Komisyen Affiliate Klikjer April 2015

by sabree hussin on April 4, 2015

in Komisyen Affiliate

Bulan April 2015 ni saya menjangkakan kos sara hidup akan meningkat. Jika tak meningkat banyak sekalipun, pasti akan ada peningkatan, hata sekadar meningkat RM100 berbanding bulan lepas sekalipun. Almaklumlah, bulan ni… kita terpaksa sesuaikan diri dan gaya hidup dengan GST.

 

Cis… senang betul kerajaan buat duit. Kenakan GST, dan setiap kali rakyat berbelanja untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan tertentu, kita perlu bayar cukai kepada kerajaan. Jujurnya, saya tak berapa suka dengan GST ni. Tapi apa sangatlah yang saya boleh buat? Suka atau tidak, kena hadap.

 

Jadi, salah satu cara untuk saya bersiap sedia dengan cabaran hidup yang mendatang ialah dengan menambahkan lebih banyak sumber pendapatan. Ok kali ni saya nak kongsikan pendapatan yang saya terima daripada program affiliate Klikjer.

bukti_komisyen_klikjer

 

Sebenarnya ada banyak program affiliate yang kita boleh sertai. Sama ada program affiliate persendirian ataupun program affiliate network. Affiliate network ni contohnya adalah seperti program affiliate Ashadee, klikjer, Aztetic dan sebegainya. Disebabkan terlalu banyak program affiliate yang memang boleh buat duit, kadang-kadang sampai tak terbuat.

 

Cuma semangat nak join, tapi bila time nak buat kerja tak ada sebarang action pulak.

 

komisyen_affiliate_klikjer_April2015

 

Saya dah join program affiliate Klikjer ni dah agak lama. Cuma saya sendiri agak jarang mempromosikan produk-produk di klikjer menjadikan saya agak jarang menerima sebarang komisyen dari program ni.

 

Kelebihan klikjer yang sangat awesome berbanding lain-lain affiliate network

Satu benda yang saya tertarik dengan klikjer ni ialah dari segi struktur komisyen yang bagi saya memang lumayan. Bayangkan, untuk satu sales, komisyen yang ditawarkan ialah sebanyak 70%. Jadi memang tak sia-sia affiliate klikjer ni menggunakan sepenuh tenaga, masa dan fokusu ntuk mendapatkan jualan di klikjer.

 

Saya bagi contoh untuk satu produk di klikjer yang berharga RM60. Jika komisyen sebanyak 70% yang ditawarkan, ini bermakna komisyen yang bakal dinikmati oleh ejen yang berjaya menghasilkan jualan ialah sebanyak RM42. Saya sendiri dapat komisyen ni daripada jualan hanya satu produk sahaja.

 

Cara yang biasa saya guna untuk dapatkan komisyen affiliate

Dari segi teknik, taktik, strategi dan method pemasaran online, saya akui memang ada banyak teknik yang boleh digunakan. Setiap satu teknik mempunyai kelebihan yang tersendiri dan menjadi tanggungjawab anda sebagai ejen affiliate untuk membuat pilihan yang tepat, teknik yang mana satu yang sesuai untuk anda gunakan.

 

Bagi saya, memandangkan saya ni jenis yang suka promosikan banyak-banyak produk dalam satu-satu masa, jadi teknik yang paling sesuai untuk saya ialah teknik pemasaran menggunakan medium blog. Panduan pemasaran produk affiliate klikjer menggunakan blog boleh download disini.

senarai_produk_klikjer

 

Pada pemerhatian saya, kalau nak bergantung kepada FB terutama sekali personal profile, ianya agak kurang berkesan. Saya pernah nampak, ada setengah orang yang mempromosikan kesemua produk klikjer di wall fb personal, dan saya tak rasa orang tersebut berjaya dapat sales hatta walaupun cuma satu sales.

 

Melainkan anda nak fokus cuma mempromosikan satu produk dalam satu-satu masa, itu MUNGKIN boleh dapat jualan.

 

Apa pun, tentang boleh dapat sales atau tak, sebenarnya ianya subjektif. Walaupun saya kata, anda tak akan dapat sales kalau cuma buat posting di FB wall personal, namun ianya bukannya sesuatu yang muktamad. Kalau dah memang rezeki anda, tak mustahil anda boleh dapat sales…

 

Apa pun, saya harap komisyen dari klikjer ni bukannya yang terakhir dan moga-moga lepas ni boleh dapat lagi banyak komisyen dari klikjer. In Shaa Allah. Plan saya lepas ni, nak kumpul lebih banyak komisyen dari klikjer, kemudian daripada duit komisyen tu, saya nak laburkan untuk dapatkan ilmu buat duit dengan klikjer. Ada rezeki, lagi banyak boleh dapat lepas ni.

 

Doakan saya ya.

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: