Tema sambutan hari kebangsaan bagi tahun 2016 adalah sama seperti tahun yang lalu. Kalau ada yang tak ingat, apa dia tema hari kebangsaan tahun lepas, ianya adalah
“Sehati, Sejiwa”
Dalam konteks “Sehati, Sejiwa” ini mencerminkan bahawa perlunya kita sebagai rakyat Malaysia untuk sentiasa bersatu hati dalam segenap aspek, terutama sekali dalam mengekalkan keamanan, mempertahankan kemerdekaan yang kita perolehi dan sentiasa bersyukur atas nikmat kemakmuran yang kita kecapi.
Itu part yang best. Part yang tak berapa best ialah, sampai ke hari ini, kita masih lagi sehati sejiwa TERPAKSA membayar cukai barangan dan perkhidmatan. Kita masih lagi dibayangi oleh kenyataan-kenyataan yang jika tidak menyakitkan hati, kita terasa ianya sangat kurang cerdik yang keluar dari mulut menteri, serta kita masih sehati sejiwa perlu menerima pemimpin yang penuh kontroversi sebagai pemimpin utama kita.
Ok dah… Harap-harap semua ini akan berubah. Semoga lepas ni akan ada perubahan, daripada yang tak baik kepada yang lebih baik. Kita tunggu dan lihat. Bila masuk part politik ni, tak ada siapa yang tahu mana satu yang betul mana satu yang salah. Yang betul boleh nampak salah, dan yang salah boleh nampak macam baik betul dia tu.
Alright. Sempena bulan kemerdekaan ini, saya nak war-warkan satu promosi yang sedang dijalankan oleh pihak Lazada Malaysia yang dikenali sebagai Unity Sale.
Promosi Unity Sale ini akan bermula dari 25hb hingga 31 Ogos 2016. Kebetulan, ini adalah tarikh orang kita dapat gaji. Jadi, sepatutnya tak ada masalah untuk shopping sempena Unity Sales ni.