UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Komisen Affiliate BukuOnline2U Oktober 2016

October 5, 2016 by sabree hussin 10 Comments

Saya mendaftar sebagai ejen bagi program affiliate BukuOnline2U adalah pada bulan Januari 2014. Selepas saya mendaftar dan akaun affiliate saya diaktifkan, saya tak terus lakukan kerja-kerja promosi. Saya menunggu dan terus menunggu. Jangan tanya apa yang saya tunggu, sebab saya sendiri tak tau.

 

Mungkin saya menunggu ilham dan inspirasi yang tak kunjung tiba. Tunggu punya tunggu, akhirnya masa berlalu begitu sahaja.

laman_web_bukuonline2u

Sedar-sedar, sekarang ni saya dah pun berada di bulan Oktober 2016. Saya dikejutkan dengan notifikasi menerusi emel yang saya terima dari Maybank2U yang memaklumkan saya menerima sejumlah bayaran daripada pengendali program affiliate BukuOnline2U.

 

Saya terkejut.

 

Bila masa pulak saya ada buat marketing ni? Lalu saya teringat… oh memang saya pernah tulis beberapa artikel yang saya kaitkan dengan program affiliate BukuOnline2U ni. Alhamdulillah, daripada artikel-artikel tersebut, ada yang convert menjadi sales lalu memberikan saya komisen.

 

Saya rasa komisen dari BukuOnline2U ni sangatlah UNIK, sebabnya ia adalah komisen PALING RENDAH dalam sejarah pembabitan saya menyertai program affiliate. Ini dia bayaran yang saya terima.

komisen-bukuonline2u

Jumlah bayaran yang saya terima adalah sebanyak RM0.67. Bukannya RM67 sebaliknya 67 sen sahaja.

 

Saya bagitahu pasal komisen ni kat isteri saya. Soalan pertama yang dia tanya kat saya, “Eh boleh ye transfer sen-sen pakai Maybank2U?”  

 

Sebenarnya persoalan yang sama yang turut bermain dalam fikiran saya. Sebelum ni, saya pernah cuba transfer sejumlah wang, (kurang dari RM1), tapi kena reject dengan sistem M2U. Mungkin sekarang ni dah boleh kot. Agaknya la.

 

Komisen affiliate 10% per jualan

Untuk makluman pembaca sekalian, komisen yang ditawarkan menerusi program affiliate ini adalah sebanyak 10% daripada harga jualan sesuatu produk.

 

Memandangkan komisen yang saya perolehi ini adalah sebanyak 67 sen, jadi saya percaya, saya telah berjaya menjual sesebuah produk yang berharga RM6.70 di laman web ini.

 

Tiada sebarang bayaran atau yuran dikenakan untuk menyertai program affiliate ini. Ianya amat sesuai untuk disertai oleh semua orang yang ingin menjana pendapatan tambahan.

 

Apa yang penting sekali ialah, program affiliate ini TERBUKTI membayar para ejennya. Jadi, usaha yang dilakukan bagi mempromosikan program ini tidaklah sia-sia. Anda juga boleh mempromosikan produk-produk yang dijual di laman web BukuOnline2U dengan penuh yakin tanpa ada rasa bimbang yang anda tak akan dibayar.

 

Ini salah satu sebab kenapa saya kongsikan bukti-bukti bayaran yang pernah saya terima. Saya dah syorkan kepada para pembaca untuk menyertai program-program affiliate tertentu, maka saya rasa bertanggungjawab untuk buktikan juga bahawa program-program yang saya kongsikan memang terbukti membayar para pesertanya.

 

Terdapat beratus-ratus judul buku yang dijual di laman web BukuOnline2U. In Shaa Allah, jika anda sertai program affiliate ini, anda juga ada peluang untuk buat duit menerusi program ini.

 

Sekiranya anda tak berapa tahu, bagaimana caranya nak sertai program affiliate ini, anda boleh baca artikel yang pernah saya siarkan dalam blog ini sebelum ini.

Klik untuk baca: Program Affiliate BukuOnline2U.com: Tambahkan pendapatan dengan buku!

 

Selamat mencuba dan semoga anda juga akan berjaya buat duit menerusi program affiliate ini.

 

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Komisen Affiliate Lazada May 2016
  2. Komisen Affiliate Lazada Julai 2016
  3. Komisen Affiliate Jobdirumah June 2016
  4. Komisen Affiliate Lazada April 2016

Filed Under: Komisyen Affiliate Tagged With: buat duit dengan bukuonline2u, bukti pendapatan bukuonline2u, bukuonline2u, program affiliate bukuonline2u

Comments

  1. anuar says

    October 5, 2016 at 6:00 pm

    Saya dah pun mendaftar affiliate buku online2u pada 2 bulan lepas.. tapi tak pernah pun lagi kongsi.link affiliate..

    Reply
  2. at-tarmizi says

    October 5, 2016 at 8:38 pm

    67 sen duit juga tu…bayau bil kalau tak cukup sen memang tak boleh =)

    Reply
  3. Hairul HIssam says

    October 5, 2016 at 9:48 pm

    tak pernah lagi seumur hidup saya try transfer sen2. oh boleh rupanya…
    bagus juga affiliate nie sbb tiada minimum pay out…

    Reply
  4. rujukan says

    October 6, 2016 at 11:17 am

    saya pun pelik gak leh yer transfer sen sen ni, hehhee

    Reply
  5. Junaidy Jaimi says

    October 9, 2016 at 10:57 am

    Firts time jugak ni tengok komisen sen-sen pun diorang bayar terus..selalunya ada jumlah minimum untuk pembayaran..

    Reply
  6. Hero Borneo says

    October 10, 2016 at 10:28 am

    Bayangkan kalau terima 0.67 sen setiap hari atau jam.. Boleh kaya juga tu.

    Reply
  7. titan says

    October 15, 2016 at 12:49 am

    hoho..

    duit juga tu walaupun sen-sen aje.

    Reply
  8. cik tom says

    October 27, 2016 at 11:12 am

    ciktom pun dulu pernah register bukuonline2u tapi dashboard affiliate dia pening..last2 ciktom tak promote pun..so xpernah dpt lg komisen..tak sangka dia transfer komisen sen camtu jgk ek..okay lg..

    Reply
  9. Lokmanamirul says

    April 28, 2017 at 1:43 pm

    Mcm menarik juga affiliate…ada baca komisen 10% ja amat berbeza skali dgn komisen klikjer 70%…tpi apa2 pun tu duit.

    Reply
    • sabree hussin says

      April 28, 2017 at 2:40 pm

      Erm sebab bukuonline2u ni jual barangan fizikal. Margin untung tak sebesar produk digital. Jadi memang patutlah komisen dia pun hanya 10%

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu
  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in