Bulan April 2015 ni saya menjangkakan kos sara hidup akan meningkat. Jika tak meningkat banyak sekalipun, pasti akan ada peningkatan, hata sekadar meningkat RM100 berbanding bulan lepas sekalipun. Almaklumlah, bulan ni… kita terpaksa sesuaikan diri dan gaya hidup dengan GST.
Cis… senang betul kerajaan buat duit. Kenakan GST, dan setiap kali rakyat berbelanja untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan tertentu, kita perlu bayar cukai kepada kerajaan. Jujurnya, saya tak berapa suka dengan GST ni. Tapi apa sangatlah yang saya boleh buat? Suka atau tidak, kena hadap.
Jadi, salah satu cara untuk saya bersiap sedia dengan cabaran hidup yang mendatang ialah dengan menambahkan lebih banyak sumber pendapatan. Ok kali ni saya nak kongsikan pendapatan yang saya terima daripada program affiliate Klikjer.
Sebenarnya ada banyak program affiliate yang kita boleh sertai. Sama ada program affiliate persendirian ataupun program affiliate network. Affiliate network ni contohnya adalah seperti program affiliate Ashadee, klikjer, Aztetic dan sebegainya. Disebabkan terlalu banyak program affiliate yang memang boleh buat duit, kadang-kadang sampai tak terbuat.