Konsep Kedai Runcit Online. Boleh berjaya ke jual barangan runcit secara online?

by sabree hussin on June 13, 2016

in kedai runcit

Adakah jualan untuk produk-produk anda, yang dijual di kedai runcit milik anda kurang memberangsangkan? Pelanggan tak ramai yang datang ke kedai anda untuk berbelanja? Apa kata buat jualan secara online, mungkin kaedah ini dapat menambahkan bilangan pelanggan yang berbelanja di kedai anda… tanpa perlu mereka datang secara fizikal ke kedai runcit anda.

 

Tunggu dulu…

 

Idea ni sebenarnya dah ramai orang fikirkan. Sesetengah usahawan, memang ada yang dah cuba pun. Namun, adakah idea ini benar-benar praktikal dan terbukti berupaya untuk meningkatkan jualan? Mungkin ya, mungkin tidak. Not all business are created equal.

bisnes online gagal

 

Maksudnya apa yang berkesan pada bisnes orang lain, belum tentu boleh digunapakai untuk bisnes kita sendiri. Bimbang jugak kalau-kalau disebabkan nak mengejar keuntungan tambahan yang tak seberapa, rupa-rupanya kita berdepan dengan masalah yang lebih besar di masa akan datang.

 

Apa pun, perkara ini boleh dibincangkan. Saya rasa ada beberapa point yang anda patut pertimbangkan sebelum nak laksanakan cadangan untuk menjual barang-barang dalam kedai runcit anda tu secara online. Ini antaranya

 

(1) Anda perlukan sebuah laman web ecommerce yang boleh menerima tempahan

Jika anda ingin berniaga barangan runcit secara online, anda perlukan sebuah laman web yang profesional, berkonsepkan ecommerce yang boleh memproses tempahan dari pelanggan anda.

 

Salah satu laman web yang anda boleh jadikan contoh adalah laman web Lazada ini. Anda boleh klik pada link berwarna biru tersebut untuk melihat sendiri bagaimana sistem tersebut beroperasi.

 

Dengan mempunyai laman web anda sendiri, dengan mudah anda boleh mengemaskini status barangan yang masih available untuk dijual. Ini adalah satu ciri yang tidak terdapat pada Facebook, jika anda bercadang untuk menggunakan Facebook sahaja untuk tujuan mendapatkan jualan secara online.

 

Hakikatnya sangatlah sukar untuk selalu update inventori kedai anda. Sebab tu kita dapat lihat, ada ramai usahawan online yang memaparkan sehingga beribu-ribu jenis barangan yang dijual secara online, namun belum tentu barangan tersebut ada stok. Salah satu sebabnya? Memang sukar nak sentiasa kemaskini.

 

Pada masa yang sama, ia juga menyukarkan bakal pelanggan. Letihlah kalau setiap kali nak order barang, pelanggan terpaksa tanya sama ada stok untuk produk tertentu masih ada atau tidak. Shopping secara online seharusnya menjadi satu pengalaman membeli belah yang amat menyenangkan, bukannya bertambah leceh dan menyusahkan.

 

(2) Rider yang cekap untuk lakukan kerja-kerja penghantaran

Dominos Pizza adalah salah satu contoh perniagaan yang menggunapakai konsep home delivery pada produk yang mereka jual. Jaminan mereka ialah, setiap pizza yang ditempah akan sampai dalam masa 30 minit atau kurang dari itu. Oleh itu, pelanggan tahu, jika mereka buat tempahan pizza dari Dominos, mereka akan terima pizza mereka dalam masa 30 minit.

 

Baiklah. Mari kembali kepada perniagaan anda. Adakah anda mampu untuk beri jaminan yang setiap tempahan yang dilakukan oleh pelanggan anda, dapat dihantar dalam masa 30 minit? Oh adakah anda perlukan 45 minit? Apa dia? Anda perlukan satu jam? Ah… come on, jangan kata anda perlukan lebih dari itu.

 

Mari kita semak semula.

 

Anda perlukan rider yang boleh hantar barang-barang yang ditempah tepat pada masa. Rider ni perlu cekap dan perlu pastikan barangan milik pelanggan tidak rosak semasa dalam proses penghantaran. Rider tak salah rumah. Rider tak mengelat dengan melencong ke tempat lain, dan satu lagi, kena pastikan yang rider tidak mencuri barangan yang dihantar kepada pelanggan.

 

Selain itu, anda perlu ada staf yang akan uruskan bahagian memproses tempahan. Dia bertanggungjawab untuk menyusun atur barang-barang yang ditempah oleh pelanggan, buat semakan akhir sebelum barang diserahkan kepada rider untuk dihantar.

 

… oh ya, anda juga mungkin perlukan staf yang berperanan untuk menjawab panggilan telefon. Anda mungkin akan dapati, tak ramai yang selesa menggunakan sistem komputer untuk buat tempahan. Mereka lebih selesa untuk buat tempahan dengan cara membuat panggilan telefon. TETAPI… cara ini akan ada kos kepada bakal pelanggan. Sanggup ke mereka buat panggilan telefon dan kena caj untuk panggilan?

 

Apa kata guna whatsapp? Ya la… orang sekarang lebih suka guna whatsapp daripada SMS atau call. Guna data kan jimat kredit.

