Tahukah anda, bahawa aktiviti mencuci pinggan yang anda lakukan setiap hari sebenarnya boleh memberikan kesan dan impak yang kurang baik kepada anggota badan anda yang jika terus menerus dilakukan akan mengakibatkan kesan yang lebih buruk lagi?
Sebab tu sesetengah orang, dia akan gunakan sarung tangan ketika mencuci pinggan dan mangkuk. Kalau dia tak pakai sarung tangan atau sebarang pelindung, maka siap sedia untuk rasai natijahnya.
Kulit tangan akan mula menggelupas dan terasa seperti terbakar. Padahal kalau dilihat dari mata kasar, seolah-olah macam tak ada apa-apa yang berlaku. Sesetengah keadaan yang lebih teruk lagi, berpunca daripada kulit sensitif, ada yang sampai keluar darah, sama ada dari celah-celah kuku ataupun dari rekahan-rekahan yang terhasil disebabkan oleh kulit menggelupas.
Anda mungkin akan beranggapan… “Ye ke boleh jadi sampai macam tu sekali?”
Saya pun begitu jugak pada mulanya. Agak sukar sebenarnya nak bayangkan, macam mana ada orang boleh ada kulit yang sensitif terhadap bahan pencuci. Selepas saya buat pembacaan lanjut, barulah saya faham, rupanya situasi ni berlaku disebabkan oleh bahan kimia yang digunakan dalam serbuk dan bahan pencuci itu sendiri.
Masalah kulit sensitif tak semestinya berlaku secara semulajadi
Setengah orang, mereka bukannya dapat kulit sensitif ni sejak kecik. Bukan macam tu. Tetapi disebabkan oleh gaya hidup dan cara kerja serta rutin harian, pada suatu hari segalanya boleh berubah dengan sekelip mata.
Terutama sekali bagi mereka yang memang bekerja dalam bidang dan lapangan yang perlu menggunakan bahan pencuci. Saya ambil contoh mereka yang bekerja di kafeteria, restoran, hotel dan sebagainya. Terutama sekali mereka yang banyak menggunakan bahan pencuci untuk mencuci pinggan, mangkuk, gelas, kutleri dan sebagainya.
Orang seperti ini memang berisiko untuk mendapat masalah kulit sensitif.
Disebabkan ingin berjimat, akhirnya bawa lebih banyak mudarat
Kedua-dua belah tangan kita ni, kita nak guna lama. Masalah dengan sesetengah majikan ialah, mereka lebih pentingkan penjimatan berbanding keselamatan para pekerjanya.
Untuk bahan pencuci, mereka gunakan bahan pencuci dari jenama yang paling murah dan setengahnya beli dari jenis yang kita sendiri tak tau dari mana asal usulnya.
Yang kita tahu, ini produk dari kilang.
Apa formulanya, apa bahan yang terkandung dalamnya tak begitu diambil pusing. Janji ianya lebih menjimatkan dan boleh dapat dalam kuantiti yang banyak.
Sebenarnya, tanggapan seperti ini SILAP sama sekali. Hal-hal berkaitan dengan keselamatan dan kepenggunaan tak sepatutnya diambil mudah.
Orang yang bekerja sebagai tukang cuci pasti tahu. Bila tangan terlalu lama berendam dalam air, kulit akan mula mengecut. Apabila ditambah pula dengan air sabun yang digunakan untuk menanggalkan minyak dan kotoran gris, ia memburukkan keadaan.
Kalau setakat sehari dua, mungkin kesannya tak begitu kelihatan. Tetapi, bagaimana kalau perlu lakukan perkara yang sama setiap hari? Rutin yang sama perlu dilakukan selama seminggu, sebulan malah bertahun-tahun?! Pastinya satu masa nanti, kulit tangan akan mula jadi sensitif.
Semua ini patut diubah untuk kesejahteraan di masa akan datang yang berkekalan.
Siap sedia untuk ucapkan selamat tinggal kepada masalah kulit sensitif buat selamanya hanya dengan semudah menukar jenama sabun pencuci atau cecair pencuci pinggan mangkuk anda. Mari saya perkenalkan kepada anda, DISH DROPS™ Concentrated Dishwashing Liquid.
