Setelah beberapa kali mengikuti program-program amal dan kebajikan yang dianjurkan oleh kelab Generasi Warisan Prihatin, akhirnya saya terpilih untuk menjadi salah seorang admin kelab tersebut.
Aktiviti rasmi kelab ini adalah lebih menjurus ke arah program amal dan berbentuk kebajikan.
Sebenarnya kelab ini juga masih lagi boleh dikira agak baru. Kami benar-benar mula aktif sewaktu bersama dengan Persatuan Rakan Maya VF. Pertama kali kami jalankan aktiviti amal pula adalah di Rumah Amal Siraman Kasih.
Memandangkan kepakaran saya adalah pemasaran secara online, maka peranan saya dalam kelab ini juga adalah bagi memastikan nama kelab ini dikenali ramai dan mendapat publisiti dari kelompok sasaran yang sepatutnya.
(Foto: Bersama sebahagian daripada Tim Generasi Warisan Prihatin)
Sebenarnya kelab ini tidak mempunyai dana sendiri.
Ini bermakna, dalam setiap program yang kami jalankan, kami menggunakan duit sendiri. Alahai… berapa ringgit sangatlah yang dapat kami kumpulkan kalau cuma kumpul duit sesama ahli kelab semata-mata…
Anda semua pun boleh lihat, bilangan ahli kami tidaklah seramai mana.
Alhamdulilah, lazimnya, dalam mana-mana aktiviti yang dijalankan, pasti ada NGO, orang perseorangan dan juga syarikat swasta yang berminat untuk jadi penaja.
Sebagai contoh, program yang baru berlangsung baru-baru ini, pada 27 – 28 sept 2014.
Program Sentuhan Mesra Bersama Asnaf, Rumah Amal Asnaf Al Barakh, Olak Lempit, Banting. Untuk aktiviti mengecat bangunan, ia ditaja oleh syarikat KHN Trading & Construction Resources Sdn Bhd.
Ok tadi saya ada sebut tentang kelompok sasaran.
Apa yang saya cuba sampaikan ialah, saya ingin menyeru individu, orang perseorangan dan sebagainya yang berhajat untuk menderma, menyampaikan sumbangan, membuat kerja-kerja kebajikan dan sebagainya tetapi tak tahu nak salurkan ke mana, agar berhubung dengan kami.
Terpulang pada anda, apa yang anda ingin sumbangkan. Sama ada wang ringgit ataupun peralatan dan keperluan tertentu.
Setiap program yang kami anjurkan, lazimnya bentuk sumbangan yang akan kami akan sumbangkan juga berbeza.
Biasanya, sebelum kita nak buat sebarang program di mana-mana rumah amal, atau rumah anak-anak yatim, kita akan interview dulu pengurus dan juga penghuni rumah tersebut.
Kita akan tanya terlebih dahulu, apa sebenarnya yang diperlukan oleh penghuni rumah ni?
Adakah pakaian? Barangan dapur? Keperluan memasak? Perkakasan elektrik? Atau lain-lain
Dalam situasi Rumah Amal Asnaf Al Barakh, Olak Lempit mereka lebih memerlukan perabot baru seperti katil, dan almari. Perkakasan elektrik seperti lampu dan kipas serta cat untuk menceriakan asrama kediaman mereka.
Jadi, itulah yang kami beri!
Kami JARANG/ TIDAK membuat sumbangan wang tunai
Sumbangan yang kami hantarkan kepada mana-mana rumah amal, lebih kepada berbentuk barangan.
Senang cerita, bila kita dah tau apa sebenarnya yang diperlukan, maka barang itulah yang kita akan usahakan.
Pada kami, lebih mudah kalau buat begitu berbanding kita sumbangkan wang tunai kepada rumah amal atau rumah anak-anak yatim ni. Kita pun sedia maklum, kalau duit cash ni, nanti lain cerita dia.
Elok-elok nak beli barang A, alih-alih bila dah dapat cash, jadi beli barang lain pulak.
So, bila kita sumbangkan dalam bentuk barang, ia lebih menepati kehendak asal pengurus dan penghuni. Lagi satu, In Shaa Allah, selagi mana barangan itu digunakan (untuk tujuan baik), para penyumbang akan terus dapat balasan pahala yang berterusan. Wallahua’lam
Laman web Kelab Generasi Warisan Prihatin ini juga masih baru lagi. Masih banyak lagi kandungan yang belum dimasukkan. Dari masa ke masa, akan kita kemaskini.
Sekali lagi saya nak tarik perhatian anda, jika ada antara anda yang dilimpahi rezeki yang berlebih-lebih dan melimpah ruah, yang berhajat untuk jadi penyumbang kepada kerja-kerja kebajikan yang kelab kami anjurkan, anda boleh berhubung dengan saya ataupun boleh terus berhubung dengan Yang Di Pertua kelab tersebut.
Dari segi sumbangan kita boleh bincangkan.
1. Anda mungkin mahukan resit untuk tujuan urusan dengan LHDN? Kita boleh dapatkan dan ianya memang SAH dan LAKU. Resit dikeluarkan oleh rumah amal atau rumah kebajikan.
2. Anda ingin nama anda atau perniagaan anda di war-warkan secara rasmi di blog ini atau di laman web Generasi Warisan Prihatin itu sendiri? No problem. Benda tu kita boleh atur.
3. Anda ingin jadi penyumbang tanpa nama. Ya. Kami akan jaga privasi anda.
4. Anda ada permintaan lain? Boleh. Itu semua kita boleh atur.
5. Anda nak turut serta semasa program amal dijalankan? Ini lagi saaaangat digalakkan.
Kebanyakkan program yang kami anjurkan, kami akan lebih mendekati golongan miskin dan yang kurang berkemampuan.
Sedikit sebanyak, ia dapat mendidik hati-hati kita semua supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat yang kita miliki, dan sentiasa ingin berkongsi dengan orang lain yang tak berkemampuan.
Ok… kalau anda minat nak join aktiviti kelab kami ini pun amat dialu-alukan. Lebih-lebih lagi kalau anda memang tinggal di Selangor.
Buat masa ini, kebanyakkan aktiviti yang kelab ini anjurkan juga kebanyakkannya adalah disekitar Selangor. Kalau minat nak join aktiviti kelab, just let me know!
Dari segi gaji, upah, benefit dan sebagainya… benda-benda tu semua memang tak ada. Kita buat aktiviti macam ni bukannya untuk dapatkan kesenangan duniawi. Biarlah kita serahkan kepada Allah untuk menilai keikhlasan kerja-kerja kita, kerana Dialah sebaik-baiknya dalam memberi balasan.
Terima kasih saya ucapkan kerana anda sudi baca catatan ini. Ada rezeki, kita jumpa dalam next activity.
Hero Borneo says
bagus sangatlah aktiviti seperti ini..mengujakan kerana kerja amal besar ganjaranya
sabree hussin says
Kalau Hero Borneo ada masa jemputlah join aktiviti kami
titan says
hari tu aku tak dapat nak join.
hujung tahun nanti..kalau ada aktiviti..habaq la awal-awal.
sabree hussin says
Aku ingat nak follow up hari tu, tapi memandangkan UPSR banyak nak kena ulang exam, takut hang bizi je
Noriza Rahman says
Aktiviti macama ni mendekatkan diri kita dengan golongan istimewa macam golongan ni.Tahniah!
sabree hussin says
Dalam masa terdekat nanti, (awal bulan December 2014) kita ada buat aktiviti. Jemput join 🙂