Komisen Affiliate Jobdirumah June 2016

by sabree hussin on June 11, 2016

in Komisyen Affiliate

Masa waktu saya mula-mula terjumpa iklan tentang Jobdirumah, saya tak terus join. Saya ambik masa yang secukupnya, untuk mengkaji, membuat bacaan tambahan dan fahamkan betul-betul apa benda sebenarnya yang ditawarkan oleh pihak Jobdirumah.  Idea untuk dapat untuk dapat komisen dari jobdirumah juga tak pernah terlintas di fikiran saya.

bekerja_dari_rumah

 

Sudah tentu pada waktu tu, saya sendiri tak tau sama ada saya akan berjaya buat duit ataupun tidak. Saya memang dah biasa sangat dengar, kat luar negara sana tu, ada banyak individu yang beralih kepada sistem bekerja dari rumah untuk cari pendapatan. Bukan golongan yang dah bersara sahaja yang memilih untuk bekerja dari rumah, malahan golongan muda juga memilih untuk bekerja sendiri hanya dari rumah.

 

Lazimnya, individu yang bekerja dari rumah ini adalah mereka-mereka yang memiliki kemahiran tertentu. Contohnya kemahiran dalam bidang programming, design, copywriting, transcribing, translation dan sebagainya. Ya, bukan semua bidang pekerjaan sesuai untuk dilakukan dari rumah.

 

Secara peribadi, saya tak pandai dalam kerja-kerja programming. Saya akan ambil masa yang sangat lama untuk faham, bagaimana nak edit kod-kod HTML untuk laman-laman blog yang saya miliki. Kalau dari segi design pulak, saya rasa skil saya sangat teruk! Saya memang tak pandai nak buat sebarang kerja-kerja design.

 

Tapi ada satu skil yang saya rasa saya boleh buat, dan In Shaa Allah jika saya berlatih dan terus berlatih, ia pasti akan memberikan pulangan yang berharga buat saya. Skil tersebut ialah skil copywriting! Maka setelah saya buat keputusan untuk mahirkan skil copywriting, saya pun mula membeli segala panduan yang dapat saya temui di internet tentang copywriting. Saya download semua ebook percuma yang saya boleh temui dan yang paling penting, saya terus cuba praktikkan.

 

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kesungguhan untuk dalami ilmu copywriting inilah, yang telah banyak membantu saya untuk dapat hasilkan banyak komisen affiliate dan salah satunya ialah komisen dari jobdirumah. Ini bayaran komisen jobdirumah yang saya perolehi bagi bulan June 2016.

komisen-jobdirumah-june2016

 

Kalau dulu saya tahu, yang dari program jobdirumah ni, saya boleh dapat duit setiap bulan, pasti saya dah join dari awal-awal lagi. Tapi itu la… saya tak tau. Tak ada siapa yang pernah bagitahu kat saya. Tak ada siapa yang pernah ajar saya macam mana nak buat duit dengan program ini.

 

Hinggalah saya sendiri join sebagai ahli jobdirumah.

 

Bermula dari saat itu, saya mula nampak jalannya. Oh! Ada dua cara macam mana nak buat duit dengan Jobdirumah ni rupanya.

(1) Buat duit dengan memohon pekerjaan dari laman web direktori pekerjaan, atau

(2) Buat duit dengan program affiliate

 

Saya dah cuba kedua-dua cara. Untuk diri saya sendiri, saya dapati saya lebih sesuai untuk buat duit dengan cara yang kedua, iaitu menerusi program affiliate. Bayaran yang saya terima ini juga adalah bayaran daripada program affiliate Jobdirumah.

 

The good news is, anda juga boleh buat duit dari program ini jika anda mahu. Pertama, jika anda mahu belajar macam mana caranya nak buat duit dengan mempromosikan produk yang menawarkan program affiliate. Kedua, jika anda mempunyai keberanian untuk BERSAING dengan orang-orang lama yang memang cukup rakus mengejar sales untuk mempromosikan produk ini.

 

Bagi saya, jika ia dah memang rezeki kita, In Shaa Allah kita akan tetap dapat. Tak kiralah walau segarang mana, sehebat mana persaingannya.

 

Dalam apa bidang sekalipun, pasti akan ada persaingan. Kita rasakan kitalah jurutera yang hebat, tapi sebenarnya ada lagi jurutera yang lebih hebat dari kita yang mempunyai pencapaian yang lebih hebat berbanding kita.

 

Terima hakikat, dan sentiasa belajar untuk meningkatkan kemahiran diri. Itu lebih bermakna daripada asyik menyalahkan takdir dan asyik menyesal dengan kesilapan-kesilapan di masa lalu.

 

Baiklah. Siapa yang join Jobdirumah ni, kesudahannya akan ada dua sahaja. Sama ada anda

(1) Akan berjaya buat duit, atau

(2) Langsung tak berjaya buat duit walau sesen pun

 

Itu lumrah. Saya kenal ramai orang yang berjaya buat duit dengan Jobdirumah. Pada masa yang sama, saya juga kenal ramai orang yang tak berjaya buat duit dengan program ini. Apa yang membezakan antara yang berjaya buat duit dengan yang tak berjaya buat duit ni?

 

Ini dia

TINDAKAN!

 

Mereka yang tak berjaya buat duit tu, sama ada tak habis study panduan jobdirumah, tak pernah bukak dan baca panduan ataupun tak pernah take action untuk memohon pekerjaan di laman web direktori kerja. Selagi anda mempunyai tabiat yang kurang bermanfaat seperti ini, memang agak sukar untuk anda dapat job seterusnya dapat buat duit.

 

Take action.

 

Betapa pentingnya untuk anda ambil tindakan. Saya tak pernah tahu pun yang saya akan berjaya buat duit dengan program ini setiap bulan. Apa yang lebih buatkan saya rasa teruja ialah apabila saya dapati komisen yang saya terima dari program ini menunjukkan peningkatan hampir setiap bulan.

 

Tak percaya? Anda boleh lihat berapa komisen jobdirumah yang saya terima pada bulan lepas.

Klik untuk baca: Komisen Affiliate Jobdirumah May 2016

 

Peningkatan sebanyak RM50. Duit juga, dan siapa nak bagi, kan?

 

Nasihat saya (itu pun kalau anda nak dengar) selaku orang yang memang berpengalaman terima bayaran dari program ini… Join Jobdirumah jika anda benar-benar serius nak buat duit. Kalau setakat nak cuba-cuba, nak tengok-tengok… saya rasa lebih baik anda laburkan RM50 anda tu untuk benda lain. Saya tak nak anda rasa rugi atau rasa menyesal sebab join.

 

Tetapi kalau anda memang serius nak berjaya, sanggup belajar, sanggup ambik risiko, berani gagal untuk raih kejayaan di masa akan datang, jobdirumah adalah salah satu platform yang terbaik untuk anda cuba!

 

Tak tau macam mana nak join? Klik sini untuk join dan saya doakan semoga anda juga berjaya!

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: