Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

“Masih Ada Yang Prihatin” – Program Kelab Generasi Warisan Prihatin di Sg Besar

October 31, 2014 by sabree hussin 36 Comments

In Shaa Allah pada awal bulan Disember 2014 akan datang, kelab Generasi Warisan Prihatin sekali lagi akan mengadakan satu lagi aktiviti besar.

Kali ini kami akan menziarahi penduduk kampung, dan lokasi yang terpilih ialah di Kg Sungai Hj Dorani, Sg Besar, Selangor.

Program kali ini akan berlangsung selama dua hari.

Cadangan tarikh ialah 06 dan 07 Disember 2014

… dan sepanjang program ini dijalankan, kami akan berkampung di Surau Tebuk Rashidin, Kg Sg Hj Dorani, Sungai Besar, Selangor.

Kalau nak tau, inilah gambar Surau Tebuk Rashidin.

surau_tebuk_rashidin

Ada ke pembaca dan pelawat blog saya yang berasal dari Sungai Besar?

Ringkasan Program Amal & Ziarah Penduduk Kampung – “Masih Ada Yang Prihatin…”

Program akan bermula pada hari Sabtu, 06 Disember 2014.

Pada hari tersebut akan diadakan majlis bacaan Yaasin dan tahlil bersama-sama penduduk kampung yang akan berlangsung di surau ini selepas Maghrib. In Shaa Allah, dalam majlis tersebut, para waris dipersilakan untuk memberi nama ahli keluarga yang telah meninggal dunia untuk dihadiahkan pahala dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Selepas selesai Majlis Tahlil dan bacaan Yaasin, akan diadakan jamuan ringan bersama penduduk kampung yang hadir.

Ahad, 07 Disember 2014

Kemuncak program adalah pada hari Ahad.

Pada hari ini, Tim Generasi Warisan Prihatin akan membawa 18 orang kanak-kanak untuk dibawa shopping kelengkapan sekolah di Pekan Sungai Besar. 18 orang kanak-kanak itu pun telah kami kenal pasti.

Mereka terdiri daripada anak yatim, dan orang susah. In Shaa Allah, tim kami akan bantu ringankan beban bagi menampung kos persekolahan yang bakal bermula bagi sesi 2015.

senarai_nama_anak_bersekolah

Kelengkapan sekolah termasuk uniform sekolah, tali pinggang, kasut, beg, alat tulis dan sebagainya.

Terima kasih buat En Kamaruzaman Abu Bakar, Ketua Kampung JKKKP kerana membantu mengenalpasti senarai pelajar yang layak untuk menerima sumbangan dalam program kali ini.

Selain bawa adik-adik ini untuk shopping kelengkapan sekolah, pada hari yang sama, akan diadakan juga sesi penyampaian sumbangan barangan dapur untuk 17 buah keluarga terpilih.

Pada waktu catatan ini saya buat, tim kami sedang giat mengumpul dana dan mengumpulkan barangan sumbangan untuk disampaikan semasa program dijalankan nanti.

In Shaa Allah pengalaman yang lalu akan kami manfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Baca: Program Jalinan Mesra, Rumah Amal Siraman Kasih

Jika anda berminat untuk menyampaikan sumbangan, amatlah dialu-alukan dan dipersilakan.

 

Ahad, 26 Oktober 2014, Kg Sungai Hj Dorani, Sg Besar, Selangorย 

Saya berkesempatan untuk mengikuti sesi ziarah yang pertama bersama-sama tim Generasi Warisan Prihatin yang lain.

Lawatan kali ini tujuannya adalah untuk berkenal-kenalan dengan keluarga yang terpilih. Ada sedikit sesi interview. Tujuannya lebih kepada untuk mengenali dan mendekati mereka.

Kita pun nak tahu, kalau-kalau ada keperluan lain yang boleh kami sediakan.

Perjalanan kami untuk ke rumah keluarga yang terpilih bagi menerima sumbangan sebahagiannya perlu melalui kawasan kebun kelapa sawit. Tak ada jalan bertar, tak ada lampu jalan. Yang ada hanyalah laluan sempit untuk ke tempat mereka.

kg sungai hj dorani

Hanya muat satu kereta.

Mungkin ada jalan lain yang lagi besar? Wallahua’lam

Saya pun tak tau. Lagipun ini kali pertama saya sampai ke kawasan ni. Selalunya, kalau area Sungai Besar, saya hanya lalu di kawasan jalan besar sahaja. Paling biasa pun saya hanya singgah minum di Pekan Sg Besar.