DISH DROPS™ Concentrated Dishwashing Liquid
Produk ini adalah keluaran syarikat Amway.
Salah satu nama besar yang memang tak asing lagi. Saya percaya, ada ramai pembaca dan pelawat laman blog ini yang biasa dengar nama Amway, cuma mungkin ini merupakan kali pertama anda dengar tentang produk ini.
Maklumlah, mungkin pendedahan tentang produk ini agak kurang, dan agak jarang orang bercerita tentang produk ini.
DISH DROPS™ Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk Pekat ini didatangkan dengan kuantiti sebanyak 1 liter dan ia memang sangat sesuai digunakan oleh mereka yang amat mementingkan kualiti bahan cucian yang digunakan.
Apa kelebihan dan keistimewaan produk DISH DROPS™ Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk Pekat ini berbanding lain-lain pencuci yang terdapat di pasaran?
Sudah tentu ada kelebihan dan kelainannya.
DISH DROPS™ Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk Pekat ini bukan sahaja baik untuk kulit tangan yang sensitif, ianya juga
1. Dapat menjimatkan penggunaan air. Kesan sabun yang mudah hilang selepas di bilas
Kalau dibandingkan dengan pencuci biasa, anda perlu gunakan lebih banyak air untuk bilas dan hilangkan air sabun.
2. Cukup handal untuk menanggalkan gris dan juga kotoran yang telah kering dengan mudah
Kita semua sedia maklum, untuk kesan minyak dan gris yang dah kering, memang agak sukar untuk ditanggalkan. Namun semua ni jadi lebih mudah dengan menggunakan cecair pencuci ini.
3. Jimat dari segi penggunaan sabun. 1 ml cecair sabun pencuci pekat, memadai dengan 5 liter campuran air untuk memberikan cucian yang bersih
Apa kata anda tonton video dibawah. Ini adalah video demonstrasi untuk menunjukkan kemampuan DISH DROPS™ Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk Pekat
4. Berkesan menghilangkan bau hanyir bekas tempat menyimpan ikan dan ayam
Malahan kalau nak gunakan sabun ini untuk mencuci ikan dan ayam juga boleh dan ianya selamat.
5. Berkesan untuk membebaskan racun /toksik pada bahagian luar kulit sayur-sayuran dan buah-buahan yang menggunakan bahan kimia seperti racun serangga perosak.
Seperti yang kita sedia maklum, buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi racun serangga dan perosak pada bahagian luarannya. Sebab tu ia perlu dibasuh dengan teliti dan bersih sebelum makan atau sebelum masak.
Selain itu, penggunaan produk ini juga dapat menyegarkan kembali sayur-sayuran yang layu selepas direndam menggunakan produk ini selama tidak lebih 5 minit dan keringkan.
Adakah produk ini benar-benar sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif?
Pasti anda nak tahu, apa bukti yang menunjukkan produk ini benar-benar selamat digunakan dan mesra pada kulit terutama sekali bagi mereka yang ada masalah kulit sensitif.
Sila lihat pada label produk dan anda akan dapat lihat logo seperti dibawah ini.
Saya nak kongsikan serba sedikit info mengenai logo ini dan apa kaitannya dengan produk-produk keluaran Amway.
Untuk makluman dan pengetahuan anda, produk-produk AMWAY HOME mempamerkan label “Design for the Environment” (DfE) pada bungkusannya.
Program Design for the Environment (DfE) oleh U.S. EPA mempromosikan produk-produk berprestasi tinggi dan pada masa yang sama ia juga lebih selamat untuk manusia dan alam sekitar. Apabila terdapat logo DfE pada sesebuah produk, ia bermakna:
1. Pasukan saintis EPA (US Environment Protection Agency) telah menyaring setiap bahan kandungan dalam produk yang berpotensi memberi kesan kesihatan dan alam sekitar.
2. Pengilang produk telah banyak melabur dalam R&D dan perumusan untuk memastikan bahawa bahan-bahan kandungannya dan produk-produk siapnya benar-benar hijau demi kesihatan dan alam sekitar.
3. Produk adalah lebih selamat untuk manusia dan bumi kita.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.epa.gov/dfe
“Produk ini memang BEST! Boleh saya tahu macam mana nak dapatkan produk ini?”
