Fiverr boleh jadi adalah laman web jual beli servis paling popular di dunia.
Kebiasaannya ada dua sebab kenapa seseorang itu melayari laman web Fiverr. Sebab pertama ialah dia perlukan perkhidmatan tertentu tetapi dia tidak mempunyai bajet yang besar untuk upah mana-mana freelancer yang memang pakar dalam bidangnya, jadi dia dapatkan freelancer dari laman web fiverr ni sebabnya dia boleh dapat perkhidmatan yang diperlukan dengan harga yang paling minimum.
Ataupun sebab kedua ialah dia nak buat duit di laman web Fiverr dengan menjual kemahiran yang ada pada dirinya. Membuat jualan servis di Fiverr ni, jika betul caranya, ianya juga berpotensi untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan.
Setidak-tidaknya kita di Malaysia dapat menikmati kadar tukaran matawang asing yang agak tinggi. Baru-baru ni bila saya periksa kadar tukaran matawang antara Ringgit Malaysia berbanding USD, ianya bersamaan RM4.47 berbanding USD1.
Bukti pendapatan dari Fiverr ini adalah pendapatan yang dihasilkan pada tahun 2014. Ianya dikongsikan oleh Saudara Nigel Ong. Ini adalah pendapatan yang telah beliau hasilkan pada ketika itu.
Kalau pada hari ini, dengan mengambil kadar tukaran matawang semasa antara RM berbanding USD, dengan contoh pendapatan sebanyak USD655.28 pada bulan November 2014 seperti pada screenshot diatas, anda sebenarnya akan mempunyai
USD655.28 x 4.77 = RM3,125.69
Well at least kita tau sekarang ni, dengan mengambil kira situasi Ringgit yang makin lemah berbanding USD, ada pihak yang untung besar. Terutama sekali mereka-mereka yang menjana pendapatan dalam matawang USD.
Beberapa hari lepas saya juga ada terima bayaran upah untuk kerja-kerja penyiaran (publishing) yang saya jalankan. Ya, juga dalam matawang USD. Cuma jumlahnya tidaklah sebanyak jika dibandingkan dengan upah jika berniaga servis di laman web Fiverr ini.
Ini bayaran yang saya terima.
Sekiranya anda juga mempunyai website atau blog yang ingin anda gunakan sebagai lubuk untuk buat duit online, boleh daftar program pengiklanan Bidvertiser ni dengan menekan klik pada banner dibawah.
Program ni lebih kurang je dengan lain-lain program pengiklanan. Hanya perlu siarkan iklan dari Bidvertiser. Bila dah cukup minimum USD10, anda akan menerima bayaran terus ke akaun Paypal.
Semalam saya cuba untuk transfer duit dalam Pay Pal ke akaun Maybank saya. Kemudian saya perasan, kalau nak buat macam tu akan dikenakan caj sebanyak USD5 sebagai processing fee. Rasa macam tak berbaloi la pulak. Tak jadi. Nampaknya baik biar je duit ni duduk dalam akaun Pay Pal.
Apa servis yang boleh dibeli dan dijual di laman web Fiverr
Okeh… sambung sikit lagi pasal Fiverr. Tadi tu cuma selingan je. Selain saya cuba nak transfer duit dari akaun Pay Pal ke akaun Maybank, saya juga ada pertimbangkan untuk beli servis dari laman web Fiverr ni sebenarnya.
Servis yang biasa saya beli ialah servis design ebook ecover. Dalam perancangan nak tulis satu lagi ebook. Tapi itu la… punyalah malas nak menulis sekarang ni. Fokus lebih kepada nak bangunkan blog ni dulu berbanding nak tulis ebook yang baru.
Sambil-sambil tu, saya ada semak juga di laman web Fiverr apa dia servis lain yang saya kira menarik dan ramai juga yang jual dan beli servis tu. Ini antaranya.
i. Servis reka video Whiteboard & Explainer video
Kalau anda ada software seperti Video Scribe atau Video Maker FX, anda boleh buat sendiri video seperti ini. Walaubagaimanapun, sekadar memiliki software tersebut, belum tentu lagi anda ada skil untuk hasilkan video yang menarik.
Saya ada kedua-dua software tu. Saya beli sebab saya rasa software tu akan memudahkan kerja-kerja pemasaran jika saya ingin menggunakan medium video.
Tapi bila dah beli, rupa-rupanya susah juga nak hasilkan video yang menarik dan memukau. Lesson learn. Sebenarnya saya patut fokus sahaja kepada article marketing dan outsource sahaja kerja-kerja buat video kepada orang lain yang lebih pakar. Kat laman web Fiverr ni boleh dapatkan orang untuk buatkan kerja-kerja pembikinan video ni untuk kita.
ii. Servis design T-Shirt
Anda nak buat bisnes jual t-shirt tetapi tak pandai nak buat kerja-kerja design? Mungkin Fiverr boleh bantu anda.
Dapatkan mana-mana penjual di Fiverr untuk buatkan design T-Shirt yang anda mahukan. Kemudian bila dah dapat design, anda bukalah untuk tempahan. Biasanya penjual t-shirt online ni akan ambil pre-order terlebih dahulu barulah cetak t-shirt tersebut.
Tak pandai nak design bukan lagi halangan dengan adanya servis dari Fiverr.
Ada banyak lagi sebenarnya perkhidmatan atau servis yang anda boleh dapatkan dari Fiverr. Kalau nak buat duit dari Fiverr tak semestinya kena jual servis kat Fiverr tu. Boleh juga dengan cara anda beli servis dari Fiverr dengan harga USD5 kemudian anda jual semula servis tersebut dengan harga yang lebih tinggi, sebagai contoh USD10 – USD15. Anda dah untung berganda-ganda disitu.
Yang penting kena jadi kreatif dan berani. Tapi kreatif dan berani sahaja masih tak cukup sebenarnya. Kena ada ilmu juga. Jadi untuk pembaca yang nak mendalami topik buat duit di laman Fiverr ni, bolehlah saya cadangkan untuk tengok-tengok panduan ini.
Tengok je pun tak apa.
Tak perlu bayar apa-apa pun kalau sekadar nak tengok. Lainlah kalau anda minat nak cuba jaya buat duit di Fiverr. Kalau begitu, bolehlah muat turun panduan tersebut.
raihanah says
biasa guna utk beli je, belum pernah lagi dpt pembayaran guna ni
reezluv says
paling best kalau student…senang nak buat duit dari sini..daripada buang masa, baik cari duit kat Fiverr kan
sabree hussin says
Memang sangat digalakkan. Benda ni boleh bantu buat duit.
ALIM says
Jangan sampai Ketipu ditempat lain.. hanya disini ya kak ? seperti itu kah ??
sabree hussin says
Perlu hati-hati bila buat transaksi online di tempat lain. Tapi kalau di fiverr ni lebih yakin sebab reputasi laman web ini.