Inilah kali pertama saya berkesempatan untuk berkunjung ke rumah penduduk disini.

Dalam sesi kunjungan yang singkat ini, ada beberapa keluarga yang sempat kami ziarahi.

Antaranya:

1) Keluarga En Muhammad Fariz Bin Garisa

aktiviti_amal_generasi_warisan_prihatin

Latar belakang:

Keluarga En Fariz terpilih untuk menerima sumbangan kelengkapan sekolah dan juga barangan dapur.

En Fariz bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah berdekatan. Pendapat bulanan jika termasuk OT ialah kira-kira RM1,200

Jika kebetulan bulan tersebut tidak ada OT, (saya difahamkan sistem OT adalah mengikut giliran dengan pengawal keselamatan lain) maka bulan tersebut pendapatan yang diperoleh adalah sekitar RM550 sebulan.

Masa kami datang, En Fariz sedang bekerja, jadi kami hanya dapat menemuramah isteri beliau sahaja. Isteri beliau adalah suri rumah sepenuh masa dan menjaga 5 orang anak. 3 daripadanya masih bersekolah, lagi dua orang baru berusia 4 tahun dan 6 bulan.

Kini menetap dirumah PPRT.

 

 

2) Puan Fatimah Binti Mat Noh

 

Latar belakang:

Puan Fatimah Binti Mat Noh berusia 70 tahun. Sekarang ni dah tidak mampu berjalan dan hanya mengesot untuk bergerak ke sana sini. Beliau juga ada masalah pendengaran.

Tinggal di rumah PPRTseorang diri.

Kami difahamkan makan dan minum adalah daripada ihsan jiran-jiran yang juga warga emas.

In Shaa Allah, untuk Puan Fatimah kita akan usahakan untuk dapatkan sumbangan barangan dapur dan makanan.

 

3) Keluarga En Ramli Bin Man

 

Latar belakang:

En. Ramli Bin Man berusia 74 tahun, bekerja sebagai nelayan dengan purata pendapatan sebanyak RM800.00 sebulan.

Walaubagaimanapun, pendapatan sebagai seorang nelayan tak tetap. Ada masa dapat lebih, ada masa dapat kurang. Bergantung juga pada keadaan cuaca dan pasang surut air laut.

Setiap bulan menerima bantuan sara hidup nelayan sebanyak RM200.00,ย duduk di rumah PPRT, isteri telah uzur dan hanya mampu berbaring sekiranya tidak menggunakan kerusi roda, memerlukan pampers dewasa saiz L.

Foto diatas adalah foto En Ramli dan isteri.

 

4) Ustaz Mufrad Bin Kasan

 

Latar belakang:

Ustaz Mufrad Bin Kasan berusia 69 tahun, sebelum ini berkhidmat sebagai guru agama.

Selepas diserang penyakit strok, kini Ustaz Mufrad hanya mampu terbaring sahaja.

Buat masa ini, beliau menerima bantuan dari pusat zakat sebanyak RM200.00 sebulan walaubagaimanapun adakalanya bantuan tidak diterima.

Sekarang ni, hanya meminum susu khas yang perlu dibeli dengan harga yang agak mahal iaitu lebih kurang RM65.00 setin. Satu tin susu boleh bertahan tidak sampai seminggu dan jika berjimat cermat, boleh tahan hingga 10 hari sahaja.

Ini dia gambar susu yang diperlukan:

Generasi_Warisan_Prihatin_Susu_enercal

Memerlukan pampers dewasa saiz M, rumah yang diduduki ihsan dari penduduk setempat.

Punca pendapatan keluarga adalah dari hasil jualan โ€œpopcornโ€ secara kecil-kecil yang diusahakan oleh anaknya dari rumah. Pendapatan kasar adalah sekitar RM500.00 sebulan.

 

5) En. Mohammed Bahrom Bin Jamaludin

 

Latar belakang:

En. Mohammed Bahrom Bin Jamaludin (berbaju putih) berusia 76 tahun, tinggal bersama isteri dan bapa mertua yang berusia 90++ tahun

Beliau mendapat pencen JPS sebanyak RM800.00 sebulan, mendiami rumah yang agak uzur dan bertampal di sana sini.