Sebenarnya cecair pencuci Dish Drops ini boleh diperolehi disemua rangkaian kedai-kedai Amway di seluruh Malaysia.
Memandangkan mungkin anda tak berkesempatan untuk mengunjungi kedai-kedai tersebut, saya syorkan anda boleh buat tempahan secara whatsapp sahaja.
Anda boleh hubungi
En Razif di talian 0125430803
Anda ada sebarang soalan dan pertanyaan tentang produk ini atau peluang perniagaan bersama Amway?
Ya
Mungkin anda ada banyak lagi benda yang nak tau dan nak tanya tentang produk ini. Atau anda berminat nak tau dengan lebih mendalam mengenai sebarang peluang-peluang perniagaan yang anda boleh ceburi bersama syarikat Amway Malaysia.
Anda boleh tinggalkan pertanyaan anda dibahagian komen.
Ataupun, jika anda inginkan jawapan yang SEGERA dan PANTAS, hubungi terus En Razif dan In Shaa Allah, beliau akan berikan jawapan yang terbaik untuk anda.
Kalau nak diikutkan memang ada banyak lagi yang saya nak kongsikan tentang produk keluaran Amway ni. Namun, dikesempatan yang agak terbatas ni, memang agak sukar untuk saya ceritakan semuanya. Baiklah, sebelum berpisah, apa kata anda tonton satu lagi video mengenai produk ini.
Ini satu lagi demonstrasi yang menunjukkan produk ini sangat pekat dan anda hanya perlukan sedikit sahaja kuantitinya untuk dapat hasil yang memuaskan. Lihat ujian buih dibawah ya.
Pembelian menerusi whatsapp akan dihantar menggunakan perkhidmatan dari Pos Laju. Boleh dapatkan tracking number untuk mengetahui status penghantaran produk.
Jaminan dari syarikat, jaminan wang dikembalikan selagi produk berbaki tidak kurang daripada 80%. anda layak mendapat 100% wang anda jika tidak berpuas hati.
Terima kasih kerana membaca dan semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda ya.
ema says
saya hadapi masalah sama…dulu sunlight boleh sekarang dah tak boleh..memang habis jari luka dan gatal.
zool says
kadang-kadang kena tengok kesesuaian kulit juga sabun ni..
ada yang tak boleh kena dengan kita
zool says
sekarang ni ramai yang jual pencuci dalam botol tu..
kalau nasib baik ok kualiti, kalau tidak sakit gak tangan
Therina Jopri says
Saya pernah cuba dish drop ni. Memang jimat sebab guna sedikit boleh cuci byk pinggan. Namun bau dia kuat mcm chemical. Suami saya kurang suka. Tapi saya OK je, sebab memang suami yang keje cuci pinggan kat rumah ni hehe
TopSeoFriendly says
Wah…lama tak lihat produk Amway yang dikongsikan di laman web atau blog. Sekarang dah ada yang kongsikannya. Mungkin juga orang lebih tertumpu kepada sampliment.
Semoga selepas ini tidak ada lagi yang mengelupas kulit tangan mereka apabila emncuci pinggang mangkut di dapur.
Fyda Noh says
Lebih baik produk yang mahal sikit tapi dijamin selamat & sebenarnya lebih jimat sebab menghasilkan buih yang banyak walaupun guna sikit.
Raihanah Ahmad says
sekarang ramai yang cari produk yang lebih selamat
titan says
siapa kulit sensitif, memang kena cari la produk yang sesuai.
onlajer says
kalau kulit tangan kebal ha tak kisah lah , tapi kalau kulit yang halus mulus memang kena cari produk sabun yang sesuai
Noriza Rahman says
Betul, kulit ni tak semua sama kan, kalau yang jenis sensitif tu memang tak boleh sebarangan guna sabun
Reload Food says
Thanks for sharing~ =)
Hafiszan Kamarudin says
menarik dan hebat, jika perlu beli jangan lepaskan.
Farha Pengedar Shaklee Shah Alam says
Ironinya, ramai yang lebih utamakanb kos berbanding effect kesihatan tu.
saya pernah ada kawan yang hilang garis-garis halus cop jari nya akibat penggunakan sabun yang tak sesuai. kesian sangat. tapi produk selamat harganya memang agak pricey.