Semasa saya masih agak baru dalam kerja-kerja pemasaran menggunakan sistem autoresponder, ada dua sistem autoresponder PERCUMA yang saya sendiri gunakan. Pertama, sistem autoresponder dari luar negara dan satu lagi dari syarikat tempatan.
Sistem autoresponder percuma List Wire
Inilah dia sistem autoresponder dari luar negara yang saya maksudkan. Ia disediakan oleh List Wire. Sayangnya, jodoh saya dengan syarikat penyedia sistem autoresponder ni tak begitu lama. Saya sendiri yang unsubscribe daripada terus menjadi pengguna sistem Autoresponder ni.
Pengalaman saya sendiri, saya rasa agak serabut guna sistem autoresponder ni. Pemilik sistem autoresponder ni, tak henti-henti hantar emel promosi kepada saya. Masa awal-awal dulu, seingat saya dalam sehari ada sampai 2 atau 3 emel promosi yang dia hantar.
Dari satu program, produk, servis, laman web dan macam-macam lagi emel promosi. Sudahnya, inbox saya penuh dengan emel-emel promosi daripada penyedia perkhidmatan sistem autoresponder List Wire ni.
Syarat untuk jadi pengguna sistem autoresponder List Wire secara percuma ni ialah, pertama sekali kita kena opt in dalam mailing list pemilik autoresponder ni. Cuma satu perkara yang tak dapat saya pastikan ialah, adakah subscriber yang saya kumpul turut secara automatik menjadi subscriber kepada owner list wire.
Jika jawapan sebenarnya adalah Ya, maka tak hairanlah, satu masa dulu, diberitakan pemilik list wire, Gary Ambrose mempunyai berjuta-juta senarai list emel. Boleh jadi, pengguna list wire turut menjadi “kuli” untuk bantu dia kumpul list emel sampai banyak-banyak macam tu. Ok… tutup akaun. Habis cerita.
Sistem autoresponder percuma emelmatik
Tak lama lepas tu, saya terjumpa pula sistem autoresponder percuma daripada laman web emelmatik.com
Pada mulanya, saya agak skeptikal jugak untuk gunakan servis autoresponder percuma macam ni. Bukan sebab apa, dari pengalaman sebelum ini, bila kita gunakan servis percuma, saya khuatir juga pemilik sistem ini akan spam kita, sama isu macam dengan list wire sebelum ni.
Tetapi memandangkan waktu tu, saya memang bersungguh-sungguh nak belajar, dan nak buat pemasaran menggunakan medium emel marketing, sebagai support bagi pemasaran menggunakan blog dan FB Group, maka saya beranikan diri untuk daftarkan akaun percuma.
Saya ambil yang trial edition dan guna yang percuma. Tak perlu bayar apa-apa pun. Boleh klik sini untuk dapatkan akaun percuma anda.
Akhirnya, dalam masa kurang daripada seminggu… saya terus buat keputusan drastik! Saya terus upgrade kepada pakej premium.
Pihak emelmatik menawarkan 4 plan penggunaan iaitu Premium, Gold, Lite dan Free. Saya bermula sebagai free user dan selepas 365 hari, saya kena buat keputusan sama ada nak terus jadi pengguna atau stop jadi pengguna sistem autoresponder emelmatik.
Antara Lite, Gold dan Premium, saya upgrade terus kepada Premium. Senang dan tak perlu nak pening-pening kepala nak ingat kena bayar yuran tahunan. Ambil pakej sekali bayar dan boleh guna sampai bila-bila, selagi syarikat emelmatik ni masih lagi wujud. Dan saya doakan semoga syarikat ni dapat bertahan lama. Saya percaya, selagi mana syarikat ini mendapat sokongan daripada usahawan online tempatan, tak kira yang masih baru atau yang dah berpengalaman, maka selagi itu ia dapat bertahan dalam industri.