Keadaan En. Bahrom juga uzur sekarang ni, dan perlu bergantung pada pengambilan ubat khas. Jika tak ambil ubat, akan ada masalah buang air, dan mungkin perlu menggunakan tiub khas yang disambungkan di pundi kencing untuk buang air kecil.

Ini adalah ubat yang diperlukan:

Generasi_Warisan_Prihatin_Ubat_masalah_kencing

Harga ubat ini agak mahal.

Sepapan mengandungi 10 biji dan dijual dengan harga RM21.00

Ubat ini perlu diambil setiap hari, bagi mengelakkan berlakunya masalah buang air kecil.

keluarga_en_bahrom

 

6) Puan Jinat Binti Mohamed

Kedatangan kami di rumah Puan Jinat disambut sendiri oleh beliau, dan waktu tu beliau hanya mengensot.

Generasi_Warisan_Prihatin_Jinat

Latar belakang:

Puan Jinat Binti Mohamed berusia 55 tahun, OKU sejak lahir, hanya mengesot untuk bergerak ke sana sini, menerima bantuan JKM sebanyak RM300.00 dan bantuan pusat zakat sebanyak RM250.00 setiap bulan.

Memerlukan ubat khas untuk lutut (seperti yang disarankan oleh doktor) namun disebabkan kos ubat yang agak mahal, tidak mampu beli.

Selain itu, Puan Jinat juga memerlukan tongkat khas (custom made) untuk membantu beliau bergerak ke sana ke mari dan tak perlu mengensot. Tongkat sedia ada dah agak usang dan dikhuatiri akan patah semasa guna.

tongkat_puan_jinat

Pernah dapat bantuan kaki palsu, namun tak sesuai dengan keadaan fizikal beliau membuatkan beliau memilih untuk mengensot.

 

Dalam tempoh masa yang agak terbatas, hanya ini sahaja keluarga yang sempat kami ziarahi.

Cerita yang saya kongsikan ini bukanlah bertujuan untuk mendedahkan aib sesiapa. Malahan langsung tidak bermaksud untuk menjatuhkan air muka mana-mana pihak.

Mereka inilah antara insan terpilih untuk kami raikan dalam program yang bakal kami jalankan pada 06 dan 07 Disember 2014 nanti.

Mereka (para penerima) tidak pernah meminta apatah lagi merayu untuk diberi sumbangan. Apatah lagi memohon ihsan daripada mana-mana pihak untuk memberi sumbangan kepada mereka.

Dengan membawa nama program kami, “Masih ada yang prihatin…” dengan izin Allah, mereka terpilih sebagai salah seorang penerima sumbangan.

Sekiranya anda menerima mesej ini, dan ada rezeki untuk mereka daripada rezeki yang anda perolehi, lapangkanlah dada untuk berkongsi dengan mereka.

Anda boleh terus berhubung dengan saya sekiranya anda tergerak hati untuk menyumbang bagi menjayakan program ini. Sumbangan anda akan disalurkan untuk membeli kelengkapan sekolah, dan juga untuk membeli barangan dapur untuk diserahkan kepada penerima.

Saya boleh dihubungi sama ada menerusi

1. Call/SMS/Whatsapp di talian 017 254 3031

2. Emel sabreehussin@gmail.com

3. Facebook saya Sabree Hussin

Sumbangan boleh disalurkan sama ada dalam bentuk wang ringgit ataupun barangan.

Jika nak sumbang barang, kami akan kumpulkan terlebih dahulu dan akan diagihkan pada hari kejadian.

Antara barangan sumbangan yang dah kami terima yang sempat saya ambil gambarnya, beras 10 kilo.

sumbangan_beras

Sekiranya anda berada berdekatan dengan Sg Besar, dan ingin turut serta dan menghantar sendiri sumbangan semasa program ini dijalankan, anda boleh juga berhubung dengan saya untuk maklumat lanjut dan confirmkan kehadiran.

Kehadiran anda amat dialu-alukan untuk memeriahkan lagi suasana.

 

Terima kasih saya ucapkan kerana anda sudi meluangkan masa untuk membaca catatan saya ini.

Saya doakan semoga para penyumbang bagi program kali ini dilapangkan rezeki seluas-luasnya! Amiin.

bergambar_bersama_tuan_hj_basri

Sebelum balik, kami singgah ke Tanjung Karang ditempat yang pernah kami jalankan program sebelum ini.

