Tema sambutan hari kebangsaan bagi tahun 2016 adalah sama seperti tahun yang lalu. Kalau ada yang tak ingat, apa dia tema hari kebangsaan tahun lepas, ianya adalah
“Sehati, Sejiwa”
Dalam konteks “Sehati, Sejiwa” ini mencerminkan bahawa perlunya kita sebagai rakyat Malaysia untuk sentiasa bersatu hati dalam segenap aspek, terutama sekali dalam mengekalkan keamanan, mempertahankan kemerdekaan yang kita perolehi dan sentiasa bersyukur atas nikmat kemakmuran yang kita kecapi.
Itu part yang best. Part yang tak berapa best ialah, sampai ke hari ini, kita masih lagi sehati sejiwa TERPAKSA membayar cukai barangan dan perkhidmatan. Kita masih lagi dibayangi oleh kenyataan-kenyataan yang jika tidak menyakitkan hati, kita terasa ianya sangat kurang cerdik yang keluar dari mulut menteri, serta kita masih sehati sejiwa perlu menerima pemimpin yang penuh kontroversi sebagai pemimpin utama kita.
Ok dah… Harap-harap semua ini akan berubah. Semoga lepas ni akan ada perubahan, daripada yang tak baik kepada yang lebih baik. Kita tunggu dan lihat. Bila masuk part politik ni, tak ada siapa yang tahu mana satu yang betul mana satu yang salah. Yang betul boleh nampak salah, dan yang salah boleh nampak macam baik betul dia tu.
Alright. Sempena bulan kemerdekaan ini, saya nak war-warkan satu promosi yang sedang dijalankan oleh pihak Lazada Malaysia yang dikenali sebagai Unity Sale.
Promosi Unity Sale ini akan bermula dari 25hb hingga 31 Ogos 2016. Kebetulan, ini adalah tarikh orang kita dapat gaji. Jadi, sepatutnya tak ada masalah untuk shopping sempena Unity Sales ni.
Sambutan hari kebangsaan atau sambutan hari kemerdekaan ini bukannya sama seperti kita sambut hari perayaan Hari Raya, Tahun Baru Cina, Krismas atau Deepavali. Kalau dalam musim-musim perayaan yang saya sebutkan tu, biasanya kita memang akan berbelanja besar untuk menyambut perayaan tersebut.
Berbeza dengan sambutan hari kebangsaan. Kalau kita nak beli sesuatu pun, mungkin kita akan beli jalur gemilang untuk kita kibarkan dirumah-rumah. Itupun kosnya baru berapa ringgit sangat. Jadi bolehlah kalau nak shopping sempena kempen Unity Sale ini.
Diskaun yang ditawarkan adalah sehingga 83%. Walaubagaimanapun, ada juga barangan tertentu yang dijual dengan harga diskaun sehingga 90%. Kena pandai cari.
Kalau tahun yang sudah, Lazada pun ada tawarkan kempen Unity Sale ni juga. Selepas habis tempoh promosi tu, akan disambung pulak dengan kempen baru yang diberi nama Merdeka Madness. Tahun ni? Tak tau la sama ada format yang sama yang akan digunakan ataupun Unity Sale kali ini berbeza sama sekali.
Klik untuk baca: Barangan yang sebelum ini mahal dijual dengan harga MURAH sempena unity Sale
Apa yang menarik sempena kempen Unity Sale ini? Tengok gambar dibawah.
Ada beberapa kategori yang diperkenalkan. Setiap kategori ini memang sinonim dengan orang-orang Malaysia. Ya, kita suka makan-makan, kita suka layan sukan terutama sekali sukan badminton dan bola, kita suka shopping barang yang dijual dengan harga diskaun, kita suka jalan-jalan, kita suka makan angin, dan tak ketinggalan juga, orang kita suka muzik!
Setiap kategori ni, ada produknya yang tersendiri. Anda pergi sahaja ke kempen Unity Sale ini dan lihat sendiri.
Apa produk yang menarik pada pandangan saya? Saya rasa semua produk yang dijual di laman web Lazada ni semuanya menarik. Tapi dalam banyak-banyak tu, saya tertarik dengan produk ni.
Read Pen Al Falah Digital Alquran
Dua tiga hari kebelakangan ini, saya kerap lihat iklan ni. Baru-baru ni saya tengok dekat go shop pun ada diiklankan produk al-quran digital macam ni. Harganya ialah lebih kurang RM270 – RM290 lebih kurang macam tu. Maaf, saya pun tak berapa ingat.
Sempena Unity Sale ni, saya lihat produk ini ada dijual. Berita baiknya ialah, harganya lebih murah!
Ia dijual dengan harga RM160 sahaja. Memang banyak boleh jimat sempena kempen promosi Unity Sale ni. Anda boleh lihat sendiri di laman web Lazada dan mungkin anda akan terjumpa produk yang anda cari-cari selama ni dijual dengan harga diskaun juga.
Baiklah, anda boleh klik sini untuk ke laman web Lazada. Ingat! Kempen ini hanya untuk 7 hari sahaja. Lepas ni harga akan kembali kepada harga biasa tau.
Selamat menyambut hari Kebangsaan, dan selamat bershopping!
Anuar says
Kempen promosi yang menarik….. 😉
mrhanafi says
satu perkara yang tak best tentang SALES ialah mengalir keluar duit tunai dari poket seluar
sabree hussin says
Biasalah tu. Jadi belilah barangan yang memang kita benar-benar perlu. By the way, lebih baik beli semasa ada promosi dan kempen diskaun macam ni. Boleh jimat banyak 😀
mrhanafi says
beli kerana betul betul keperluan tuan…bahkan cari duit banyak juga kerana keperluan mendesak..
banyak duit memberi nikmat kesyukuran dalam kehidupan ini
titan says
kat lazada takde jual bendera ker?
seri nian says
sehati sejiwa…mendalam maksudnya…cuma nampak kurang promosi la slogan ni. rasa dulu merdeka seronok je