Satu perkara yang saya nak highlight disini ialah, waktu saya mula-mula jadi pengguna sistem autoresponder percuma emelmatik ini, saya juga adalah newbie ketika tu. Saya cuma tahu, sistem autoresponder ni boleh buat perkara-perkara berikut iaitu
1. Bina emel follow up (autoresponder)
2. Hantar emel secara pukal (broadcast)
3. Sistem tracking (untuk lihat sejauh mana berkesannya kempen kita)
Lain-lain fungsi? Saya tak begitu ambil peduli. Pada saya, selagi mana sesebuah sistem autoresponder itu dapat melakukan ketiga-tiga perkara diatas ni dengan baik, itu sudah cukup memuaskan hati saya.
Bila saya sendiri jadi pengguna sistem ini, saya dapati dari segi setting, ia juga tidaklah begitu complicated. Pada waktu tu, satu-satu rujukan yang saya ada untuk setting kempen autoresponder menggunakan emelmatik adalah manual ahli yang dikeluarkan oleh emelmatik tu sendiri. Langsung tak ada rujukan tambahan untuk saya cross check.
Hasilnya? Saya boleh buat. Satu kejayaan kecil buat seorang newbie dalam bidang pemasaran emel. Bila dah ada sistem autoresponder sendiri, fokus seterusnya adalah untuk mengumpulkan senarai subscriber dalam jumlah yang seramai mungkin.
The sky is the limit. Kita sendiri yang akan tentukan, berapa ramai subscriber yang kita mahukan? Adakah 100, 1000, atau 10000 atau sejuta subscriber?!
Memandangkan pemilik sistem autoresponder percuma emelmatik juga adalah seorang Internet Marketer dan merupakan pengguna sistem autoresponder juga, maka beliau faham apa kekurangan yang sering menjadi penghalang golongan usahawan untuk menggunakan sistem autoresponder ini secara maksima.
Antaranya ialah, pengguna yang masih baru, selalunya mempunyai masalah untuk bina laman web landing page yang kemas, teratur dan kelihatan profesional.
Mungkin atas sebab inilah, beliau hasilkan skrip ataupun software untuk bantu para newbie untuk bina laman web menggunakan platform percuma daripada blogspot.
Anda boleh dapatkan sample landing page percuma di laman web ini. Klik: Cara bina laman web landing page percuma menggunakan blogspot
Saya sendiri secara peribadi telah berjaya bina pelbagai laman web untuk kempen yang berbeza hanya menggunakan medium blogspot sebagai platform. Tak perlu susah payah nak sewa hosting dan beli domain untuk projek yang berbeza. Hanya menggunakan blogspot, saya boleh lancarkan pelbagai projek dalam satu-satu masa. Modalnya? Zero cost! Cuma awal-awal sebelum ni sahaja saya perlu bayar untuk dapatkan akaun premium dari emelmatik dan dapatkan skrip blogspot to minisite ini.
Selepas dah memiliki kedua-dua senjata pemasaran ni, saya bebas untuk bina kempen dan buat duit online tanpa had. Hanya kreatif ataupun tidak untuk bina kempen pemasaran.
Oleh itu, status newbie atau baru bermula bukanlah penghalang untuk anda mencuba kaedah pemasaran yang menggunakan sistem autoresponder. Jika anda tidak bermula sekarang, bila lagi baru anda nak mula?
Dapatkah akaun sistem autoresponder percuma anda dengan menekan klik di pautan ini.
Adzrif Sidek says
Dulu masa kenal dengan email marketing ingat nak ambik yang list wire.
Tapi bila baca review orang lain, ada kekurangan banyak. Terus tak jadi nak cuba.
Bila dengar pasal emelmatik, macam menarik.
Alhamdulillah, sampai sekarang masih langgan emelmatik untuk email marketing 🙂
Hamacaan says
masih baru belajar sih, jadinya masih banyak yang gaka bener. btw, makasih yah infonya..bisa nambah informasi nih