Baca: Program Jalinan Ukhwah Ramadhan, Kg Kunci Air Buang, Tanjung Karang

Kalau di Tanjung Karang, tema kami adalah sambutan Hari Raya Aidil Fitri, kali ini tema kami ialah Kembali Ke Sekolah.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Kelab Generasi Warisan Prihatin
  2. Generasi Warisan Prihatin: Program Sumbangan Amal Ramadhan 2015
  3. Program “Masih Ada yang Prihatin” – 24 Jam Terakhir Sebelum Program
  4. Program “Masih Ada Yang Prihatin” Suatu Sketsa dan Kisah Tentang Kehidupan

Filed Under: Generasi Warisan Prihatin Tagged With: generasi warisan prihatin, program amal

Comments

  1. blogger lelaki says

    October 31, 2014 at 9:32 pm

    jalan nak masuk pun dah sempit

    Reply
    • sabree hussin says

      November 1, 2014 at 1:19 pm

      Ada beberapa rumah yang jalan masuknya sempit ๐Ÿ™‚ tetapi bukan semua rumah macam ni jalan masuknya

      Reply
  2. zool says

    November 1, 2014 at 2:58 pm

    wah satu program yang baik..
    turun padang untuk membantu insan yang memerlukan.. harap sentiasa diteruskan

    Reply
    • sabree hussin says

      November 2, 2014 at 10:50 pm

      In Shaa Allah, buat masa sekarang ni, kita akan buat program macam ni dalam 3 bulan sekali. Jika ada rezeki, dan ada kekuatan, akan diteruskan

      Reply
  3. Norliza Osman says

    November 1, 2014 at 3:20 pm

    tahniah..program yang sangat mulia.

    Reply
    • sabree hussin says

      November 2, 2014 at 10:51 pm

      Terima kasih Norliza Osman ๐Ÿ˜€

      Reply
  4. myrujukan says

    November 1, 2014 at 10:33 pm

    bagus program program macam ni, kat tempat aku xda aktiviti macam ni, kalau ada teringin juga nak join, lagi lagi kita Malaysia ni agak kurang aktiviti bebas spt NGO ini, kalau dapat disuburkan memang bagus

    Reply
    • sabree hussin says

      November 2, 2014 at 11:24 pm

      Terima kasih bro ๐Ÿ˜€ Kalaub bro dapat kumpul team, mungkin bro boleh buat juga kat sana. Group kitorang pun sebanarnya tak besar. In Shaa Allah kita akan teruskan buat kerja-kerja macam ni

      Reply
  5. Suriya says

    November 2, 2014 at 7:31 am

    bagus effort macam ni, moga lagi banyak usaha tolong menolong dibuat

    Reply
    • sabree hussin says

      November 2, 2014 at 11:25 pm

      Terima kasih Suriya ๐Ÿ˜€

      Reply
  6. Hafiszan Kamarudin says

    November 2, 2014 at 12:08 pm

    beri bantuan semampu yang boleh, ramai lagi yang hidup susah

    Reply
  7. Noriza Rahman says

    November 3, 2014 at 3:35 pm

    Semoga program seperti ini mendapat rahmat dari Allah

    Reply
  8. aishah ahmad says

    November 4, 2014 at 4:35 pm

    Semoga sesiapa yg terlibat dgn program ni dapat pahala berlipat ganda dr ALLAH.bagus betul program kampung ni

    Reply
    • sabree hussin says

      November 4, 2014 at 5:59 pm

      Terima kasih Aishah Ahmad. Jom join sama. Kalau duduk dekat dengan Sg Besar ๐Ÿ™‚

      Reply
  9. onlajer says

    November 4, 2014 at 5:07 pm

    Taniah bro kerna menyertai program sebergini

    Reply
    • sabree hussin says

      November 4, 2014 at 5:58 pm

      Terima kasih bro, kalau ada kelapangan jemputlah turun sama

      Reply
  10. Fyda Noh says

    November 5, 2014 at 2:09 am

    Tahniah bro join program yang baik sebegini. Ramai sebenarnya orang Malaysia yang prihatin.

    Reply
    • sabree hussin says

      November 5, 2014 at 3:32 pm

      Yup memang ramai ๐Ÿ™‚ ada yang buat program macam ni sendiri-sendiri, ada yang menyokong dengan menyalurkan sumbangan

      Reply
  11. APK BARU says

    November 6, 2014 at 2:32 am

    patut didukung program macam ni

    Reply
    • sabree hussin says

      November 6, 2014 at 11:10 am

      Terima kasih

      Reply
  12. Anak Askar Pencen says

    November 6, 2014 at 10:39 am

    Bagus program-program macam ni, sekurang-kurangnya dapat juga meringankan beban.

    Reply
    • sabree hussin says

      November 6, 2014 at 11:12 am

      Itulah tujuan kami, nak bantu ringankan beban ๐Ÿ™‚

      Ada yang salah anggap, fikir kami nak basmi kemiskinan

      Reply
  13. Hafizul says

    November 6, 2014 at 2:59 pm

    Alhamdulillah..sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka…sedih sangat tengok keadaan mereka..alhamdulillah…saya masih dalam kalangan mereka yang bertuah..

    Reply
    • sabree hussin says

      November 7, 2014 at 12:09 pm

      Bila kita rasa kita ni susah, sebenarnya ada ramai lagi yang lebih susah berbanding kita… kena bercampur dengan masyarakat pelbagai lapisan. Kalau cuma bercampur dengan vvip, vip, orang kaya, tu yang tak nampak ada ramai orang susah di sekeliling kita

      Reply
  14. Rohaiza Yunus says

    November 9, 2014 at 3:44 am

    Tahniah..semoga awak.berjaya dunia dan akhirat

    Reply
    • sabree hussin says

      November 10, 2014 at 11:50 pm

      Terima kasih banyak ๐Ÿ˜€

      Reply
  15. encikarman says

    November 24, 2014 at 7:09 pm

    baik program yg tuan join nih, siapa tahu, lama kita pun kurang bernasib baik spt mereka di atas.

    Reply
  16. Alongxp says

    November 25, 2014 at 1:56 pm

    Cuma pernah lalu je kat sg.besar beberapa kali… hehehehe

    Reply
  17. ikhwan says

    November 29, 2014 at 2:09 pm

    dulu saya duduk sungai besar, taman berkat tapi sekarang dah pindah ke air

    Reply
    • sabree hussin says

      November 30, 2014 at 7:30 pm

      Saya kurang familiar dengan kawasan Sg Besar, Taman Berkat tu dekat dengan pekan ke? Dekat dengan kampung Sg Hj Dorani jugak ke?

      Reply
  18. Ummi Hanie says

    November 29, 2014 at 3:53 pm

    sangat bagus program mcm ni kerana generasi masa kini memang hampir sudah tidak ada sifat prihatin

    Reply
    • sabree hussin says

      November 30, 2014 at 8:31 pm

      Trima kasih cik puan Ummi Hanie ๐Ÿ˜€ Jika ada kesempatan jemput sertai program kami

      Reply
  19. Its maey says

    December 5, 2014 at 1:16 am

    Program-program sebegini perlu diperbanyakkan lagi.. masih ramai dikalangan rakyat msia yang kesempitan.. teringat masa buat thesis tajuk kemiskinan bandar dulu… sedih lihat masyarakat kita..

    Reply
    • sabree hussin says

      December 5, 2014 at 11:28 am

      Terima kasih tuan, In Shaa Allah ada rezeki dan umur yang panjang, tahun 2015 nanti akan ada lagi banyak program macam ni akan kami jalankan ๐Ÿ˜€

      Reply

Trackbacks

  1. Program "Masih Ada yang Prihatin" - 24 Jam Terakhir Sebelum Program says:
    December 5, 2014 at 4:43 pm

    […] Ini dia, Program Masih Ada Yang Prihatin – Program Kelab Generasi Warisan Prihatin di Sg Besar. […]

    Reply
  2. Program "Masih Ada Yang Prihatin" Suatu Sketsa dan Kisah Tentang Kehidupan says:
    December 13, 2014 at 5:45 pm

    […] Saya ada ceritakan serba sedikit tentang latar belakang program dalam artikel saya yang sebelum ini berjudul “Masih Ada yang Prihatin” – Program Kelab Generasi Warisan Prihatin. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Bina kerjaya dalam bidang jualan untuk jana pendapatan tanpa had!
  • Bagaimana Cara Dapatkan Pembaca Blog Yang Ramai
  • Adakah perniagaan berasaskan runcit menguntungkan?
  • 10 Laman Web Penting Untuk Anda Buat Duit Online
  • Cara TERBAIK menguruskan tempahan perniagaan homestay anda

Recent Comments

  • sabree hussin on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • nak cari mai putrajaya lahabau on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • sabree hussin on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • Fina on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • sabree hussin on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 ยท News Pro Theme on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in