 

(3) Anda mungkin perlukan khidmat seseorang yang tahu dan FAHAM kerja-kerja pemasaran secara online

Saya nak ambil lagi satu contoh, iaitu Lazada.

lazada_official_page

Saya berpendapat bahawa salah satu sebab Lazada begitu berjaya dalam perniagaan mereka secara online, menjual barangan runcit, barangan dapur, barangan elektrik, produk keperluan, pakaian dan sebagainya adalah kerana operasi mereka disokong oleh individu yang memang betul-betul faham akan selok-belok pemasaran online.

 

Bukan itu sahaja, malahan pihak Lazada juga ada membuka peluang kepada orang ramai yang berminat untuk menjadi ejen pemasaran mereka. Saya juga adalah salah seorang yang telah mendaftar untuk menjadi ejen pemasaran Lazada.

 

Saya rasa kat Malaysia ni sahaja, boleh jadi ada beribu-ribu orang dah mendaftar sebagai ejen pemasaran Lazada. Sekiranya anda yang sedang membaca perkongsian saya ni turut berminat untuk menjadi ejen pemasaran lazada, boleh baca artikel saya sebelum ini iaitu

Klik untuk baca: Program Affiliate Lazada: Bagaimana cara daftar sebagai ejen affiliate?

 

Untuk situasi perniagaan runcit anda secara online. Anda juga patut pertimbangkan untuk mendapatkan ejen pemasaran. Tak perlu bayar mereka (para ejen) dengan gaji tetap, sebaliknya hanya bayar mereka apabila terdapat jualan yang berjaya dihasilkan. Itu sahaja.

 

(4) Anda perlu tentukan had sempadan!

Ini sudah pasti. Tak kan anda nak buat penghantaran juga untuk mereka yang buat tempahan di Sabah sedangkan anda berada di Kelantan. Ini tak masuk akal dan kurang praktikal. Silap-silap, kos untuk penghantaran tu sendiri lebih TINGGI daripada keuntungan daripada jualan yang terhasil.

 

(5) Minimum order quantity?

Ikut logik matematik, kos penghantaran produk perlulah lebih rendah berbanding untung yang berjaya dihasilkan. Contohnya, untuk pelanggan A, dari pembelian yang dilakukan, kita dapat buat untung sebanyak RM5.70

 

Jika kos penghantaran adalah sebanyak RM2.00 bermakna untung bersih anda ialah RM5.70 – RM2.00 bersamaan dengan RM3.70.

 

Untuk tidak membebankan pelanggan anda, (dan membuatkan mereka rasa berbelanja di kedai anda terasa mahal) anda boleh berikan khidmat penghantaran secara percuma sahaja. ATAUPUN

 

Anda caj pelanggan anda mengikut jarak. Sebagai contoh, 1KM bersamaan dengan RM1.50 misalnya. Kos penghantaran perlu dibayar oleh pelanggan. Ini yang biasa diamalkan oleh mana-mana perniagaan yang mengamalkan sistem penghantaran. Kos penghantaran perlu dibayar oleh pelanggan, bukannya penjual.

 

Lagipun, kalau pelanggan keluar sendiri ke kedai, dia juga ada kos yang perlu dibayar kan. Kaedah sistem tempahan secara online beserta dengan sistem penghantaran adalah untuk memudahkan urusan pelanggan, bukannya kita nak buat kebajikan dengan menanggung secara keseluruhan kos tersebut kepada penjual.

kedai-runcit-online

 

Tesco yang memang dah terkenal dan well establish juga mengenakan caj penghantaran jika kita beli barangan runcit secara online. Pelanggan hanya akan dapat servis penghantaran percuma, dengan syarat kena berbelanja melebihi RM100. Jika anda ingin lihat barangan yang dijual oleh tesco secara online boleh klik sini.

 

Secara peribadi, saya pernah nampak beberapa buah kedai runcit yang menawarkan servis penghantaran. Ada juga yang menawarkan sistem tempahan secara online. Ada yang berjaya, ada juga yang dah cancel sistem tempahan secara online tersebut.

 

Kenapa?

 

Mungkin sebab ianya kurang menguntungkan dan leceh. Saya pun tak tau, dan saya juga tak pernah nak tanya. Perbincangan ini adalah sebahagian sahaja yang anda mungkin perlu tahu, jika anda berhasrat untuk membawa perniagaan anda ke peringkat online.

 

Konsepnya memang nampak mudah. Peluang untuk buat duit lebih terbuka luas. Walaubagaimanapun, dari segi praktikal, ia mungkin tak seindah seperti yang anda bayangkan.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 6 comments… read them below or add one }

Anuar June 13, 2016 at 11:26 am

Lazada berjaya menjual barang runcit secara online dengan bantuan ejen-ejen pemasaran online…. 😉

Reply

Jie Susanos June 13, 2016 at 6:56 pm

emmm..boleh berjaya kalau btul tahu konsep penghantaran ni..lazada contoh terbaik..

Reply

mrhanafi June 14, 2016 at 12:38 am

kalau dah ada ilmu ..semuanya senang buat kerja

Reply

zool June 16, 2016 at 11:46 am

kat luar negara dah ada yang buat konsep sebegini..

Reply

Sepatu cewek June 17, 2016 at 12:27 pm

Bagus sangat konsep yang tuan jelaskan ini, semoga bisa diaplikasikan di bisness

Reply

Uncle Zuan July 3, 2016 at 6:40 pm

menarik. cuma tak banyak di praktikakn kat malaysia

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: